Tuesday, April 29, 2008

ISLAM JADI MANGSA

Sejarah Islam telah membuktikan bahawa berpolitik adalah satu cara mengembangkan ajaran Islam. Ketika Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat ditekan oleh kaum kuffar di Mekah, baginda secara terpaksa berhijrah ke Madinah untuk membina negara Islam yang berdaulat. Ini jelas menunjukkan bahawa dengan secara politik, Islam dapat disebarkan secara berinstitusi.

Malangnya pihak-pihak tertentu yang memang sudah Islam tidak menghayatinya dan menjadi isu negara Islam sebagai perbualan hangat ahli politik yang tidak faham, tidak menyelami, tidak mahu buka hati, tidak mahu kaji sejarah Islam, lupa diri dan mungkin sudah mempunyai fahaman sekular sejak sekian lama turun temurun.

Tiga tokoh politik ini iaitu Pak Lah, Wan Azizah dan Karpal Singh, kalau boleh dibawa bersemuka dengan para ulamak yang diiktiraf di Malaysia untuk diajar atau difahamkan isu-isu mengenai Islam secara syumul dan NEGARA ISLAM. Adalah tidak patut sama sekali memperkatakan tentang Islam jika hujah mereka tidak kuat dan benak yang teramat sangat.

Pak Lah tanpa perbincangan dengan orang-orang agama, telah menyatakan bahawa bagi orang yang ingin memeluk Islam hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada ahli keluarga. Ini satu bentuk 'KEBODOHAN' yang berskala amat tinggi, di mana JAKIM sendiri menyatakan tidak perlu, jika ingin juga memaklumkan, hendaklah secara tenang pada bila-bila masa.

Tidak sepatutnya meninggalkan ahli keluarga apabila telah masuk Islam kerana disitu terdapat tanggungjawab yang berterusan tanpa pengecualian terutama terhadap isteri, anak-anak dan ibu bapa yang belum masuk Islam. Dalam keadaan ini, kita dapat juga berdakwah kepada ahli keluarga lain untuk sama-sama memahami Islam dengan tingkah laku kita yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dua lagi tokoh iaitu Wan Azizah dan Karpal Singh seperti sehati sejiwa dalam memperlekehkan kesucian dan keunggulan ajaran agama Islam kerana kedua-duanya menyatakan bahawa adalah tidak praktikal jika menjadikan negara ini sebagai negara Islam secara menyeluruh kerana negara ini berbilang kaum dan mengamalkan dasar sekular sejak kemerdekaan negara.

Secara praktikalnya dalam kerajaan PAKATAN RAKYAT, unsur-unsur kerajaan Islam telah wujud kerana mengamalkan KEADILAN, KESAKSAMAAN, KERJASAMA, KEBEBASAN UNTUK BERAGAMA, ANTI-RASUAH dan apa jua yang mendatangkan kebaikan kerajaan yang baik semuanya selari dengan ISLAM. Masalah HUKUM HUDUD hanyalah hukum syariah untuk orang Islam sahaja BUKAN untuk orang bukan Islam kerana mereka akan diadili oleh undang-undang sivil.


Monday, April 28, 2008

MELAYU MEMALUKAN MELAYU

Kadang-kadang rasa kecewa melihat orang Melayu sekarang terutamanya di kalangan orang UMNO yang kononnya membela orang Melayu tetapi hakikatnya memusnahkan jati diri orang Melayu sendiri dalam keadaan yang amat membimbangkan.

Bahasa Melayu sendiri sudah mula terpinggir sehingga tidak dipercayai lagi untuk digunakan dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Perjuangan UMNO terlalu sekular sehingga orang Melayu yang dikenali dengan pegangan agama yang kuat semakin hilang dan tenggelam dalam arus jahiliah.

Budaya-budaya songsang sudah menular ke dalam diri anak-anak Melayu kerana tiada penegasan pemerintahan dalam mendaulatkan pendidikan yang berteraskan agama. Tengku Razaleigh sendiri mengakui UMNO telah menyerang dari segenap sudut terhadap kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seperti PERANG SALIB.

Program agama dihalang oleh orang-orang UMNO sehingga tokoh-tokoh agama yang neutral dan lantang 'TERPENJARA" secara terhormat. Satu salinan surat yang lama (yang diterima melalui email) daripada Ketua UMNO Bhg Kapar telah mengarahkan agar semua ketua cawangan memantau aktiviti masjid atau surau agar kariah dibiarkan JAHIL.

Program-program hiburan dibiarkan berleluasa tanpa sebarang kawalan atau peraturan yang jelas dalam soal pemakaian dan bentuk hiburan. Penaja-penaja dibiarkan untuk terus menaja hiburan-hiburan yang jelas merosakkan orang Melayu yang beragama Islam. Seperti SURE HEBOH (sekarang tukar nama) yang difatwakan HARAM oleh MUFTI PERAK, masih terus dijalankan.

Di mana pemimpin Melayu yang katanya didokongi oleh UMNO dalam memperjuangkan ISLAM yang kemudian ditentang kembali dalam bentuk yang berbagai? Keris dijulang tanpa merasa takut untuk PROVOKASI murahan dan selepas itu meminta maaf, inikan memalukan juga orang Melayu? UMNO cuba memporak-perandakan kerajaan Pakatan Rakyat juga memalukan orang Melayu, tidak sedarkah lagi mereka ini?

Sunday, April 27, 2008

BN / UMNO MAKIN TIDAK BERADAB

Apa lagi yang tidak puashati orang-orang BN dengan kerajaan Pakatan Rakyat ini? Mengapa semakin lama kita merdeka dan mendapat pendidikan yang baik, pemikiran kolot dan tidak profesional makin menjadi-jadi di kalangan mereka?

Isu yang terdekat ialah pemindahan wang persatuan BALKIS ke akaun BAKTI. Isteri Khir Toyo sepatutnya tidak perlu menunjuk pandai untuk memperlakukan sedemikian kerana ianya akan memalukan diri sendiri dan UMNO terutamanya betapa tidak bolehnya menerima hakikat kekalahan.

Lihat betapa kelirunya mereka dalam isu kemajuan Pulau Pinang dengan menyatakan bahawa tiada persefahaman yang baik di antara PR dengan kerajaan Pusat. Mereka kena maklum dalam hal-hal yang melibatkan duit rakyat perlu pertimbangan yang terbaik, bukan boleh menjalankan sesuatu projek dengan sesuka hati sepertimana BN telah lakukan sebelum ini.

Lihat pula isu pengurusan kewangan terhadap pembangunan keusahawanan di 5 negeri PR, telah disekat dan hanya diberikan kepada MARA untuk pengurusan wang tersebut. Lihat isu JKKK dan ketua kampung pula sekali lagi diprovokasi untuk meletakkan jawatan kemudian diserap di bawah JK persekutuan.

Semua ini adalah satu tindakan tidak beradab kerajaan BN dalam membuat perhubungan dengan kerajaan PR. Seolah-olah mereka mengisytiharkan PERANG kepada kerajaan PR dan yang menanggungnya adalah rakyat yang telah memilih secara sah dari segi undang-undang.

Saturday, April 26, 2008

RASUAH BERAKAR UMBI

Minggu ini negara kita sibuk dengan suruhanjaya kehakiman dan rasuah. Kita bukan bimbangkan suruhanya terbabit, tetapi ketelusan penubuhan suruhanjaya berkenaan. Selagi pihak penguasa atau pemerintah sendiri tidak menjalankan ketelusan selagi itulah KEPERCAYAAN kita terhadap keberkesanannya diperbahaskan.

Isu rasuah dalam sukan badminton dan bolasepak adalah antara isu hangat diperkatakan sehingga ke peringkat Timbalan Perdana Menteri sendiri mengulasnya. Pak Najib pun banyak masalah dengan kes Altantunya, isu ambil komisen 500 juta dan laporan AUDIT NEGARA tentang Kementerian Pertahanan yang berbelanja tanpa dokumentasi hampir SATU BILLION.

Dalam berita arus perdana hanya menceritakan penangkapan rasuah orang awam sebanyak RM 10 dan rasuah anggota Polis sebanyak RM 500. Laporan Polis oleh rakyat tentang salah laku pemimpin BN dan UMNO yang mencecah beratus juta ringgit tidak diberitakan. Inilah masalahnya jika UMNO dan BN mengamalkan rasuah secara berleluasa.

Masalah rasuah di Malaysia terlalu berakar umbi jauh ke dalam "PERUT BUMI" sehingga jalan untuk membenterasnya amat sukar dan berliku-liku terutama kepada pimpinan negara atau masyarakat yang tidak berpaksi kepada ajaran agama masing-masing. Sebab itu teraju kerajaan di Malaysia sekarang ini wajib sangat ditukar segera sebelum ianya menjadi lebih parah.

Tengku Razaleigh sendiri mengakui tentang jiwa perjuangan UMNO sekarang yang tinggal "ROH PERUT". Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa jiwa kerohanian telah hilang dalam diri pemimpin atau rakyat menyebabkan soal rasuah mudah terjadi. Oleh sebab itu kita patut menyokong usaha kerajaan Selangor melalui Dato' Dr Hassan Ali selaku exco agama dalam memacu program keagamaan di mana-mana dan berterusan pada semua peringkat.

Usaha ini diharap dapat mengembalikan jiwa dan fikir agama di kalangan masyarakat. Tokoh-tokoh agama yang terbaik akan kembali bersama masyarakat umum dalam menyampaikan ilmu agama yang sebenar tanpa rasa takut kepada pemerintah, setelah sekian lama diharamkan atau disingkirkan dari kalangan masyarakat yang dahagakan keilmuan.

Thursday, April 24, 2008

BN AMALKAN PEMERINTAHAN ALA-MAFIA

Malam ini terasa amat marah apabila laporan berita Buletin Utama mengenai kes Altantunya dimana bapanya Sharibuu Sateve menyatakan pada sidang akhbar bahawa kerajaan Malaysia tidak memberi keadilan kepada anaknya yang dibunuh secara kejam.

Apa yang sangat-sangat memalukan ialah, kerajaan Mongolia akan memutuskan perhubungan diplomatik dengan Malaysia. Apabila ini berlaku maka nama Malaysia akan menjulang dan menjadi busuk dengan menampakkan masalah penyiasatan yang sengaja diputar-belitkan dan tiada keadilan yang baik dalam sistem undang-undang Malaysia.

Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia telah diperintah oleh orang-orang yang boleh mengancam negara. Ini juga telah menepati persepsi pada rakyat bahawa selama ini kegiatan gangter, kongsi gelap dan lanun didalangi oleh pemimpin negara. Siapa yang memerintah selama ini? Adakah mereka inginkan negara ini menjadi sebuah kuasa MAFIA?

Sebab itu Amnesty telah menyatakan perkara yang benar melalui penyelidikan mereka bukan mengikut fikiran sendiri bahawa negara Malaysia ini telah lama mengamalkan penyiasatan 'senyap-sunyi' kepada kes-kes pembunuhan yang melibatkan pimpinan negara sejak dari dahulu sehingga sekarang.

Itu belum lagi cerita Polis menjadi 'brutal' menyoal siasat tahanan di dalam ISA yang ditelanjang, disepak terajang dan dipenjarakan tanpa peri kemanusiaan, ketua polis menjadi pembelasah, anggota polis menembak dengan peluru hidup kepada mereka yang tidak bersenjata dan hanya hadir ceramah PAS, dan bermacam lagi.

Oleh itu sepertimana Datuk Seri Anwar menyatakan bahawa sudah tiba masanya kita menerima Pakatan Rakyat dan menumbangkan Barisan Nasional pada masa yang terdekat ini. Semua rakyat Malaysia adalah wajib untuk menyokong usaha ini kerana KEZALIMAN PEMERINTAHAN BN sudah pada tahap MELAMPAU dan wajiblah kita HENTIKAN DENGAN KADAR SEGERA.

Wednesday, April 23, 2008

360 DI TV3 MENGENAI BABI

Malam ni rancangan 360 telah mengutarakan bahan mengenai penternakan babi. Rancangan ini menyorot sejarah perternakan babi yang menyebabkan kehadiran virus JE di Bukit Pelanduk yang mengorbankan nyawa seramai 136 orang. Mazidul telah bertemu dan menemuramah beberapa orang penduduk sekitar dan pengusaha hotel.

Kelihatan para penduduk memang tersiksa sekian lama dengan bau busuk dan pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut. Memang terdapat banyak ladang-ladang terbiar yang agak besar dan tidak setempat. Seorang penduduk menyatakan, ketika ternakan diusahakan, babi yang telah mati pun dicampak ke saliran air inikan pula najis dan hasil cucian kandang.

Ada seorang penduduk berbangsa India sedih apabila mengenangkan adik beliau sendiri yang merupakan penternak babi turut terkorban akibat jangkitan virus berkenaan. Para pengusaha hotel dan chalet juga terjejas teruk semasa wabak itu melanda. Seorang pengusaha chalet itu menyatakan bahawa soal ternakan itu tidaklah menghairankan, tetapi cara pengurusan kebersihan itulah yang amat kritikal.

Yang agak menarik dalam salah satu temuramah dengan penduduk ketika berada di Sepang, beliau menyatakan bahawa soal ternakan babi ini telah lama diajukan kepada ketua kampung namun tiada tindakan yang diambil sehingga sekarang.

Rancangan ini kemudiannya mendapatkan pandangan pakar daripada Prof Ir Dr Zaini Ujang tentang pengurusan ternakan babi. Beliau sangat bersetuju bahawa ternakan babi ini disatukan di kawasan yang mempunyai kawal selia yang baik dan berteknologi tinggi serta moden.

Perlu ada sistem yang dapat menghalang keluar apa jua sisa dari ternakan babi ini seperti kumbahan yang diproses kepada bentuk lain yang akan memberi keuntungan kepada alam sekitar dan penternak serta membantu keselesaan masyarakat setempat yang berbilang kaum.

Tuesday, April 22, 2008

ROYALTI MINYAK DAN PETRONAS

Kerajaan BN pimpinan Datuk Ahmad Said yang menguasai negeri Terengganu tidak menjadi jaminan untuk rakyat di bawahnya menerima semula habuan royalti minyak yang akan digunakan untuk pembangunan negeri ini.

Ini kerana Datuk Ahmad Said bukan pilihan utama Pak Lah. Pada pandangan Pak Lah, pihak istana mencari masalah dengan pimpinan BN maka seharusnya negeri ini menerima hukuman yang sewajarnya. Sesama BN sendiri pun boleh menerima hukuman, inikan pula jika parti lain yang memerintah.

Itulah masalahnya jika sebuah parti pemerintah yang terlalu lama memerintah tanpa sebarang pegangan prinsip agama yang baik (tidak kiralah apa agama pun), tidak ada peri kemanusiaan dan keadaan ini adalah seperti DAJAL. "Siapa tidak ikut aku, terimalah pembalasan".

Mereka ini sebenarnya tidak sedar-sedar lagi apa yang berlaku pada pilihanraya yang baru sahaja berlalu. Rakyat sudah mengetahui apa yang kerajaan BN perhabiskan dengan duit PETRONAS ini, cuma belum dapat diambil tindakan undang-undang kerana kerajaan Pusat belum dapat dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Yang paling mudah dilihat pembaziran duit Petronas adalah FORMULA ONE dan KLCC. Apa faedah yang rakyat dapat dengan kedua-duanya. Kalau ada pun hanyalah kebanggaan tetapi hakikatnya, yang miskin semakin miskin dan yang kaya bertambah kaya.

ISRAEL SEKEPALA DENGAN UMNO / BN ATAU ......??

Orang BN atau UMNO sila jawablah artikel yang tersebut di bawah ini yang disalin bulat-bulat dari Harakahdaily (itu pun kalau boleh) :
Sikap Umno macam Israel terhadap rakyat Palestin - Tuan Ibrahim
Basiron Abdul Wahab
Mon | Apr 21, 08 | 5:31:03 pm MYT

TEMERLOH 21 April (Hrkh) - Penghianatan Umno terhadap PAS semakin terserlah di sebalik suara ajakan perpaduan Melayu.Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan berkata, antara pengkhianatan pemimpin Umno ialah tidak mengiktiraf kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu PAS dan DAP menang empat kerusi Dun dan dua parlimen iaitu di Kuala Semantan dan Beserah (PAS), Tras dan Triang (DAP) serta Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota (KeAdilan).

Katanya, pemimpin Umno menganggap kerusi Dun dan parlimen (yang dimenangi pembangkang) sebagai kosong tidak berwakil rakyat, sekali gus Adun yang menang itu dinafikan haknya sebagai wakil rakyat yang mewakili penduduk di kawasan terbabit.

Adun-adun berkenaan tidak dijemput menghadiri mesyuarat bersama jabatan kerajaan, tidak diberi peruntukan dan sebagainya. "Ini menggambarkan betapa khianat dan biadapnya Umno terhadap rakyat yang memilih wakil mereka melalui pilihan raya yang sah," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya.

Beliau yang pernah menjadi Adun Jengka (1999-2004) dan menghadpi perkara sama (tidak diiktiraf) membidas sikap dan tindakan Umno itu serta menyifatkanya sebagai tindakan tidak demokratik.

"Sepatutnya pemimpin Umno perlu belajar menghormati kuasa rakyat yang membuat keputusan dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Rakyat telah memilih PAS sebagai wakil mereka, kerajaan Umno perlulah menghormatinya, Umno harus sedar kuasa rakyat, jangan sampai rakyat menunjukkan jalan keluar.

"Apa yang ditunjukkan selama ini seperti (membuli kerajaan Kelantan), menafikan hak Adun bukan BN, merampas royalti minyak dan sebagainya itu memang dibenci rakyat, mereka seharusnya tidak mengulangi perbuatan buruk di masa lalu itu," katanya.

Beliau berkata, usaha untuk mengajak PAS dalam apa yang disebut sebagai 'perpaduan Melayu' hanyalah retorik semata-mata selagi Umno terus mengamalkan dasar negatif terhadap Adun, ahli dan penyokong PAS.

Malah, cara Umno menangani isu perpaduan Melayu dilihat tidak jauh berbeza daripada dasar Israel terhadap rakyat Palestine, Israel mengajak Palestine berdamai tetapi pada masa sama terus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestine setiap hari.

"Umno mengajak PAS berbincang soal perpaduan Melayu tetapi pada masa sama memboikot Adun PAS, tidak memberi peruntukan dan sebagainya, itukah cara Umno untuk berbaik-baik," kata beliau.

Dato' Tuan Ibarhim mengulas rintahan seorang ibu yang terpaksa mendapatkan tanda tangan Adun BN Mentakab, Chua Boon Leong bagi menyokong permohonan untuk mendapatkan bantuan Yayasan Pahang anaknya.

"Susahlah tanda tangan Adun Kuala Semantan tidak laku (tidak diiktiraf Yayasan Pahang), dia orang syaratkan mesti dapatkan tanda tangan Adun BN," keluh ibu tersebut. Menurut Tuan Ibrahim, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana kemenangan Adun Kuala Semantan adalah melalui proses pilihan raya yang sah.

"Rakyat sudah memilih Syed Hamid sebagai Adun kenapa pula Yayasan Pahang tidak iktiraf, ini adalah satu contoh keangkuhan pemimpin Umno dan sikap itulah yang dibenci oleh rakyat," ulasnya.

PAS, katanya menyokong setiap permohonan untuk mendapatkan bantuan itu diteliti oleh Adun tetapi kenapa mesti disyaratkan hanya Adun BN sahaja? soalnya. - mns

Monday, April 21, 2008

KENAPA BARU SEKARANG NAK REFORMASI?

Tsunami politik yang melanda di Malaysia pada masa ini, telah menyebabkan ramai yang "mati kutu" dan "mati katak". Pening, hairan, bingung, menakutkan dan merimaskan. Itu bagi yang terasa begitu, bagi kita rakyat biasa, perubahan ini adalah tanda "KEKUASAAN RAKYAT" lebih hebat dalam dunia politik demokrasi.

Sepatutnya sejarah ini perlu dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Record. Semua orang tahu dengan penipuan, tekanan dan seumpamanya itu, tidak akan mungkin parti yang selain BN dapat menumbangkan parti "gergasi" yang bernama BN ini. Tapi kena diingatkan bahawa kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya.

Oleh kerana itu, BN dan UMNO agak panik dalam menangani kekalahan ini, walaupun pada pandangan orang mereka, kuasa masih ada kerana menang majoriti tanda ada sokongan lagi kepada BN dan UMNO. Kemenangan itu pun kerana ada sokongan gerakerja penipuan SPR dan penggunaan jentera kerajaan secara berleluasa.

Dalam kepanikan tersebut berbagai post-mortem telah dibuat, sehingga di antaranya BLOG dan INTERNET pula dipersalahkan kerana meracuni orang muda mengundi selain BN. Barulah terbuka mata hati mereka untuk berblog dan kebenaran RTM pula dalam satu slot khas berbincang mengenai BLOG.

Kemudian sibuklah pula menteri yang berkaitan kehakiman, untuk memartabatkan dan mereformasikan badan kehakiman ke tahap yang sebenar dan berasingan dari badan eksekutif. Selama ini BN dan UMNO juga yang menghancurkan intergriti badan kehakiman. Ini semua hanya permainan politik Pak Lah bagi menyerang secara senyap Tun Dr Mahathir.

Bagaimana rakyat boleh percaya dan dipercayakan tentang penubuhan suruhanjaya yang melantik hakim ini yang dikatakan dianggotai oleh Hakim Kanan, Professor dan Orang Awam? Jika benar telus dan ikhlas, mengapa calon-calon yang terpilih masih lagi wajib melalui Perdana Menteri sebelum dibawa kepada perkenan Yang Dipertuan Agong?

Satu lagi yang hendak direformasikan adalah Badan Pencegah Rasuah, di mana akan dijadikan suruhanjaya sepertimana cadangan menaiktaraf badan berkenaan menjadi badan bebas berpandukan suruhanjaya berkenaan di Hong Kong. Kenapa baru sekarang hendak mengubah itu dan ini, adakah takut dengan rakyat akibat tsunami pilihanraya?

Jika benar, terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mengubah Malaysia menjadi Malaysia Baru, Harapan Baru. Diharap semua sentiasa berdoa, solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar para penzalim dan para munafik akan berpecah belah hancur luluh sehingga tiada kesan lagi.

Sunday, April 20, 2008

DULU REFORMASI SEKARANG REFORMASI BHG 2

Isu reformasi dalam UMNO sebenarnya telah lama bertapak di kalangan ahlinya. Zaman pimpinan Tun Dr Mahathir lah banyak sejarah terlakar apabila perpecahan orang Melayu yang memang nak berjuang tentang orang Melayu menjadi berbagai parti dan dokongan serta ideologi.

Semua orang maklum, yang menjadi dan terjadinya reformasi ini pun akibat gerak laku politik yang licik Tun Dr Mahathir dalam membina kekuatan dalam UMNO. Sejarah telah memperlihatkan bagaimana TDM memperlakukan "kekejaman" politik terhadap Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar.

Itu baru cerita tentang pergolakan dan sepak terajang dalam kepimpinan UMNO, belum cerita lagi UMNO di peringkat akar umbi dimana seperti api dalam sekam. Parti-parti pembangkang sebenarnya telah lama berjuang tentang hal-ehwal reformasi ini, namun pada kami yang telah terserap jiwa UMNO ini, memang suatu kejutan, khasnya bagi orang Melayu.

Maklum sajalah selama 50 tahun BN yang asalnya dari nama Perikatan telah memerintah dan dimomok-momok pula selama ini bahawa orang lain tidak pandai memerintah dan kalau perintah pasti akan kucar-kacir. Tetapi mereka lupa bahawa rakyat telah belajar lebih tinggi dan lebih terbuka dengan maklumat menyebabkan terhakis sudah segala ketakutan.

Sekarang ini, perkataan reformasi sendiri telah menjangkit dalam UMNO sendiri. Gerakan reformasi UMNO ini kelihatan sedang diketuai oleh Mukhriz dengan penasihatnya Tun Dr Mahathir. Gerakan reformasi UMNO ini telah sahut-menyahut di beberapa bahagian UMNO seluruh negara.

Bagi rakyat semasa gerakan reformasi peringkat awal dahulu, ditangkap, ditelanjang, disepak dan dipenjarakan. Kemudian semakin perlahan kerana tekanan pihak pemerintah dengan menggunakan kuasa Polis dan agen-agen sekutunya. Namun, dengan "kesenyapan" rakyat untuk tidak ber REFORMASI secara terbuka, secara kertas undilah, diterjemahkan REFORMASI RAKYAT ini.

Lebih Selamat, Efisyen, Terkini dan Termaju.

DULU REFORMASI SEKARANG REFORMASI BHG 1

Sebelum Malaysia mengalami kebangkitan rakyat dalam perjuangan reformasi, iaitu sebelum 1998, perjuangan UMNO dalam diri ini sangat-sangat relevan, kerana kelihatan Datuk Seri Anwar (yang dijadikan idola) sebagai calon PM sangat tepat kerana dengan karismanya, komunikasinya dan perhubungan luarnya sangat baik dan cemerlang.

Keaktifan diri ini dalam UMNO semuanya kerana idola tersebut. Tidak terfikir langsung soal-soal lain. Sebut PAS sahaja pada masa itu telah disamakan macam Arqam. Patut ditangkap sahaja dan dipenjarakan sebab ekstremis. Sebut DAP pulak, disamakan pula macam Parti Komunis, parti Cina yang juga sebagai ekstremis.

Tahun 1998 adalah lembaran sejarah kepada diri ini dan terbuka pintu hati ini untuk mula menerima kebenaran. Ucapan terima kasih wajib diberikan kepada Datuk Seri Anwar kerana dengan isu pemecatan tersebutlah, mula hati ini membuka jalan masuk maklumat-maklumat kebenaran yang tersembunyi selama ini.

Ketika itulah mulalah internet menjadi sumber berita rasmi dan mencari Harakah. Ketika itu betul-betul reformasi dalam hidup ini. Walaupun dilahirkan di Johor, rakyat Johor, dibesarkan di Johor, sekolah di Johor, kerja di Johor dan memang sudah jadi darah daging dengan UMNO, namun gelombang reformasi tetap sampai ke jiwa ini kerana cahaya kebenaran tidak boleh di tahan-tahan.

Yang memenuhkan perhimpunan reformasi peringkat awal dahulu di KL, kebanyakannya adalah orang-orang UMNO termasuklah diri ini. Mengapa orang-orang muda dalam UMNO sekarang berani mengatakan orang yang berhimpun sebagai beruk? Kalau begitu Tunku Abd Rahman pun beruk jugakah kerana berhimpun untuk kemerdekaan? Kalau nak diikutkan di kalangan orang UMNO lah paling banyak berhimpun secara haram tanpa permit.


Saturday, April 19, 2008

PERAKUAN DR KHIR TOYO

Perakuan panjang lebar Khir Toyo ini menjelaskan segalanya di dalam penulisan beliau di blog sendiri, fahami dan hayatilah :

Namun senario kedua yang mungkin berlaku adalah undi tidak percaya terhadap PM di Parlimen oleh pembangkang. Lebih-lebih lagi pemilihan Speaker juga tampaknya kurang teliti (sama seperti ketika membentuk kabinet). Jika ini berlaku, Datuk Seri Najib akan mengambil alih kepimpinan setelah mendapat persetujuan UMNO dan Barisan Nasional serta Perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Namun saya tidak menjangkakan ini akan dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim dan sekutunya dalam jangka masa terdekat ini. Jika ia dibuat pasti jalan Anwar untuk kembali ke puncak akan lebih sukar. Ini kerana saya pasti DS Najib akan melakukan perubahan yang agresif dalam kerajaan dan parti untuk mengekang Anwar dan sekutunya.

Pada hemat saya, Anwar lebih senang melihat Pak lah terus kekal. Ini akan mewujudkan kedudukan UMNO yang lemah dan sokongan parti komponen juga agak kurang. Akhirnya BN akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru.

Justeru, jalan terbaik Anwar Ibrahim adalah untuk terus melemahkan UMNO dan BN. Bagi tujuan itu, Anwar akan cuba membina keyakinan rakyat terhadap beliau melalui proses demokrasi dan sekaligus meruntuhkan moral dan kepercayaan rakyat dan ahli UMNO terhadap Pak Lah dan Najib.

Saya yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat PR) berkuasa kelak.

Anwar akan bertanding sebagai calon Perdana Menteri (in waiting). Sementara itu seperti tradisi, Timbalan Presiden UMNO, DS Najib akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN.

Dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli UMNO dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang. Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR.

Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli UMNO, kepada Pak Lah tetapi juga kepada DS Najib. UMNO hampir pasti hancur jika ini berlaku.

Ini yang amat saya bimbangi dan saya yakin akan berlaku, lebih-lebih lagi memikirkan kemungkinan pilihan raya kecil ini diadakan hampir dengan Persidangan Agung UMNO tahun ini. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku kepada UMNO.

Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan moral dalam dan luar negara. Beliau akan menyusun langkah seterusnya dengan mengadakan undi tidak percaya kepada PM dalam sidang kedua Parlimen akan datang.

Ketika itu, sama ada beliau telah "beli" wakil BN atau tidak bukan lagi persoalan. Krisis keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah ketika itu amat dahsyat dan boleh dikatakan tiada keyakinan langsung. Jadi undi tidak percaya kepada Pak Lah bukan proses beli undi tetapi kerana krisis keyakinan kepada kedua-dua kepimpinan negara iaitu Pak Lah dan DS Najib (yang kalah dalam pilihan raya kecil Bandar Tun Razak).

Anwar Ibrahim akan membentuk kerajaan campuran baru. Sama ada parti komponen yang lompat atau wakil yang lompat itu perlu dikaji dengan lebih teliti.

Saya yakin Anwar tidak akan masuk sidang Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Jika ini berlaku akan banyak cerita lama beliau akan ditimbulkan semula dan pasti akan melukakan hati anak dan isteri beliau.

Melihat karektor Anwar sejak dahulu beliau tidak akan membiarkan perkara ini berulang dalam hidupnya. Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri. Itu adalah prasyarat utamanya. Walau apa pun kos dan keadaan itu soal kedua.yang penting ingin jadi Perdana Menteri negara ini.

Friday, April 18, 2008

POLIS CEKAP DAN CEPAT ? BAHG 3

Polis sendiri telah 'mencederakan' imej mereka sendiri apabila kelihatan bertindak di atas arahan-arahan orang politik atau yang gila kuasa sehingga menganiaya Datuk Seri dan para penyokong reformasi sepanjang kebangkitan rakyat dari tahun 1998 sehingga sekarang. Satu perkara kekuasaan Polis semacam rejim Zionis yang diketahui sangat zalim ialah undang-undang tahanan ISA.

Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini telah membuka banyak mata hati sebahagian kita semua untuk memahami erti keadilan dan kezaliman. BN dan UMNO sendiri telah berakar umbi menunggangi Polis dalam mengekalkan kuasa dan menutup segala penyelewengan mereka tanpa ada rasa malu kepada rakyat.

Undang-undang ISA ini adalah satu bentuk undang-undang 'rimba' yang menahan mereka yang belum diketahui kesalahannya lagi. Kementerian Dalam Negeri dan Polis saling bekerjasama dalam menguatkan lagi undang-undang yang tidak bertamadun ini. Diketahui juga bahawa Polis adalah tauke besar yang merealisasikan ISA sehingga berlaku tangkapan demi tangkapan rakyat yang tidak berdosa.

Parti pembangkang atau pejuang rakyat telah membuat berbagai-bagai laporan kepada Polis dan BPR mengenai salah laku pemimpin BN serta UMNO sehingga boleh dibuat buku sejarah, namun tiada tindakan yang benar-benar menyakinkan rakyat. Sedangkan pemimpin pembangkang yang berjuang ikhlas untuk rakyat dipenjarakan sesuka hati tanpa kesalahan yang dapat dibuktikan.


POLIS CEKAP DAN CEPAT? BAHG 2

Apa yang hendak diperkatakan di sini, kelihatan Polis menjalankan tindakan yang amat berat sebelah dalam menangani orang-orang politik terutama daripada parti-parti yang bertentangan dengan BN yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun.

Dalam menangani isu perhimpunan terutamanya kelihatan yang amat jelas bahawa Polis amat segera dalam mengambil tindakan kepada parti yang bertentangan dengan BN, seperti perhimpunan haram orang-orang UMNO di Pulau Pinang dan di Selangor dalam isu DEB, tiada tindakan yang jelas pihak Polis terhadap mereka.

Isu kebiadapan para penyokong Idris Jusoh yang berhimpun secara haram dengan kain rentang yang menyebut 'NATANG' kepada pihak istana tersebut, tiada tindakan yang benar-benar konkrit pihak Polis kepada mereka yang terbabit.

Baru-baru ini, perhimpunan 'Black 14' yang mendapat sambutan sehingga 20000 orang telah menjadikan isu yang amat hangat dari soal perhimpunan terbabit sehingga terbatalnya akhbar Makkal Osai akibat liputan perhimpunan berkenaan.

Thursday, April 17, 2008

POLIS CEKAP DAN CEPAT? BAHG 1

Memang tidak dinafikan Polis adalah di antara anggota keselamatan yang paling hampir dengan masyarakat Malaysia. Banyak cerita yang baik dilaksanakan oleh mereka dan ada juga perkara yang kurang menyenangkan buat rakyat Malaysia. Kepayahan mereka bertugas meronda, memburu penjenayah, mengawal lalu lintas dan sebagainya tidak boleh kita nafikan.

Tetapi oleh kerana terdapat segelintir anggota yang menjadi perasuah dan mengikut telunjuk pihak atasan yang giler kuasa maka hampir telah membuatkan sebahagian masyarakat hilang kepercayaannya kepada Polis. Dalam soal politik, Polis sepatutnya tidak boleh sama sekali memihak kepada sesiapa dalam hal masyarakat yang berpolitik.

Kalau ada yang benar-benar melanggar undang-undang, sewajibnyalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada bukan mengikut arahan-arahan pihak tertentu. Kalau ada kesalahan hendaklah didakwa di mahkamah atas kesalahannya bukan dipukul dan dihina sebelum didakwa sehingga menyusahkan ahli keluarga orang yang didakwa tanpa kesalahan yang jelas.

PENUTUP CERITA BABI

Penamat cerita kepada perternakan babi adalah pada siaran berita ini di Malaysiakini, dan paling penting UMNO memang takkan boleh menafikan, berita seperti berikut :

Kerajaan Selangor mendedahkan foto-foto yang membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat.

Exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan, antaranya, foto yang menunjukkan pemimpin Umno dan juga wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berdiri di luar petak ternakan dengan tangan menunjukkan lambang "bagus".

dr karim mansor german pig farm visit 150408Yaakob berkata foto itu diharapkan boleh menjelaskan kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu tidak menentang projek tersebut."Kita harap beliau (Karim) berhenti mempolitikkan perkara itu mulai sekarang," kata Yaakob petang semalam, selepas taklimat projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Karim dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo antara ahli politik Umno yang lantang menentang projek itu yang didakwa diluluskan sejak pentadbiran kerajaan BN lagi.

Selepas seorang pemimpin MCA mendedahkan pembabitannya beberapa hari lalu, Karim - bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir - mengakui beliau terlibat dengan beberapa lawatan di luar negara, termasuk Jerman, untuk mengkaji sistem moden menternak babi.

Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng dilaporkan berkata sebuah syarikat bumiputera berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.teresa kok modern pig farm 150408 yaakobKarim dilaporkan pernah berkata projek itu akan menyebabkan masalah kerana daerah Kuala Langat akan dikenali sebagai daerah penternakan babi.

Yaakob sebelum itu turut memberikan taklimat mendalam kepada wakil media tentang projek tersebut yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun.Berbeza dengan laporan awal, Yaakob berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek tersebut kerana ia dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, usahasama antara Persatuan Penternak Babi Kuala Langat dan sebuah lagi syarikat yang tidak dinamakan.

Yaakob berkata, syarikat itu - yang dijangka melabur R360 juta - akan dinamakan kemudian. Dalam projek itu, penternak-penternak akan melabur RM125 juta.

Beliau juga memberi jaminan ia tidak akan mencemarkan kawasan sekitarnya kerana ladang itu tertutup dan dilengkapi penghawa dingin, manakala sisa ternakan dikitar semula untuk kegunaan ladang.Mengulas bantahan penduduk Melayu di daerah itu, Yaakob berkata ladang itu akan dialihkan ke tempat yang lebih jauh daripada lokasi cadangan asal.

selangor pig farmBeliau juga berkata projek itu akan dibangunkan di kawasan tanah bukan Melayu dan jumlah haiwan yang diternak dihadkan kepada 250,000 ekor. Ladang Tumbuk di Kuala Langat menjadi tumpuan kegiatan penternakan binatang itu dan menerima rungutan penduduk sejak bertahun-tahun.

Karim, dihubungi Malaysiakini kelmarin, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu. Malah, katanya, beliau terlibat dalam usaha memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi. Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.

Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).

Wednesday, April 16, 2008

KECELARUAN CIPTAAN UMNO

Pada waktu ini akhbar-akhbar arus perdana begitu banyak memberitakan kesibukan kepimpinan UMNO membicarakan soal kepimpinan dan peralihan kepimpinan secara tersusun. Kesibukan semua akhbar berkenaan bagaikan hendak berlaku pilihanraya sedangkan kesemua kecelaruan tersebut berlaku di dalam UMNO sahaja.

Dalam pada itu, ada pula gerakan atau gabungan yang membicarakan soal ketuanan Melayu yang semakin pudar akibat pilihanraya yang lalu. Adakah akibat kekalahan BN dan UMNO yang agak parah tersebut menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir? Mengapa ingin membicarakannya sedangkan UMNO tidak berjuang habis-habisan soal Melayu ini sejak 20 tahun kebelakangan ini?

Kalau benar memperjuangkan soal Melayu, mengapa bahasa Melayu dipinggirkan dalam matapelajaran Sains dan Matematik? Persoalan-persoalan lain terlalu banyak untuk dibangkitkan kepada UMNO khasnya dalam soal ketuanan Melayu ini. Kelihatan orang melayu rakyat biasa yang miskin berterusan dengan kemiskinan sedangkan semua pembesar-pembesar Melayu semakin hebat dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Sejarah Melayu memang telah banyak menonjolkan bahawa ketuanan Melayu selalu diganggu gugat oleh bangsa sendiri bukan orang lain atau pihak luar. Contohnya seperti Hang Tuah dianiaya oleh pembesar Melayu yang iri hati dan hasad manakala kejatuhan Melaka di tangan penjajah Portugis adalah berpunca daripada kerakusan pembesar-pembesar Melayu.

Soalnya orang Melayu sendiri menjadi perosak kepada bangsanya sendiri. Lihat kaum Cina begitu kuat kepada bangsanya terutamanya dalam berpersatuan berbanding kaum Melayu yang sentiasa tindas-menindas demi kepentingan diri sendiri, sanggup menjual maruah demi kekayaan kaum keluarga sendiri.. Contoh yang senang macam projek yang di 'ali-baba' kan tu, yang penting komisen atau habuan yang besar.

Oleh itu rakyat Malaysia wajib sedar bahawa perjuangan UMNO dan BN sebenarnya sudah tidak relevan lagi, hanya yang kelihatan Pakatan Rakyat sahaja yang dapat membetulkan keadaan negara kita yang semakin parah dan hancur di bawah kepimpinan UMNO dan BN. Bak kata Rafidah Aziz pada akhbar hari ini, jangan sampai nasi dah jadi bubur baru nak bertindak, tu kata depa pada pada parti depa, kalau pada saya UMNO memang dah jadi bubur, cuma belum basi lagi.




Monday, April 14, 2008

BABI GLAMOUR, ANGKARA UMNO

Nampaknya isu babi ini di Selangor akan lenyap begitu sahaja tak lama lagi kerana segala tembelang atau rahsia BN terutama parti melayu tu yang bernama UMNO telah dipecahkan oleh orang mereka sendiri dalam BN iaitu wakil MCA sepertimana tersiar di Malaysiakini.com :

Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA. Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut. Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas. Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang. Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik. Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.

Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor. PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.

Saturday, April 12, 2008

BABI LAGI

Isu babi di Selangor adalah antara yang menarik perhatian sepanjang minggu lepas, dah macam isu besar negara. Hakikatnya banyak cerita lain yang lebih hangat seperti 26 Ajk Bahagian UMNO di Johor mengugut meletak jawatan beramai-ramai jika tidak menerima tuntutan mereka dalam masa 14 hari.

Muka hadapan Utusan Meloya hari ini menyatakan sokongan padu UMNO Johor kepada Pak Lah, tetapi di sebaliknya ada api yang sedang membakar sekam. Mereka tersangat marah kerana Ghani Othman tidak menceritakan perkara sebenar tentang apa yang dituntut oleh sebahagian bahagian-bahagian UMNO di Johor.

Dalam Buletin 1.30, seorang wakil daerah (lupa nama dan pangkatnya) telah menyatakan (yang sebelumnya beberapa perkara) bahawa telah 20 tahun masalah babi ini di Selangor. Malam ni pula, Buletin Utama bercerita lagi pasal babi, tetapi dalam bentuk lain pada peringkat awalnya. Seorang pakar menceritakan permasalahan penyakit virus nipah dan punca-puncanya serta pencegahan.

Pada akhir kata-kata beliau dimana ditanyakan tentang projek ternakan moden bersepadu tersebut, beliau memberi reaksi positif dan mengalu-alukan tindakan berkenaan kerana dapat mencegah penularan penyakit dan mengawal pencemaran alam sekitar.

Friday, April 11, 2008

BABI PUNYA CERITA PULAK

Tak pasal-pasal semua orang cerita pasal babi pulak kat Selangor. Lama dah senyap cerita ni, timbul sekali lagi. Kali terakhir cerita babi adalah di Melaka di mana isunya adalah terlalu banyak dan mencemarkan alam sekitar. Melaka pula diperintah oleh BN pulak tu bukan Pakatan Rakyat yang baru berusia yang tak berapa lama jagungnya ditanam.

Sebelum Melaka, sebelum-sebelumnya lagi, cerita babi yang membawa penyakit JE telah melanda Negeri Sembilan dan Selangor yang juga masih diperintah oleh BN ketika itu. Ada tambahan cerita di surat kabar Utusan Meloya, ruangan pembaca, ada menyatakan terdapat masalah yang sama di tiga kawasan di Pulau Pinang yang juga diperintah oleh BN.

Yang malas nak cerita tu, tidak ada pulak pejuang-pejuang UMNO untuk menyatakan ketidak-puasan hati tersebut sehingga kerajaan PR memerintah Selangor. Kenapa isu babi ini tidak dibangkitkan oleh penduduk setempat di Sepang atau Kuala Langat kepada pimpinan BN sebelum itu iaitu Khir Toyo?

Bila ditanya oleh media perdana TV3, jelas ketuanya menyatakan bahawa telah lama kedudukan pusat babi berkenaan disitu dan tiada tindakan yang baik oleh pihak berkuasa masa itu sehingga ditunjukkanlah sungai-sungai dan tepian pantai yang kotor dan berbau busuk. Adakah di bawah kerajaan PR keadaan ini semua berlaku di mana baru sahaja memerintah dari tarikh 9 Mac 2008 yang lalu?

Kalau nak kata bodoh, pandai pulak semua orang, sekolah tinggi, paling teruk pun SPM. Maka untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah dengan menaik taraf pusat berkenaan dengan pembangunan sistem teknologi Jerman bagi mengatasi masalah yang diperkatakan sebelum ini. Soal tanah tidak perlu dibincangkanlah kerana kerajaan BN yang telah meluluskannya sehingga terambillah tanah berkenaan.

Perjanjian telah termeterai pada zaman Khir Toyo untuk membuka pusat itu. Oleh kerana itu kerajaan PR tidak boleh untuk mengganggu gugat kawasan itu bagi mengelakkan tindakan undang-undang oleh pihak pengusaha terbabit. Kelihatan kerajaan BN pimpinan Khir Toyo seperti membaling batu sembunyi tangan. Mengambil kesempatan apa sahaja dengan isu babi ini untuk kepentingan politik BN dan UMNO bagi melemahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Thursday, April 10, 2008

MELAYU, KENAPA KAU MELAYU?

Ada orang berkata, bangsa Melayu ni sebenarnya tiada tapi diadakan (orang kata...). Kalau fikir-fikir sendiri pun, macam betul pun ada, macam pelik pun ada. Sebab kalau lihat orang Melayu punya kulit pun tak sama, ada putih, ada hitam, ada cerah, ada gelap, muka macam orang putih, macam cina, yang mamak pun, campur-campur pulak rupanya.

Taklah macam mat saleh, muka orang putih sama jer lebih kurang, cuma negara jer lain-lain. Walau bagaimanapun, dah keturunan saya ni dah Melayu, ikut ajerlah asalkan Islam sudah, bukan di akhirat nanti Allah bertanya kita ini bangsa apa, yang ditanya adalah IMAN dan KETAKWAAN serta apa yang kita lakukan di dunia yang sementara ini.

Berbalik pasal Melayu ni, saya tertarik dengan pendapat Prof Dr Zainal Kling yang menjadi panel dalam rancangan HUJAH di rangkaian TV9 yang menyatakan bahawa UMNO sekarang telah lari dari perjuangan asalnya kerana di ketika ini, UMNO memperjuangkan konsep ke MALAYSIAN lebih dari perjuangan untuk orang Melayu.

Kata beliau, orang UMNO perlu menyatakan dan memperjelaskan dengan baik sepanjang masa kepada semua rakyat Malaysia bahawa Perlembangan Malaysia telah termaktub dengan segala apa tindakan yang dibuat oleh kerajaan pimpinan UMNO adalah mengikut ketetapan berkenaan dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan kedaulatan agama Islam.

Bahasa Melayu umpamanya walau sebagai bahasa rasmi kalau diperhatikan oleh beliau, kelihatan tidak diperjuangkan dengan sebenar-benarnya oleh UMNO. Pada saya ada juga benarnya kata-kata beliau tersebut jika membabitkan penggunaan bahasa dalam pembelajaran sekolah rendah untuk matapelajaran Sains dan Matematik.

Jika benar UMNO memperjuangkan orang Melayu kenapa ada kepimpinan UMNO sendiri berpakat secara tersangat baik dengan ahli-ahli perniagaan besar seperti Vincent Tan, Patrick Lim dan Ananda Krishnan sehingga meminggirkan kemajuan ekonomi orang Melayu?. Kalau nak tanya lagi, mengapa sewenang-wenangnya tanah-tanah dan rizab Melayu diambil secara paksa rela atau menipu?

Kalau nak tanya banyak lagi, tapi UMNO perlu lebih telus dalam menyatakan atau menjawab dengan apa yang diperkatakan oleh Prof Dr Zainal Kling tersebut untuk kita perdebatkan oleh UMNO dan semua orang Melayu.

Tuesday, April 8, 2008

PARAHLAH MEREKA YANG MEMANG PARAH

Negaraku yang tercinta sekarang ini semakin hangat. Kehangatan lebih hangat dari Leina hangat dan hangat-hangat taik ayam. Akhirnya kesabaran Pak Lah tercabar, dan Pak Lah terpaksa berkata kepada semua secara terbuka apa yang terpendam selama ini.

Pak Lah menjawab apa jua yang berkaitan hentaman dari pihak Tun Mahathir dan 'serangan' Ku Li mengenai perjawatan PM dan menantunya bernama KJ. Serangan balas Pak Lah mengguna 'bom melineum' canggih serta bersama panglima terhandal berbanding Tun Mahathir yang hanya memakai 'senapang patah' dan prebet cabuk.

Walaupun begitu Tun Mahathir tak mau kalah, serangan balas itu ditangkis semula dan akhirnya nanti.......... tiada akhir-akhirlah kesudahannya. Ku Li pulak walau ditempelak oleh Pak Lah sebab tak buat apa-apa untuk Kelantan sehingga BN mengalami kekalahan teruk, namun sokongan ramai orang kuat UMNO kepadanya menjadikan masalah bertambah masalahlah.

Tun Mahathir ni pun satu, hangpa dulu buat teruk jugak dulu, so lagi senang citer buruk hang diwar-warkan oleh Pak Lah dan pasukan bersekutunya. Ni macam meludah ke langit pastu kena muka sendiri. Tak payah banyak citerlah, apa PM pun dari dulu, ISA lah satu-satunya penyakit zalim yang di turun-temurunkan kecuali kita tukar PM kepada Pakatan Rakyat.

Dalam keparahan Pak Lah nak menyelesaikan masalah-masalah ini, CEUPACS pula menambah keparahan ini dengan menuntut apa yang dituntut sejak tahun lepas dan masalah 'misteri' BN di Sabah dan Sarawak. Lepas tu tak pasal-pasal buat masalah sendiri apabila mengatakan ada sabotaj dari kalangan ahli UMNO yang menyebabkan kekalahan di negeri Kedah dan Perak.
Dengan ahli sendiri pun dah tak percaya, apatah lagi dengan rakyat sendiri, dalam diam-diam macam api dalam sekam, dan disebabkan itu jugalah Pak Lah dan pasukan bersekutunya hendak menghukum rakyatnya sendiri dengan beberapa tindakan yang semua orang tau. Kalau beginilah berterusan, Pak Lah kena bersedia untuk menerima serangan demi serangan selepas ini.

Saturday, April 5, 2008

APA PULAK NI !!!

Khir Toyo ni konon-kononnya membuat inovasi dalam kepembangkangan negara apabila mewujudkan kabinet bayangan dalam DUN Negeri Selangor sepertimana yang sedia maklum bahawa telah ada terlantik barisan exco secara rasmi. Kononnya sebagai pemantau atau 'malaikat' kepada gerakerja Ahli DUN dari Pakatan Rakyat.

Macamlah dia tu baik sangat, tuduhan yang sedia ada pun tak terjawab, nak mantau orang lain pulak. Tu gua mau tanya, rumah-rumah banglo kat Shah Alam yang memakan duit rakyat tu apa citer. Dokumen-dokumen sulit kerajaan negeri sebelum kemasukan MB baru, kenapa diarah untuk dihancurkan??? Nak tukar citer lain pulak Khir Toyo ni.

Ni satu lagi ada dua orang jaguhlah konon dari kalangan orang kuat UMNO bersuara lantang menghentam Tun Mahathir, sedangkan mereka itu baru dalam UMNO. Mereka berdua tu pun belum lahir semasa Tun Mahathir aktif dalam UMNO. Kaki bodek dan mengampu nipun budaya UMNO sejak dulu.

Begitulah kucar-kacirnya UMNO apabila berhadapan situasi kebangkitan rakyat dan reformasi dalaman UMNO sendiri. Agak-agaknya jadi lagi ke peristiwa pengharaman UMNO?? Aaah biarlah mereka tu, malas nak cakap, bengong, bingai dan sengal ( kata orang muda) mereka ni semua.

Pakatan Rakyat yang sedang terjalin sekarang ini memerlukan pemantapan dari segi gerakerja dan halatuju. Apa yang dilihat sekarang, Lim Kit Siang telah mengingatkan kita bahawa pada suatu ketika, hubungan DAP dalam BA retak kerana pertentangan ideologi. Oleh itu beliau mahukan agar ianya tidak akan terjadi sekali lagi.

Karpal Singh ada membuat ungkapan 'nakal' baru-baru ini tapi keterbukaan perlu bagi memantapkan lagi persefahaman. PAS dilihat pada ketika lain adalah sebuah parti gerakan Islam, tetapi atas dasar perjuangan untuk rakyat pada objektif yang sama telah bersama dalam pakatan ini walaupun ada dikalangan ahli-ahlinya tidak berapa 'senang'.

DAP dan PAS walaupun ada masa ber'tengkar' sejak dahulu tetapi corak perjuangan adalah sama, cuma ideologi sahaja berbeza. Manakala PKR, dilihat pada pandangan saya, perjuangannya adalah keadilan untuk rakyat, tetapi jika tidak dimantapkan halatuju parti ditakuti kekuatannya banyak bergantung kepada Dato' Seri Anwar.

Thursday, April 3, 2008

APA LAGI BN DAN UMNO NI

Nampaknya orang BN dan UMNO ni tak sudah-sudah mencipta kekalutan diri sendiri. Patutnya mereka bertenang, buat solat hajat dan zikir banyak-banyak. Kelmarin Tun Mahathir berforum dan bercakap mengenai Pak Lah, Najib dan KJ. Dahsyat juga dengan mereka yang bertanya dalam sesi soal jawab dan jawapan Tun Mahathir yang menghangatkan suasana dewan berkenaan.

Jangan main-main Pak Lah, dalam UMNO sendiri dan penyokong UMNO / BN ada pejuang reformasi. Pakatan Rakyat tak usah cerita lagi, dah maklum semua.Ura-ura perletakan jawatan Pak Lah begitu sensasi sehingga ke hari ini, 'kakaktua' UMNO memberikan 'pertahanan' dari udara, darat dan laut untuk Pak Lah.

Dicadangkan dan didoakan semoga Pak Lah tetap sebagai PM sehingga ke liang lahad. Kalau boleh lantik sekali Khairy jadi TPM. Mudah sikit PR buat kerja. Satu penyakit baru orang kuat UMNO bawa bernama penyakit MAT TAIB telah tersebar luas dengan virus secara saintifiknya bernama JKKK Persekutuan menyebabkan ketua kampung dan JKKK 3 negeri meletakkan jawatan dengan senang lenang.

Kalutlah UMNO ni, dia lak arahkan orang letak jawatan. Dah takde kuasa dalam negeri masih lagi sombong dan bongkak mengganggu gugat kerajaan PR. Apa dia ingat duit gaji ketua kampung dan JKKK tu dibayar oleh duit moyang UMNO. Duit semua duit rakyatlah, kenapa kebodohan UMNO ini ditahap tertinggi sekarang ni, peliklah!!!

Yang bestnya satu lagi perkara hari ini, orang kuat parti dalam BN sendiri mempertikaikan tindakan ISA ke atas Hindraf dan tiada pula tindakan ISA ke atas orang UMNO di Pulau Pinang . PR sekarang kena beri tumpuan kerja sahaja sekarang. Biarkan sajalah si luncai terjun dengan labu-labunya.

Tulah dulu kutuk orang-orang yang bersolat hajat dan berdoa memohon agar berpecah belahlah musuh-musuh Allah ini dan kelihatan tiada apa-apa yang terjadi dari tahun 1998.Tapi Allah tidak memberi kemenangan mudah, sehingga ke tahun 2008 ini barulah nampak apa yang terjadi sekarang ini.

Wednesday, April 2, 2008

MASIH TAK STABIL

Sebelum ini penulisan saya berkisar kepada kemarahan dan kecelaruan perasaan saya yang sayangkan BA (yang sekarang dikenali sebagai Pakatan Rakyat). Maklumlah seolah-olah baru mengenal dunia, kerana kita telah 50 tahun dijajah pemikiran oleh BN.

Keseronokannya melihat semua kerajaan Pakatan Rakyat atau senangnya PR telah berjaya diisytiharkan dan diperkenankan oleh Sultan atau Yang Dipertuan secara rasmi. Dalam pada itu pulalah, kerajaan BN pimpinan UMNO di peringkat pusat atau 2 buah negeri iaitu Perlis dan Terengganu bergolak tidak tentu arah sehingga heboh satu dunia.

Zaman Pak Lah ni memang banyak mencipta sejarah yang bukan-bukan melebihi zaman Tun Mahathir. Sejarah seperti PM dari negeri yang kalah, tak lantik menteri wanita UMNO yang menang PRU 12, perletakan jawatan timbalan menteri, BN kalah 5 negeri dan satu Wilayah Persekutuan, hilang banyak undi majoriti wakil BN hampir 60 peratus kawasan, berbalah dengan Sultan, bina Masjid takde kariah, muncul ramai reformis dalam UMNO dan sebagainya.

Saya rasa elok ditulis satu buku sejarah khas zaman Pak Lah ni untuk tatapan cucu cicit kita di masa hadapan. Tun Mahathir pun ada juga sejarah dia cipta, jangan ingat dia tu baik sangat walaupun dalam keadaan sekarang macam dah insaf, Wallahu'alam.

Apa yang tak stabil ni? Yelah macam baru-baru ni ADUN DAP keluar parti 7 jam sahaja, menyebabkan kegoncangan kerajaan negeri PR. Apa dia ingat main-main April Fool ker. Isu ketua-ketua kampung dan JKKK yang bermain-main dengan isu tak leh kerjasama ngan kerajaan PR sehingga meletak jawatan beramai-ramai. Ini benar-benar mengganggu ketenangan rakyat yang baru nak mengenali kerajaan PR, dengan itu jugalah ianya agak sukar nak mengawal keadaan ini.

Di Selangor isu levi dan di Gombak jika tidak ditangani dengan baik boleh juga menggugat kepercayaan rakyat yang menyokong PR walaupun pada hakikatnya media Malaysia kepunyaan kroni2 BN memang berat sebelah.

Walau apapun, pada saya kerajaan PR tetap boleh mengharungi apa jua halangan dan rintangan, kerana semua telah lama belajar menentang penjajah yang tak nampak ini yang didatangkan dalam bentuk BN ni. Ketentuan Allah ini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin dan ambillah apa jua kesempatan yang ada selagi tak menyusahkan rakyat. HIDUP RAKYAT.