Tuesday, December 9, 2008

STRUKTUR TANAH DI KAWASAN BUKIT ANTARABANGSA PERLU DIUJI: PAKAR

70 cerun berisiko runtuh ( dari Berita Harian)


KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Bukit Antarabangsa dekat sini yang mengalami kejadian tanah runtuh Sabtu lalu, dikenal pasti mempunyai lebih 70 cerun yang perlu dikaji ketahanannya bagi memastikan keselamatan kira-kira 5,000 penduduk di situ.

Kajian itu penting kerana kawasan bukit berkenaan dan sekitarnya terbentuk daripada gabungan struktur berpasir dan keladak yang tinggi, manakala kandungan tanah liatnya pula rendah, sekali gus mudah runtuh jika dilanda hujan berpanjangan.

Pakar kaji bumi berpendapat, kestabilan struktur setiap cerun di kawasan itu perlu dipastikan bagi membolehkan risiko keruntuhan tanah dan langkah pencegahan yang berkesan dapat diambil untuk menjamin keselamatan penempatan terbabit.

Pengarah Pusat Penyelidikan Hakisan Tanah Negara (Nasec) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Roslan Zainal Abidin, berkata tanah runtuh Sabtu lalu berlaku kerana hujan berlarutan lima hari dengan jumlah taburan lebih 70 milimeter (mm).

"Jika kita imbas kembali tragedi Highland Towers yang runtuh di kawasan berkenaan pada Disember 1993, jumlah hujan yang mengakibatkan pergerakan tanah sehingga meruntuhkan bangunan itu hanya 30 mm.

"Hakikatnya, kajian kebolehruntuhan tanah di kawasan sekitar Bukit Antarabangsa, termasuk Highland Towers dan Taman Hillview sudah membuktikan struktur tanah di ketiga-tiga kawasan terbabit berisiko tinggi.

"Bagaimanapun, penduduk masih boleh terus menetap di situ, asalkan kerajaan dan pemaju menstruktur semula seluruh kawasan terbabit dengan membahagikannya kepada beberapa zon mengikut tahap risiko.

"Penanaman pokok dan pembinaan tembok penahan saja sebenarnya tidak cukup untuk mencegah runtuhan tanah jika sistem saliran air bawah tanah di situ tidak diperbaiki secara sistematik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pandangan Roslan dipersetujui Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (Lestari), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, yang mencadangkan setiap daripada 70 cerun yang dikenal pasti itu dikaji secara berasingan.

"Pengurusan dan inventori cerun di kawasan Bukit Antarabangsa boleh membantu pihak berkuasa mengenal pasti kawasan yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh untuk memberikan amaran awal kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di kawasan itu yang dihentikan selepas empat mangsa ditemui kelmarin, disambung semula malam semalam berikutan maklumat mungkin ada seorang lagi mangsa masih terperangkap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengetuai SAR itu berkata, pihaknya mendapat laporan bahawa pembantu rumah mendiang doktor veterinar, N Yogeswari, 40, yang terkorban dalam kejadian itu, masih hilang.

"Berdasarkan maklumat itu, SAR kini ditumpukan di sekitar kawasan rumah nombor 1, Jalan Bukit Mewah untuk mencari mangsa, seorang warga Sri Lanka berusia 30-an yang sudah bekerja di situ sejak enam tahun lalu," katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan semalam terpaksa dihentikan dua kali selepas Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengesan berlaku pergerakan tanah yang besar sehingga boleh mengancam keselamatan pasukan SAR.

Dalam pada itu, kira-kira 3,000 penduduk kawasan berkenaan yang sebelum ini terputus hubungan menarik nafas lega apabila satu lagi laluan alternatif yang menghubungkan Taman Bukit Mewah ke Apartmen Impiana Selatan, berjaya dibina petang semalam.

Laluan alternatif sepanjang 300 meter itu dibuka pada jam 6.30 petang selepas 20 struktur khas yang dikenali sebagai 'Mobemat' berukuran 14.7 meter (m) panjang dan 4.2m lebar dipasang oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada 1,500 penduduk yang terputus bekalan berkenaan sejak kejadian Sabtu lalu. Naib Presiden (Pembahagian) TNB, Azman Mohd, berkata bekalan pulih jam 5.26 petang.

Thursday, October 23, 2008

BN TAK HABIS-HABIS CANANG PERKARA REMEH DARIPADA SELESAIKAN ISU PENTING

Penganalisis By : Ramjit

Oleh Noor Hayati Muda

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pemerhati politik berpendapat parti pemerintah Barisan Nasional (BN) tak habis-habis mencanangkan isu remeh daripada perkara lebih penting seperti menangani politik wang, memilih pemimpin yang betul dan bekerja keras untuk meraih semula sokongan yang hilang terhadap gabungan itu dalam pilihan raya umum 8 Mac.Para penganalisis beranggapan adalah tidak penting, pada ketika ini, cadangan untuk menjadikan gabungan itu sebagai satu parti pelbagai kaum atau malahan menjalani penstrukturan semula.

Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata penstrukturan semula jawatan tertinggi dalam Dewan Tertinggi BN tidak akan membawa sebarang kesan signifikan dalam gabungan itu atau kepada rakyat amnya."Bagi saya ini semua perkara remeh. Saya faham mereka mahu mendapatkan kembali sokongan daripada kaum mereka sendiri tetapi saya tidak fikir ini akan memberi faedah kepada rakyat secara amnya."Lagipun, semua jawatan tinggi dalam BN hanya pada nama sahaja kerana semua keputusan dibuat berdasarkan persetujuan bersama tanpa mengira jawatan mereka dalam Dewan Tertinggi," kata pensyarah di Fakulti Pentadbiran Awam dan Undang-undang universiti itu.

Beliau berkata BN ditubuhkan berdasarkan persefahaman tanpa terikat dengan perlembagaan secara sah."Tidak penting siapa yang duduk di situ kerana kedudukan mereka dalam Dewan Tertinggi sebenarnya sama sahaja. Umno diberikan jawatan pengerusi dan timbalannya atas dasar persefahaman bahawa ia parti terbesar dan keadaan itu kekal sehingga hari ini," katanya.Dr Ahmad Atory berkata pemimpin BN sepatutnya menumpukan pada isu lebih penting iaitu memenangi semula keyakinan rakyat."Mereka sebenarnya perlu melihat kepada keadaan sebelum ini dan mengkaji situasi itu secara menyeluruh dan mencari punca kepada masalah itu, kemudian merumuskan idea yang bernas yang benar-benar membantu gabungan menarik semua pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Anda boleh mendapatkan semula sokongan anggota parti anda sendiri, tetapi yang pentingnya ialah rakyat," katanya.Kenyataan Dr Ahmad Atory itu merujuk kepada kegagalan BN untuk menawan semula Kelantan dan kekalahan di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac.Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merujuk kepada permintaan MCA agar diwujudkan jawatan kedua bagi timbalan pengerusi BN untuk dipegang oleh parti itu, dan berkata melayani permintaan itu akan membuka pintu kepada parti komponen lain untuk membuat tuntutan yang sama."Di samping itu, saya berpendapat ada perkara lain yang lebih mendesak yang perlu ditangani oleh pemimpin BN, pembaharuan yang lebih penting seperti menangani politik wang, misalnya," katanya.

Beliau juga berkata pemimpin BN telah menyimpang daripada masalah sebenar."Setiap parti komponen, sama ada Umno, MCA, MIC atau malahan Gerakan, mempunyai masalah kepimpinan. Saya fikir mereka mesti selesaikan ini dulu sebelum bercakap mengenai membaharui struktur gabungan," kata pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu.Pendapat Dr Ahmad Nizamuddin turut dikongsi Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dari Universiti Tun Abdul Razak yang berkata apa yang patut diutamakan oleh parti komponen BN ialah memilih "pemimpin yang betul"."Saya berpendapat apa yang paling penting sekarang ialah untuk semua parti komponen memilih pemimpin yang betul. Kemudiannya, selepas itu mereka boleh membincangkan idea bagi pembaharuan," kata bekas Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan universiti itu.

Katanya adalah amat kritikal untuk memilih pemimpin yang mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang serta mempunyai rangkaian yang luas sama ada di dalam dan luar negara."Kita mempunyai banyak pemimpin cemerlang seperti dalam dunia korporat, dalam sektor perkhidmatan awam dan pendidikan. Oleh itu, pada pandangan saya, pemimpin politik juga perlu terdiri daripada kalangan yang terbaik," katanya.Berdasarkan keadaan semasa, daripada segi politik atau ekonomi, Dr Ibrahim mempunyai sebab kenapa amat penting untuk memilih pemimpin yang betul kerana pemimpin berkenaan perlu mencari jalan bukan sahaja untuk memperkukuhkan parti mereka tetapi juga BN serta mengemudi negara dalam menghadapi krisis ekonomi global sekarang.

Pada masa yang sama, mereka perlu memulihkan semula keyakinan pengundi jika BN mahu kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.Oleh itu, Dr Ibrahim berkata adalah amat penting bagi pemimpin BN untuk mengenal pasti punca masalah itu yang telah menyebabkan gabungan itu berada dalam "kepanasan" sebelum ini.Katanya setiap cadangan bagi perubahan perlu dikaji dengan mendalam berdasarkan prinsip setiap parti komponen dan yang paling penting ialah mereka perlu menumpukan kepada kepentingan rakyat dan dalam masa yang sama memastikan negara kekal stabil."Pembaharuan mesti berdasarkan beberapa faktor, luaran dan dalaman. Ada yang sukakan perubahan secara radikal tetapi bagi saya usaha ini perlu dilakukan secara berterusan," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, October 9, 2008

PEMERINTAH BN PANDAI MENUTUP ISU MEREKA

Sejak dahulu sehingga ke waktu ini, pemerintah yang didalangi ketua syaitannya iaitu UMNO, telah banyak kali berjaya menutup isu yang kritikal dari kalangan mereka kerana telah memegang kepercayaan iman UMNO bahawa MELAYU MUDAH LUPA. Apa jua kezaliman yang berlaku dalam negara ini yang dilaksanakan oleh UMNO, walaupun ada tanda kemarahan yang hebat dikalangan orang Melayu, akhirnya lupa begitu sahaja kerana KEZALIMAN tidak kena pada diri orang Melayu berkenaan. Kebangkitan orang Melayu hanya pada bak kata pepatah, dah terhantuk baru nak tengadah.

Sebab yang paling besar orang Melayu tidak boleh hendak berubah kepada pejuang keadilan ialah ISLAM yang tidak dihayati keseluruhannya, hiburan yang melalaikan dibiarkan tanpa batasan dan kewangan yang dibuat umpan senyap-sunyi penjenayah dalam BN tanpa disedari oleh rakyat. Inilah faktor paling besar mengapa orang Melayu susah hendak berubah kepada Pakatan Rakyat berbanding kaum lain. Pegangan bodoh yang teramat sangat dan sentiasa diguna pakai oleh 70 peratus orang Melayu di Malaysia, ialah tiada parti lain boleh memerintah negara hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja.


Thursday, October 2, 2008

KLINIK POLITIK (DARI DETIKDAILY) - ANWAR AGEN AS?

(Ruangan Klinik Politik menjawab beberapa pertanyaan dan kenyataan yang kerap menghinggap sms penulis dan mel-e beliau di ibnuamir@yahoo.com.)
.
Soalan:-
Saya mendengar cakap-cakap umum bahawa di belakang Anwar itu ada Amerika Syarikat dan Islam Liberal. Beliau kerap dinobatkan rakyat sebagai bakal Perdana Menteri. Bagaimana sikap kita tentang hal ini?Rahmah, Kota Bharu, Kelantan.

Jawapan:-
Cik Rahmah, pertamanya, andaian seumpama ini harus dinilai melalui cara agama kita. Sesiapa pun yang berada di tempat Anwar akan berusaha mencari sokongan di luar. Mungkin, kalau kita di tempat beliau pun, kita akan membuat hal yang sama. Pertama sekali, perlu dijelaskan sikap saya kepada Anwar. Saya bukan pro Anwar, saya pro kepada kebenaran yang cuba diangkat oleh Anwar. Kita ini mestilah pro Tuhan, kerana Tuhan sentiasa memihak kepada kebenaran. Izinkan saya cerita tentang hal peribadi sedikit walaupun saya sebenarnya tidak suka mengulang-ulang kembali cerita lama.
.
Ia berhubung sikap saya ketika berseteru dengan HEP USM sekitar 2004 - 2005. Strategi yang saya gunakan ketika berentap melawan TNCHEP USM adalah lebih kurang sama dengan strategi Anwar melawan Umno-BN. Iaitu, kita akan gunakan segala macam cara untuk menghebahkan kebejatan HEP. Blog, (ketika itu saya menggunakan multiply, blogspot belum popular dan jika YouTube pun terkenal pada saat itu, nescaya saya menggunakannya)Akhirnya, isu itu diangkat oleh suatu pertubuhan wartawan antarabangsa, dikenali sebagai SEAPA. Timbul kekecohan sebentar dalam kalangan pensyarah tentang bagaimana hal itu berlaku. Saya pun tidak tahu. Ini semua, bagi saya, adalah kerja Tuhan.
.
Ekoran itu, terdapat banyaknya lambakan surat demi surat yang bertebaran di atas meja TNC Dato' Prof Jamaludin Mohaiadin. Dan, hal ini meresahkan beliau. "Macam mana you buat semua ini?" tanya beliau. Saya terpinga-pinga, tidak tahu apa-apa. Ketika itu beliau memanggil saya ke pejabatnya secara tidak rasmi. "Banyak betul surat bantahan dari luar negeri tentang you." Selepas itu, saya dapat melihat laporan-laporan picisan berhubung SEAPA tersebar di laman Idealis Mahasiswa. Laporan yang bukan-bukan. Konon kata mereka, SEAPA adalah sebuah pertubuhan yang sengaja ditubuhkan dengan tujuan mencari di mana kesilapan pendidikan di Malaysia, dll. Walhal, pertubuhan itu bukanlah bermotifkan dengan maksud tersebut.
.
Ia adalah pertubuhan yang membela nasib penulis atau wartawan yang telah hilang, terbunuh dalam peperangan atau dikenakan penindasan kerajaan. Itulah yang saya ketahui serba sedikit mengenainya. Oleh kerana orang di HEP ini kuat dan tebal betul semangat Umno dan tergolong dalam kaum Umno Harbi, saya tidak hairan hal ini boleh berlaku. Walhal mereka sendiri terlibat dengan Freemason, musuh Islam semenjak dulu dan beberapa acara mereka ada sangkutan dengan AS. Umno adalah dajal, yang handal dalam tipudaya. Ini saja formula untuk mengetahuinya. Berdasarkan maklumat yang kerap saya terima, antara pihak dan dalang dalam parti pemerintah yang kerap menggunakan strategi ini ialah BTN, Akhbar Mahasiswa.
.
Saya yakin 80% mereka ada hubungan. Memang betul Anwar ada hubungan dengan AS. Beliau memang diajak ke sana untuk bercerita mengenai masalah politik Malaysia. Apa masalahnya di sini? Memang dia terhumban, merengkok penjara angkara difitnah liwat iaitu sesuatu yang tidak muda diterima jumhur khalayak rakyat waras. Dia mesti bercerita untuk melepaskan tension yang bersarang di dadanya. Dan sekali lagi, harus diingat, bahawa catatan ini ditulis bukan bererti saya ini pro Anwar 100%, tetapi saya menyokong kebenaran yang diangkatnya. Jangan diperbodohkan lagi.
.
Tapi, harapnya, janganlah kita sampai sanggup dan sudi diperbodohkan lagi dengan khabar-khabar yang menonjolkan Anwar seperti watak begitu. Apatah lagi kita memang tidak nampak apa yang Anwar sedang dan telah lakukan di luar negara. Tiba-tiba, ada pihak yang bertindak mencederakan peribadi Anwar dan dia adalah Umno yang punya rekod buruk dalam memperbodohkan rakyat di negara ini, menangkap dan menahan orang tanpa bicara dan sebagainya. Benar! Rakyat kita masih percaya kepada Umno dan kerana Umno adalah Tuhan mereka. Kalau mereka percaya kepada al-Qur'an, nescaya mereka tidak menjadi sebegini.
.
AS ada sikap ingin menyelidik. Satu lagi isu, ialah AS suka menyelidik. Banyak badan-badan penyelidikan yang ditubuhkan bagi mengkaji kegiatan-kegiatan persatuan di beberapa negara tertentu. Menurut hemat saya, ini tradisi warisan untuk menjajah. Hal yang sama dilakukan oleh Vasco De Gama, orientalis terdahulu yang menubuhkan SOAS di universiti-universiti di Barat dengan tujuan mengkaji perkembangan belahan dunia Timur. Hal ini masih berlanjutan. Anwar dan beberapa orang pimpinan negara lain di belahan dunia Timur ini tentunya antara subjek kajian mereka. Itu sudah pasti. Tentunya juga mereka ini mengkaji Umno, Abdullah Ahmad Badawi termasuklah Najib.
.
Mereka ada maklumat tentang Khairy, kapal selam Scorpene dari Perancis, pembunuhan Altantuya dan sebagainya. Apabila saya tamat pengajian, seorang penyelidik mengenai politik pelajar di Malaysia, namanya Meredith dari AS telah menghubungi saya. Beliau ingin mencatat beberapa perkara dan senario dalam kampus yang berlaku sepanjang tahun 2000 hingga tahun-tahun yang terakhir. Ini perkara biasa dan proses itu akan terus berlaku. Budaya dan tradisi ini tidak wujud dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Pas juga tidak bangunkan badan-badan penyelidikan untuk mengkaji Barat dan Yahudi. Yang ada, adalah orang perseorangan dalam Pas yang buat penyelidikan peribadi. Itu mungkin ada. Jadi, bagaimana nak memerintah?
.
Yang ada, adalah individu yang cuma memberikan kenyataan tentang hal kesukaran menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September dan hal itu, menurut saya, belum boleh diangkat sebagai satu darjat keilmuan. Maksud saya, kalau tak jadi pun, orang pun boleh agak. Tak perlu bagitau pun tak apa. Biarlah hal kegagalan itu keluar daripada lidah Abdullah. Kita pun tak rasa sakit hati sangat. Sebab, memang Umno musuh rakyat! Syahadan kita perlu mengenali siapa musuh kita yang sebenarnya. Melayu kita yang bijaksana telah menyediakan banyak ungkapan seperti :
.
1. Musuh dalam selimut
2. Gunting dalam lipatan
3. Duri dalam daging
4. Api dalam sekam
5. Tali barut (mula popular sejak zaman penjajahan Jepun)
.
Kita mungkin boleh kenal siapa kawan, siapa lawan kita dengan jelas. Tapi siapakah 'rasoh' (rakan yang sebenarnya musuh) dan munafik (Muslim di luarannya, kufur dalamannya), hal itu perlukan penjelasan. Kalau tak salah saya, Sun Tze, pengarang The Art of War (atau mungkin Confusius): Kalau kita dapat mengenali betul-betul siapa kawan dan siapa musuh, maka dalam 100 peperangan, kita mendapat 100 kemenangan. Mungkinkah dalam banyak peperangan yang menyaksikan pembangkang tewas melawan Umno sebelum ini adalah berpunca daripada kegagalan kita mengenalpasti siapakah kawan dan lawan. Bak kata Nabil, Raja Lawak, "Lu pikirlah sendiri!".
.

Tuesday, September 30, 2008

SURAT TERBUKA KEPADA PM OLEH ZAID IBRAHIM


Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.

Satu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita dan membina negara ini berpandukan kepadanya.Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.

'Saya dan rakan-rakan saya dalam kabinet berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa-kuasa luas yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang' adalah apa yang diucapkan oleh Tunku dahulu. Ketetapan ini dikukuhkan lagi kemudiannya oleh Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang menyatakan bahawa ISA bukanlah dimaksudkan untuk mengekang bangkangan politik yang dibuat secara sah atau untuk menyekat aktiviti demokrasi rakyat.Beberapa peristiwa yang berlaku tiga minggu lepas bagaimanapun telah memaksa saya mengkaji semula cara ISA digunakan. Sungguh menyedihkan sekali kerana kesimpulan yang saya perolehi darinya ialah bahawa Kerajaan telah berulang-ulang kali menghampakan rakyat negara ini dengan berulang-ulang kali juga memungkiri janji yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman tersebut.

Ini berlaku kerana Kerajaan dan undang-undang yang digubalnya telah dengan secara tidak betul memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan sesiapa sahaja atas apa sahaja alasan yang difikirkannya perlu. Budi bicara yang subjektif ini telah disalahgunakan bagi menjaga kepentingan-kepentingan politik tertentu.Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.

Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969. Helmi hanyalah seorang musuh politik dan tidak dapat dibayangkan yang dia boleh dikatakan terlibat dalam pemberontakan bersenjata atau komunisme yang ISA dirangka untuk menangani. Penahanannya ini adalah sesuatu yang menyimpang dan menjadi satu detik menyedihkan di mana kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.

Ia malangnya seakan menjadi satu 'precedent' dan banyak lagi penahanan ke atas individu-individu yang dianggap menjadi ancaman kepada pentadbiran waktu itu menyusulinya tahun demi tahun. Malah tokoh kesusasteraan kita, 'sasterawan negara' Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail juga telah ditahan di bawah ISA pada 1976. Bagaimana mungkin beliau boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?Tidak perlulah saya mengingatkan anda mengenai impak dahsyat Operasi Lalang 1987. Kesannya menghantui Kerajaan sepertimana juga ia menghantui rakyat negara ini yang cintakan keamanan kerana ia menebarkan kegelapan ke atas setiap dari kita. Terdapat banyak soalan yang masih belum terjawab mengenai detik-detik gelap tersebut bila lebih daripada seratus orang telah ditahan kerana dikatakan menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Sebab mengapa mereka ditahan tidak pernah dinyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia.
.
Begitu juga tiada penjelasan diberikan tentang sebab mengapa mereka tidak pernah didakwa di mahkamah. Termasuk dalam senarai mereka yang ditahan ini adalah beberapa Ahli Parlimen kanan pembangkang yang masih lagi aktif dalam Parlimen hari ini. Sesatunya perkara yang benar-benar jelas mengenai tempoh itu adalah UMNO pada waktu itu sedang berhadapan dengan satu krisis kepimpinan. Apakah ia bukan satu kebetulan yang tangkapan-tangkapan di bawah ISA baru-baru ini berlaku bila UMNO sekali lagi mengalami satu krisis kepimpinan?
.
Pada 2001, aktivis-aktivis 'reformasi' Keadilan telah ditahan dalam satu tindakan yang kemudiannya diisytiharkan sebagai dibuat secara tidak betul dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan. Penahanan berterusan mereka yang tidak dibebaskan lebih awal di pusat tahanan Kamunting hanya dibolehkan kerana ISA telah dipinda dalam cara yang meragukan pada 1988 bagi tidak lagi membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas arahan Menteri untuk menahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa tahanan-tahanan ini telah cuba menggulingkan Kerajaan melalui cara-cara militan dan demonstrasi-demonstrasi liar.
.
Tujuh tahun telah berlalu sejak kejadian ini berlaku tetapi hingga kini belum ada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan ini dikemukakan. Menambahkan lagi kekeliruan rakyat, salah seorang daripada mereka yang dikatakan "ganas dan militan" itu ialah Ezam Mohamad Noor. Inilah orangnya yang baru-baru ini disambut kembali ke dalam UMNO dengan sambutan besar-besaran, seolah-olah ianya merupakan satu kejayaan besar.Lebih kurang pada masa yang sama, ahli-ahli PAS juga telah ditahan kerana dikatakan menjadi militan dan kerana kononnya mempunyai pertalian dengan rangkaian pengganas antarabangsa. Mereka yang ditahan itu termasuklah Nik Adli, anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan.
.
Kerajaan ketika itu berjanji akan mendedahkan kepada rakyat Malaysia mengenai bukti kegiatan-kegiatan ganas dan pertalian tahanan-tahanan ini. Sehingga sekarang tiada bukti sebegini pernah diberikan.Formula yang sama telah digunakan pada akhir 2007 bila 5 pemimpin HINDRAF ditahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan sekali lagi bahawa individu-individu ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti penggulingan Kerajaan dan mempunyai perkaitan dengan gerakan militan Pemisah Tamil Eelam Sri Lanka. Sehingga sekarang tiada bukti kukuh pernah dikemukakan bagi menyokong dakwaan ini.
.
Jadi apa yang boleh dilihat ialah kelima-lima mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membawa kepada satu mobilisasi masyarakat India Malaysia bagi meluahkan secara aman kekecewaan mereka ke marginalisi yang dilakukan ke atas masyarakat mereka. Perjuangan ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai satu perjuangan yang sah. Demonstrasi HINDRAF bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu diiktiraf di seluruh dunia sebagai satu cara pernyataan yang sah.Dalam nada yang sama, asas-asas yang diberikan bagi menyokong penahanan terbaru Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin menimbulkan banyak persoalan.
.
Penjelasan bahawa Tan Hoon Cheng ditahan bagi menjamin keselamatan dirinya adalah melucukan. Kenyataan bahawa Teresa Kok telah menyalakan sentimen-sentimen keagamaan juga adalah tidak berasas sebagaimana terbukti oleh pembebasannya selepas itu.Mengenai pengkritik tersohor Kerajaan, Raja Petra Kamarudin pula, semakan ke atas tulisan-tulisannya akan menunjukkan bahawa dia mungkin telah menghina Kerajaan dan individu-individu tertentu di dalam Kerajaan. Bagaimanapun, bersikap kritikal dan menghina tidak boleh dalam apa cara pun dianggap sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara. Jika tulisan-tulisannya dianggap menghina Islam, orang-orang Islam atau Nabi Muhammad (saw), dia sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya ditahan di bawah ISA.
.
Apa pun, dia juga telah didakwa atas kesalahan menghasut dan melakukan fitnah jenayah berhubung dengan beberapa kenyataannya. Dia telah meminta dibicarakan, dan ini menunjukkan kesediaan serta kemampuannya untuk mempertahankan dirinya sendiri. Cara terbaik bagi memastikan keadilan terlaksana adalah dengan memberikannya peluang mempertahankan dirinya di mahkamah lebih-lebih lagi di mana dalam pandangan umum Kerajaan adalah dalam satu kedudukan konflik kerana telah menjadi sasaran kritikan kerasnya.Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah Kerajaan yang tidak demokratik.
.
Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada Kerajaan kelihatan dengan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan, penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap Kerajaan. Bagaimana individu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara adalah di luar dari kefahaman saya. Realiti yang terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA.Terdapat mereka yang menyokong dan memperjuangkan bacaan secara 'carte-blanche' ISA ini.
.
Mereka akan berusaha untuk meyakinkan anda bahawa kepentingan-kepentingan negara memerlukan kuasa sebegitu dikekalkan dan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kewujudan undang-undang seperti ISA ini. Ini bagaimanapun gagal mengambil kira fakta asas bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum mengagungkan keamanan. Kita hidup bersama secara aman sejak 400 tahun lepas bukan kerana adanya undang-undang ini tetapi walaupun adanya undang-undang ini.Saya percaya rakyat negara ini sudah cukup matang dan bergeliga bagi membezakan di antara tindakan-tindakan yang merupakan satu ancaman 'sebenar' terhadap negara dengan tindakan-tindakan yang mengancam kepentingan-kepentingan politik.
.
Rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa ISA digunakan terhadap musuh-musuh politik dan kelihatannya bila kepimpinan sedang menghadapi cabaran sama ada dari dalam parti pemerintah sendiri atau dari elemen-elemen luar.Rakyat Malaysia hari ini mahu melihat sebuah Kerajaan yang komited terhadap proses mahkamah bagi menentukan kebersalahan atau ketidakbersalahan walaupun untuk tindakan-tindakan yang dikatakan mengapi-apikan sentimen perkauman atau keagamaan. Kini mereka tidak begitu mempercayai bahawa hanya seorang individu, iaitu Menteri Dalam Negeri, yang paling tahu mengenai soal-soal keselamatan negara walaupun mereka sebelum ini pernah mempercayainya. Mereka menghargai kebebasan dan perlindungan ke atas kebebasan-kebebasan sivil dan ini pun benar bagi rakyat negara-negara lain juga.YAB Perdana Menteri, keputusan-keputusan Pilihan Raya Umum lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia sedang menuntut satu pemulihan semula Kedaulatan Undang-Undang.
.
Saya telah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan reformasi kehakiman, walaupun hanya sekejap. Dalam kapasiti itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam betapa ramai dari kita mahukan reformasi, bukan semata-mata atas kepentingan reformasi itu, tetapi atas tahap di mana institusi-institusi kita telah dilemahkan oleh kejadian-kejadian dan impak yang dihadapkannya kepada masyarakat.Dengan restu anda, saya telah cuba menggerakkan reformasi.
.
Berada di atas dalam senarai keutamaan saya adalah satu pemulihan semula ke atas kuasa kehakiman (judicial review) yang boleh dilakukan melalui satu pengembalian semula satu peruntukan penting perlembagaan ke bentuk sebelum ia dipinda secara kontroversial pada 1988. Tidak perlulah saya mengingatkan anda bahawa pindaan perlembagaan itu didorong oleh satu siri peristiwa sama yang membawa bukan hanya kepada Operasi Lalang tetapi juga kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agung pada waktu itu.
.
Salah satu keutamaan saya ialah cara dalam mana bidang kuasa dan kuasa Mahkamah-Mahkamah untuk membuat pembetulan ke atas tindakan wewenang dan di luar perlembagaan Eksekutif telah dikeluarkan oleh Parlimen dan tahap di mana ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ke atas kebebasan-kebebasan sivil rakyat Malaysia. Pindaan perlembagaan inilah yang telah membuka jalan kepada peruntukan 'ouster' dalam ISA yang secara efektifnya memberi imuniti kepada Menteri dari semakan kehakiman, di mana ini adalah satu peruntukan yang menjadi contoh betapa pindaan perlembagaan 1988 telah membuka ruang untuk berlakunya ketidakadilan.Saya juga telah cuba memperkenalkan cara-cara dengan mana langkah-langkah boleh diambil bagi membantu Kehakiman memperolehi semula reputasi kebebasan dan kecekapan yang pernah dipunyainya dahulu.
.
Malangnya, ini dianggap tidak diperlukan oleh sesetengah pihak kerana Kehakiman yang bebas akan membawa makna Eksekutif akan menjadi kurang 'berpengaruh'.Saya telah cuba melakukan perkara-perkara ini dan perkara-perkara lain kerana menyedari Kedaulatan Undang-Undang dan tradisi-tradisi demokratik di Malaysia sedang terhimpit. Apa pun, tiada orang yang rugi dengan memberikan setiap rakyat negara ini sebuah Kehakiman yang bebas dan peluang ke atas satu perbicaraan yang adil. Ini adalah konsisten dengan norma-norma sejagat mengenai hak-hak asasi manusia dan ia juga adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, iaitu agama bagi Persekutuan.
.
Kuasa tidak terbatas untuk menahan atas kehendak seorang individu adalah penindasan yang paling tinggi. Malah, di Israel, iaitu sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan berperang sekalipun, kuasa untuk menahan tidak diberikan pada seorang individu seperti di Malaysia dan arahan-arahan penahanan memerlukan pengesahan daripada seorang hakim.Jika terdapat pertimbangan-pertimbangan keselamatan negara, maka ini boleh ditangani tanpa mengenepikan kawalan-kawalan keselamatan yang dimaksudkan bagi melindungi rakyat dari dihukum secara tidak betul.
.
Dalam bidang-bidang kuasa lain yang terlibat dalam konflik-konflik bersenjata, perbicaraan-perbicaraan dikendalikan secara sulit bagi membenarkan penelitian kehakiman dibuat ke atas bukti yang dianggap terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum bagi memenuhi kehendak-kehendak keadilan. Jika ini boleh dilakukan dalam bidang-bidang kuasa lain, mengapa tidak di sini di mana pertempuran bersenjata terakhir dapat kita saksikan, yang menjadi punca kepada wujudnya ISA, telah berakhir pada 1980-an?
.
Sebarang keraguan mengenai kerelevanan ISA dalam bentuknya sekarang sepatutnya sudah terhapus oleh rekomendasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa ISA perlu dimansuhkan dan bahawa sebuah undang-undang anti-keganasan yang bersesuaian dengan masa kini perlu diluluskan bagi menggantikannya. Mengandungi satu klausa 'sunset' dalam masa asalnya, ISA tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi satu ciri asas dalam landskap perundangan Malaysia.Melalui penggunaan berterusannya dalam cara yang diterangkan di atas dan berhadapan dengan sentimen umum, adalah natural bahawa ISA telah melekat di dalam fikiran orang ramai sebagai satu alat penindasan dan Kerajaan yang ada sebagai satu Kerajaan yang membuka ruang untuk berlakunya penindasan.
.
Penggunaan berterusannya tidak menjadi petanda baik bagi sebuah masyarakat yang sedang berjuang untuk mencari tempatnya dalam arena global. Ia juga tidak menjadi petanda baik bagi demokrasi yang sangat penting bagi membolehkan kita membangun secara berterusan.YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya, maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.
.
Yang benar
.
ZAID IBRAHIM

Wednesday, September 24, 2008

PENGHINAAN PEMERINTAH KEPADA RAKYAT

Semakin kuat pemerintah BN menunjukkan kuasanya semakin meluap perasaan marah rakyat kepada mereka. Isu rakyat semakin tidak dihiraukan oleh para pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya. Orang Melayu semakin tertekan dalam menjalani kehidupan, para kepimpinan UMNO terus bercakaran dan menjadi perasuah besar dalam mempertahankan jawatan masing-masing bagi kepentingan peribadi semata-mata. Muhyuddin telah memberikan pandangan kepada pihak atasan tentang beberapa perkara yang sebenarnya hanya sekelumit perasaan untuk merubah UMNO yang telah rosak, bagaikan anai-anai yang memakan kayu.

Kita lihat, semasa kenaikan harga minyak dunia yang lalu, para pemimpin UMNO sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak mendadak tanpa kajian yang rapi. Apabila harga setong minyak turun sehingga 96 dolar US, pemerintah menurunkan secara perlahan-lahan pula sedangkan permasalahan ekonomi negara dan rakyat khususnya semakin buruk akibat tindakan buruk mereka itu. Satu angka rasmi yang dikeluarkan hari ini, bahawa kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahan api.

Kita lihat satu kes di wilayah persekutuan KL sebelum ini melalui Menteri Wilayah dan Datuk Bandar telah memberikan jaminan untuk membantu rakyat walaupun di dalam kawasan Parlimen yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, namun akhirnya pembohongan mereka terbongkar. Bukan sahaja enggan bekerjasama memberikan sebarang maklumat, bantuan kewangan juga tidak dihulurkan. Sehingga kini, semua ahli Parlimen Pakatan di Wilayah Persekutuan menggunakan dana sendiri dan bantuan orang ramai bagi menjalankan aktiviti bersama rakyat dalam kawasan masing-masing.

Penghinaan kepimpinan pemerintah kepada rakyat bertambah apabila berlaku pula pertukaran suka sama suka Pak Lah dan Najib dari portfolio masing-masing dalam Kementerian Kewangan dan Pertahanan. Seolah-olah, jawatan menteri ini bagaikan hak kepimpinan UMNO dan jelas bagaikan kepimpinan diktator dan hampir komunis. Pertukaran kepada seorang pemimpin yang jelas banyak masalah terutamanya dalam mendapatkan komisen RM500 juta dalam pembelian kapal selam dan keterlibatan pembunuhan kejam Altantunya, telah menghancurkan perasaan rakyat yang melihat negara ini terus dibawah kepimpinan penzalim dan penjenayah sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi.

ISA dan Akta Hasutan digunakan sewenang-wenang untuk mendiamkan rakyat yang bangkit menentang tanpa rasa malu kepada negara luar. Yang jelas pemerintah semakin rosak dan menghina rakyat dengan permainan politik yang jahat dan kotor. Harta rakyat semakin rakus diambil tanpa disedari oleh rakyat kecuali beberapa negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang dapat menyekat aliran keluar duit rakyat tanpa rekod hasil kejahatan pemerintah BN. Penghinaan pemerintah ini perlu dihentikan dengan kadar segera supaya negara ini tidak hancur lebur sehingga menjadi negara Bosnia.

Tuesday, September 23, 2008

TUKAR KERAJAAN HALANG KEZALIMAN BN

Semakin lama semakin menjadi-jadi pula pemerintah menggunakan kezaliman demi kezaliman walaupun sekian lama BN menggunakannya. Bagaikan tiada pihak yang dapat menghalang kejahatan dan kezaliman mereka dalam menindas rakyat. Apakah negara ini seperti negara komunis atau pemerintah BN ini adalah penjajah terhormat yang mencengkam rakyat hasil didikan selama 400 tahun oleh para penjajah tanah Melayu dari sejak penaklukan Portugis?

Kesedihan bagi kami semua rakyat Malaysia apabila ISA masih terus dan berterusan digunakan oleh pemerintah dalam menghalang kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman. ISA sepatutnya hanya digunakan kepada para pengganas, lanun atau mafia yang sukar dibenteras melalui undang-undang sepertimana penguatkuasaannya pada awal penubuhannya. Namun yang diISAkan hanyalah rakyat yang mengkritik atau yang menegur pemerintah tanpa bersenjata yang biasanya diterima oleh mereka yang bersangkutan secara langsung atau tidak dengan pembangkang.

Undang-undang kuku besi digunakan sewenang-wenangnya manakala isu perkauman sering digunakan untuk melaga-lagakan rakyat yang berbilang kaum. Inilah yang dikatakan penindasan ke atas manusia oleh manusia. Penggunaan kekerasan secara terhormat yang berterusan telah menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa. Menurut kenyataan media Pakatan Rakyat, bahawa untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin benci dengan sebuah kerajaan yang gagal menjamin kebebasan rakyat secara demokrasi, badan kehakiman yang baik dan penguatkuasaan undang-undang secara adil.

Dalam keadaan penderitaan rakyat menghadapi kenaikan bahan bakar dan harga barang keperluan, pemerintah sudah tidak menghiraukan masalah ini. Permainan harga bahan bakar seperti menaikkan sesuka hati kemudian menurunkan sedikit demi sedikit berbanding harga pasaran semasa, benar-benar menzalimi rakyat yang tidak tertanggung lagi. Dikatakan sumber kewangan kerajaan agak terhad sebelum ini, namun penyelewengan harta rakyat terus berleluasa dan contoh yang amat mudah ialah kelulusan kabinet dalam soal pembelian helikopter untuk PDRM yang jelas untuk kroni mereka sahaja sedangkan rakyat terus tertekan.

Wednesday, September 17, 2008

ISA KEJAM, ISLAM BUKAN AGAMA YANG BACUL - MUFTI PERLIS

THE STAR

MUFTI Perlis, Dr Muhd Asri Zainul Abidin, kelmarin mengkritik penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil berkata orang yang tertuduh harus diberi peluang menjelaskan kesalahan mereka.

Beliau berkata Islam tidak memerlukan ISA untuk mempertahankan kemurnian agama itu, sambil menambah bahawa Al-Quran dan hadis harus digunakan sebagai panduan untuk menyiasat jika seseorang didakwa menghina Islam.

'Jadi tidak ada alasan menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu bersalah dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama,' kata Dr Asri.

'Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu.

Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis,' jelasnya lagi.

Menurutnya, Islam 'bukan agama yang bacul' tetapi tindakan ISA itu atas kesalahan yang berkaitan dengan agama tersebut 'seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang'.

Sambil mengingatkan bahayanya tindakan ISA itu, Dr Asri berkata adalah 'kejam' menahan seseorang selama dua tahun tanpa menjalani proses kehakiman terdahulu dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan lebih aktif dalam memberi penjelasan mengenai Islam.

Monday, September 15, 2008

ISA : PERNYATAAN YANG BODOH DAN YANG BIJAK

YANG BODOH :
  1. Datuk Seri Syed Hamid - tindakan ISA diambil selepas Polis berpuas hati dan percaya hanya melalui akta berkenaan dapat meredakan keadaan dan ketegangan yang tercetus.
  2. Datuk Ahmad Shabery Cheek - langkah itu adalah sebagai amaran bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara...... kebebasan bersuara bukan bermakna mengizinkan seseorang individu itu menulis atau mengeluarkan pendapat tanpa mememikirkan sensitiviti kaum.
  3. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - wajar menahan lebih ramai individu yang menimbulkan perkara sensitif berbaur perkauman di negara ini bukan tiga orang sahaja...... polis sudah beri amaran, tetapi apabila tindakan diambil, kita dituduh zalim sedangkan orang itu yang menzalimi dirinya sendiri sebab telah diberitahu lebih awal lagi.
  4. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad - adalah wajar dan lebih baik menahannya seorang daripada kita menghadapi kebangkitan dan kemarahan umat Islam yang menjejaskan keselamatan negara.
  5. Nor Mohamed Yakcop - langkah kerajaan itu bertujuan memastikan kestabilan politik negara bagi jangka panjang dan keyakinan pelabur......... mungkin dalam jangka masa pendek timbul sedikit isu dalam pelaburan dan aliran masuk.
  6. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar - penangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan-tindakan beliau.
YANG BIJAK :
  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim - akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.
  2. Zaid Ibrahim - tidak timbul soal apa yang dikatakan itu sebagai mencetus masalah kepada Perdana Menteri sebaliknya ia disebabkan mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.
  3. Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin - tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.
    http://drmaza.com/home/?p=426
  4. Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting - jika benar keselamatan negara terancam, mesti ada bukti kukuh untuk membuktikannya, jika tidak mereka yang ditahan (mengikut ISA) perlu didakwa di mahkamah di mana terdapat undang-undang yang mencukupi untuk tujuan itu.
  5. Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon - pendirian kami masih sama supaya akta ini perlu dikaji dan dipinda semula mengikut beberapa cadangan dikemukakan termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan.
  6. Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim - bagaimana seorang (Teresa) yang baru memberi taklimat kepada delegasi pelabur dari Guang Dong, China semalam dengan tujuan menarik pelaburan asing boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan negara?

Saturday, September 13, 2008

ISA : POLIS DAN MENTERI LUPA KE RAKYAT BAYAR GAJI

Melihat kepada senario sekarang, pemerintah BN semakin melampau dalam segala tindakan dari persoalan ekonomi sehinggalah kepada soal undang-undang. Apakah yang menyebabkan pemerintah terdesak sangat? Adakah kerana memang benar adalah pertukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat? Maka benarlah isu ini sepertimana yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kalau BN sudah terlalu kuat, kenapa isu ISA perlu digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat? Lupakah mereka-mereka ini, bahawa duit gaji mereka dibayar oleh semua rakyat tanpa mengira ugama, bangsa dan pegangan politik melalui cukai?

Sewenang-wenangnya menggunakan ISA untuk menahan mereka yang kelihatan seperti menentang pemerintah. Seperti Raja Petra yang ditahan, memang pemerintah selama ini terlalu geram kepadanya kerana banyak membongkar rahsia-rahsia jahat pemerintah BN terutama dari kalangan pemimpin atasan UMNO. Kes Altantunya dengan akuan bersumpahnya adalah diantaranya yang paling besar menyebabkan beliau ditahan, bukan kerana disebabkan oleh penulisan artikel beliau yang terakhir dan dikatakan menghina Islam sehingga empat badan agama kerajaan membuat laporan Polis terhadapnya

Bagi pemberita daripada akhbar Sin Chew yang ditahan ISA, yang hanya melaporkan perkara yang memang benar-benar berlaku iaitu laporan berita Datuk Ahmad Ismail yang menyatakan bahawa Cina hanya pendatang atau penumpang tersebut. Sebelum ini Pak Lah ada menyatakan dalam satu ucapan beliau kepada pengamal media tidaklah berapa lama masanya, bahawa pemberita hendaklah menyatakan perkara kebenaran tanpa rasa takut. Mengapa Ahmad Ismail yang bersifat perkauman tersebut tidak ditahan ISA? Percanggahan ini telah memburukkan lagi kepercayaan rakyat kepada pemerintah BN yang memang selama ini bercakap bohong.

Teresa Kok pula ditahan hanya kerana kepercayaan aduan Khir Toyo yang menyatakan ada petisyen membantah azan di kawasan Puchong didalangi oleh Teresa. Namun Teresa menafikan terlibat dan disahkan oleh penduduk disitu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid tersebut, Abdul Rahman Nasir. Memang ada petisyen namun mengenai perkara lain yang ditandatangani oleh 189 penduduk bukan Islam yang memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

Salah satu parti komponen BN iaitu Parti Progresif Penduduk telah dengan beraninya menyatakan pandangan pada sidang akhbar bersama kepimpinan tertinggi, Datuk M Kayveas meminta kerajaan membebaskan Raja Petra, Teresa dan Tan kerana ada peruntukan undang-undang tertentu boleh digunakan bagi mengendalikan perkara berkaitan hasutan. Menurut beliau, ISA adalah perkara terakhir digunakan jika tiada lagi peruntukan undang-undang dan PPP berharap kerajaan akan membentuk sebuah jawatankuasa bagi membubarkan ISA atau memindanya agar ia digunakan mengenai perkara berkaitan keganasan.

Tuesday, September 9, 2008

SEKOLAH AGAMA RAKYAT, BUKAN MAINAN POLITIK

Dalam situasi terdesak, mendesak dan sesak dengan masalah dalaman UMNO, isu Sekolah Agama Rakyat pula cuba hendak dijuarai oleh mereka dengan tanpa rasa malu untuk diperkatakan. Ini soal tanggungjawab bukan politik semata-mata. Ada seorang kenalan yang telah lama mengusahakan Maahad Tahfiz di Johor Bahru berhempas pulas mencari sumber kewangan untuk menaikkan taraf pendidikan anak-anak di institusi berkenaan. Ada juga sekolah agama di Johor Bahru masih lagi berdindingkan papan serta daif, tiada pula orang UMNO benar-benar berjuang menaikkan taraf sekolah-sekolah berkenaan.

Soalnya memang secara kasarnya UMNO telah dengan sengaja menjadi tukang racun dan penentang agama dalam senyap. Mereka telah lama merosakkan institusi pembelajaran agama Islam dan anak-anak Melayu sebab UMNO itu sendiri telah melambangkan secara jelas wakil penjajah di Malaysia sejak merdeka. Maka rakyat perlu kesedaran yang amat besar, agar merubah pemerintahan yang lebih baik dan sejahtera. Bila generasi anak-anak kita telah rosak dan tidak bermoral tidak kira agama apa jua pun, maka senang bagi pemerintah BN berterusan mengaut duit rakyat dan menindas para penentangnya.

Sebab itu pemerintah Pakatan Rakyat berusaha bersungguh-sungguh untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa Melayu Islam dalam usaha membentuk generasi yang berakhlak mulia dan berilmu. Mengapa sejak dahulu lagi pemerintah BN begitu benci kepada pondok-pondok dan sekolah agama rakyat terutama di Kelantan dan Kedah sehingga dibiarkan tanpa bantuan? Persepsi pemerintah BN, apabila anak-anak itu sudah besar dan pandai, pasti menjadi penentang mereka atau duduk bersama PAS. PAS hanyalah wadah sahaja bagi pejuang-pejuang agama sejati dan Islam membenarkan pergerakan dakwah mengikut perkembangan semasa.

Lihat kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, bercadang untuk menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri yang akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian. Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah sekian lama disekat oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dimana kesannya amat berat terhadap pendidikan anak-anak dan pihak sekolah yang mengelolakannya.

Bagi Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar menyatakan bahawa sebanyak 18 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) persendirian dan pelbagai institusi Islam di negeri ini telah membuat permohonan tanah yang secara keseluruhannya membabitkan keluasan lebih 1,000 hektar. 18 buah SAR itu yang terdiri daripada sembilan buah SAR menengah dan sembilan SAR rendah telah menubuhkan sebuah koperasi bersama bagi menguruskan tanah berkenaan dengan mengusahakan pertanian secara perladangan untuk mendatangkan hasil yang berpanjangan. Institusi Islam yang memohon tanah kepada kerajaan negeri adalah kira-kira 15 buah sekolah tahfiz al-Quran dan beberapa buah sekolah pondok.

Kerajaan negeri turut memberikan peruntukan awal sebanyak RM1.3 juta kepada 18 buah SAR terbabit kerana keadaan sekolah itu terlalu daif. Peruntukan berkenaan telah dikeluarkan kira-kira tiga bulan lalu tetapi tidak mendapat liputan media. Isu pemberian tanah kepada sekolah Cina adalah kerana bantuan sebanyak RM30,000 setahun bagi setiap sekolah persendirian itu amat jauh daripada mencukupi. Maka dengan itu, sekolah-sekolah persendirian Cina berkenaan akan menubuhkan sebuah syarikat yang tidak mengutamakan keuntungan bagi menampung kos operasi sekolah masing-masing yang mencecah RM10 juta setahun.

Saturday, September 6, 2008

BAJET 2009 MEMANG GULA-GULA SAHAJA

Pembentangan Bajet 2009 oleh Pak Lah pada 29 Ogos lalu memang berkonsepkan rasuah terhormat kepada rakyat kerana terdesak akibat kekuatan dan kebijaksanaan segala cadangan Pakatan Rakyat. Pemberian insentif melalui rebet cukai pendapatan individu dinaikkan daripada RM350 kepada RM400 dan mengecualikan 100,000 pembayar cukai adalah gambaran yang sebenarnya bahawa pemerintah tidak menyelesaikan sebenar-benarnya masalah rakyat yang berpendapatan RM2000 ke bawah yang sememangnya tidak membayar cukai dan terbeban dengan kenaikan harga minyak mendadak.

Sektor awam mempunyai keuntungan pada bajet kali ini dengan pemberian bonus dan tiket percuma. Ini menyebabkan kelihatan pemerintah cuba mengambil hati pekerja-pekerja sektor awam untuk kembali menyokong mereka, dan dalam masa yang sama kelihatan meminggirkan para pekerja sektor swasta yang langsung tidak menerima sebarang manfaat daripada bajet ini. Menurut Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau kecewa dengan bajet ini kerana tidak memahami masalah sebenar rakyat dimana mengalami pendapatan yang semakin susut kerana kenaikan inflasi yang tinggi berbanding dengan perkembangan ekonomi.

Bajet kali ini menurut beliau lagi sebenarnya hanya membantu sektor-sektor tertentu dan golongan masyarakat tertentu sahaja. Ianya tidak mengambil kira isu ekonomi secara menyeluruh. Industri sel solar yang kelihatan sebagai industri kecil diberikan insentif manakala industri yang menjana eksport RM2 bilion serta Industri Kecil dan Sederhana (SME) dipinggirkan. Pemotongan duti impot ke atas makanan bukan asas dan barang-barang elektrik tidak memberikan apa kesan kepada semua rakyat Malaysia malah hanya memanfaatkan golongan-golongan tertentu sahaja.

Perbelanjaan kerajaan telah menunjukkan peningkatan yang amat tidak realistik dengan keadaan ekonomi negara yang tidak sebaik sebelumnya. Ketika Pak Lah dilantik sebagai Perdana Menteri perbelanjaan operasi kerajaan hanya RM80.5 juta, namun dalam masa kurang dari 5 tahun, perbelanjaan kerajaan melonjak kepada RM154.2 juta mencetuskan persoalan kepada rakyat, mengapa mengalami peningkatan sedangkan rakyat disuruh untuk berjimat dan mengubah cara hidup.

Thursday, September 4, 2008

UMNO PUNCA BANYAK MASALAH PERKAUMAN

UMNO memang telah dikenali sebagai proksi penjajah sebenarnya. Apa jua masalah di antara kaum memang dibelakangnya adalah parti ini. Nama sahaja UMNO, singkatannya telah melambangkan Inggeris. UMNO jugalah perosak maruah Islam sendiri kerana mereka juga penentang hebat yang licik. Pergaduhan di antara kaum pada 13 Mei 1969 adalah angkara parti UMNO juga, tetapi disembunyikan fakta-faktanya sehingga orang lain yang tidak bersalah pula ditangkap dan terbunuh ibarat melontar batu sembunyi tangan.

Sejak kebelakangan ini, terutama selepas UMNO/BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen semakin lama semakin hebat pula sifat perkauman Melayu dalam kepimpinan UMNO. Mereka seperti mencabar kaum Cina dan India yang selama ini menyokong BN sekian lama. Keadilan kepada semua kaum yang dilaungkan oleh UMNO/BN selama ini adalah pembohongan dan retorik. Peralihan undi kaum bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat bukan soal sentimen perkauman, tetapi ianya adalah salah satu usaha menyelamatkan negara Malaysia dari kejahatan kepimpinan UMNO/BN yang rakus mengaut harta rakyat untuk kepentingan sendiri dan membina empayar MAFIA.

Isu perkauman yang sering dimainkan oleh UMNO adalah tindakan terdesak kerana kehabisan isu dan modal. Ianya selalu digunakan dalam kempen pilihanraya bagi meraih simpati orang Melayu. Kelihatan semasa kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh, isu ini begitu kuat digunakan dengan menimbulkan isu 10 peratus kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM. Semasa kempen BN pada 24 Ogos lalu, Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail telah membangkitkan isu kaum Cina adalah "penumpang" di Malaysia dan telah mencetuskan kemarahan MCA dan DAP. Untuk apa perkara ini tiba-tiba dibangkitkan?

Dari segi maklumat, contohnya bagi kaum Cina, mempunyai akhbar-akhbar yang lebih telus, berani dan bebas berbanding akhbar berbahasa Melayu yang terlalu dikuasai pemerintah sehingga menjumudkan ramai orang Melayu. Sebab itu ada perbezaan dari segi daya pemikiran berpolitik orang Melayu dengan bangsa lain di negara ini. Nasib baik, internet telah membuka ruang seluas-luasnya kepada rakyat untuk mencari maklumat alternatif. Kalau diteliti dengan baik, soal perkauman tidak timbul langsung, yang masalahnya, UMNO, MCA dan MIC serta komponen BN Sabah dan Sarawak telah menjadi pengkhianat bangsa Malaysia itu sendiri.

Tuesday, September 2, 2008

SOAL 16 SEPTEMBER, PEMERINTAH BN KENAPA SIBUK

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan dengan penuh komited sejak dari awal lagi untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Maka semua para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersiap sedia dan menyokong semua usaha ke arah itu. Semua perkara ini perlu dilakukan kerana pada hakikatnya BN sepatutnya telah tumbang pada pilihanraya 8 Mac lalu. Namun hasil penipuan berleluasa seperti Undi POS, pembohongan Media Perdana dan penggunaan jentera kerajaan seperti KEMAS, SPR serta Polis dalam usaha memenangkan pemerintah BN maka kemenangan mereka tidak diiktiraf walau sebesar zarah pun.

16 September menjadi tarikh keramat suara rakyat Malaysia dalam memerdekakan Malaysia dari belenggu dan cengkaman pemerintahan zalim dan tidak berperi kemanusiaan BN. Semalam DSAI mengulangi pendirian bahawa pada tarikh 16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa.

BN dengan bongkak dan takaburnya menyatakan bahawa tidak akan ada perubahan tampuk pemerintahan sepertimana yang hebat diperkatakan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Najib sendiri memperlekehkan perkara ini dengan menyatakan tidak ada 'katak' daripada Sabah dan Sarawak. Ezam yang tidak sedar diri itu pula menyatakan bahawa penubuhan pemerintahan baru pada tarikh ini tidak mungkin berlaku dan tidak betul kerana menurut beliau ia hanyalah sebuah cerita fantasi yang berkesudahan dengan babak sedih. Tetapi kalau difikirkan secara lojik, kenapa BN sentiasa memberi komen tentang perkara ini sedangkan diketahui dan diwar-warkan selama ini BN sentiasa kuat sampai kiamat?

Dalam percaya atau tidak, beberapa perkembangan telah menunjukkan bahawa pada hari pertama Anwar kembali ke Parlimen (28 Ogos) telah pun mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat. Pertemuan itu diadakan beberapa jam sahaja selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media di bangunan Parlimen. Najib sendiri menyatakan bahawa beberapa Ahli Parlimen BN dari Sabah yang enggan menandatangani surat jaminan taat setia kepada Pak Lah kerana tidak mahu terikat.

Pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein telah mengulas mengenai perkara ini dan menyatakan bahawa tiada istilah mustahil dalam politik dan mungkin juga apa yang diperkatakan Anwar itu boleh menjadi kenyataan, namun semuanya bergantung kepada keadaan politik semasa. Jelasnya lagi, perkara lompat parti itu mungkin menjadi kenyataan kerana ahli politik adalah manusia dan mereka mempunyai pilihan untuk mencari yang terbaik. Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk menyatakan juga bahawa perkara tersebut tidak mustahil untuk berlaku walaupun beliau ragu-ragu mengenai kemungkinannya.

Monday, September 1, 2008

KEMERDEKAAN SEBENAR YANG DICARI

Dalam kesibukan semua pihak memperkatakan soal kemerdekaan, yang masyarakat nampak dengan mata kasar, merdeka itu adalah pelepasan dari cengkaman penjajahan dan membina negara dengan pemerintahan dan daya usaha rakyat sendiri. Merdeka pula perlu disambut dengan acara gilang gemilang dan membuat segala pertunjukan yang lebih untuk mempamerkan segala kemewahan dan kekuatan negara. Hiburan sudah menjadi agenda penting khasnya kepada peminat-peminatnya yang pada kebiasaan adalah dikalangan anak-anak muda.

Hiburan pula kalau mempunyai unsur-unsur kebaikan, tidaklah menjadi salah, masalahnya hiburan-hiburan yang ditaja tersebut hanya akan menjadikan anak-anak muda terus lalai dan menjadi liar tidak terkawal. Masalah konsert ini sejak sekian lama diperkatakan oleh semua pihak dari pelbagai peringkat yang prihatin tentang masalah sosial namun tetap juga diteruskan. Sehingga ada yang memperkatakannya sehingga kalau ada konsert pasti ada saja pembuangan bayi berlaku bermaksud setiap kali ada saja konsert pasti berlaku maksiat zina.

Kita lihat sahajalah apabila Kementerian Kesenian dan Warisan dan PUSPAL yang telah membatalkan konsert Avril yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, kemudiannya meluluskan semula setelah dibincangkan kepada mesyuarat jemaah menteri. Perkara ini berlaku sejak sekian lama, walaupun ada bantahan. Perjuangan UMNO yang kononnya ingin membela bangsa Melayu dan Islam Hadhari hanya kulit sahaja namun hakikatnya merekalah pelopor kerosakan bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri hampir 50 tahun.

Sebenarnya bangsa Malaysia ini masih lagi terus dijajah dan ianya dikepalai oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka ini adalah merupakan proksi penjajah kerana jelas kemerdekaan yang dicapai secara tandatangan dimana tidak pasti apa isi kandungan perjanjiannya telah membawa Malaysia sekarang ini dalam kancah masalah sosial yang teruk dan penyelewengan harta rakyat yang amat tinggi. Menurut Datuk Sei Anwar Ibrahim,
walaupun kita telah merdeka 51 tahun, perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa bermakna negara ini dicengkam oleh pemerintahan penjajah berbentuk BN.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga telah menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, masalah sosial, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan. Lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerintahan:
  1. Pemerintahan mesti bersih.
  2. Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta.
  3. Pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul,
  4. Mewujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa
  5. Perlu menegakkan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki.
Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah menyatakan bahawa daya pemikiran kita dalam alaf ini perlu mencapai tahap yang mampu bersaing, terutama dalam dunia globalisasi masakini dimana akyat seharusnya diberi kebebasan untuk menyuarakan perasaan, pendapat, pemikiran dan kritikan. Menurutnya lagi konsep ketelusan, keadilan dan kebertanggungjawaban untuk semua perlu diamalkan supaya kesejahteraan ekonomi dan masyarakat. Pemerintahan BN memang kelihatannya telah merosakkan semua perkara yang disebutkan sebelum ini dan sudah sampai masanya rakyat membuat perubahan yang besar bagi jiwa yang merdeka sebenar.

Sunday, August 31, 2008

USAHKAN RAKYAT, ANJING PUN BENCI UMNO DAN BN

Inilah kenyataan yang harus diterima oleh semua kepimpinan BN bahawa hampir 80 peratus rakyat menolak BN. Lihatlah keputusan pilihanraya kecil di Permatang Pauh bahawa rakyat telah memberikan isyarat tambahan yang lebih jelas berbanding pilihanraya umum sebelumnya yang tidak sampai lagi 6 bulan. Gambaran yang jelas di depan mata sendiri melihat anjing pun benci kepada BN apabila poster BN dan gambar Pak Lah di suatu simpang jalan utama di Permatang Pauh semasa kempen masih berjalan, kelihatan telah dikencing dan disalak oleh anjing berkenaan.

Sebenarnya semasa kempen pilihanraya sedang berjalan, banyak perkara-perkara jijik dan kotor telah digerakkan oleh UMNO dan BN. Bagaikan satu tindakan habis-habisan pihak mereka untuk menghalang kemaraan dan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kadang-kadang mendatangkan rasa hairan apabila dikatakan oleh mereka bahawa pilihanraya kecil ini tidak menjejaskan kekuatan BN malah sokongan semakin meningkat dari kalangan rakyat di kawasan berkenaan, namun kempen dan kekuatan mereka ditambah dari masa ke semasa seolah-olah pilihanraya ini seperti pilihanraya umum.

Kalau bahan-bahan kempen BN seperti edaran risalah, didapati terlalu menghina dan amat tidak "berperi kemanusiaan" pengisiannya berbanding edaran risalah kempen PR yang lebih akademik dan membuka minda. Ada pula dalam satu keadaan yang melampau sanggup mengeluarkan belanja membuat poster memfitnah menggunakan lambang Parti Keadilan untuk membangkitkan kemarahan pengundi Melayu. Dengan perkataan yang lebih mudahnya bahawa kempen BN banyak kepada serangan peribadi dan mencetuskan sifat perkauman yang tinggi tanpa memikirkan impaknya.

Sebab itu pemerintah BN mengerahkan seberapa ramai Polis terutama FRU dan para-para SB untuk dipergunakan jika ada keperluan mendesak. Dalam perjalanan ke Butterworth, memang kelihatan terdapat perkampungan Polis disediakan khas seolah-olah akan terjadi huru-hara. Pencacai-pencacai UMNO seperti PEKIDA dan Puteri UMNO begitu aktif sebenarnya cuba memcetuskan huru-hara tersebut namun kesabaran para-para pejuang Pakatan Rakyat dan penduduk setempat, yang dikagumi sejak awal lagi telah membuat segala persediaan yang rapi serta bermunajat kepada Allah setiap hari dalam menangani apa jua provokasi.

Tempias kempen BN yang amat jijik tersebut sampai sehingga ke negeri Perak dan Masjid Wilayah Persekutuan sehingga tertangkapnya dua exco Perak dari PKR yang ditahan atas kes yang sengaja diwujudkan dan sumpah laknat Saiful yang pada hakikatnya telah menghina sistem perundangan Syariah dan agama Islam yang maha suci ini tanpa rasa perasaan berdosa. Sesudah itu satu demi satu sumpah dari kalangan pimpinan UMNO yang kelihatan mempermain-mainkan kesucian dan ketinggian agama Islam ini. Oleh sebab itu, ANJING PUN DAH RASA BENCI TERHADAP UMNO DAN BN.

Wednesday, August 20, 2008

PERPADUAN BERDASARKAN PERLEMBAGAAN KE?

Berdasarkan kata-kata Datuk Seri Nazri Aziz dalam Parlimen hari ini yang menyatakan bahawa semua langkah-langkah pemerintah BN selama ini dalam menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini menggunakan pendekatan berdasarkan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Beliau kemudiannya secara menyindir terutamanya kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat untuk membuktikan apakah kesilapan atau kesalahan pemerintah selama ini yang menyebabkan perpaduan kaum pada masa ini kelihatan agak renggang.

Kalau hendak diikutkan, pemerintah BN terdahulu memang berjaya menyatu padukan rakyat dengan sekukuhnya sehingga pemerintahan BN terus berjalan dengan baik, tetapi malangnya sejak kebelakangan ini iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu, retak-retak kecil sudah mula nampak dan sekarang ini akibat kesalahan urus tadbir negara oleh pemerintah BN menyebabkan perpaduan kaum ini semakin lama semakin lemah sehingga membangkitkan semula rasa sensitif antara agama dan kaum. UMNO sendiri sebagai peneraju pemerintahan kelihatan semakin rosak akibat pemimpinnya yang hilang jatidiri orang Melayu dan Islam.

Kalau benar-benar pemerintah BN menghayati Perlembagaan, Malaysia ini memang sepanjang masa aman dan tidak porak peranda. Bercerita soal Melayu yang memang sudah termaktub, sepatutnya UMNO yang dikatakan pejuang Melayu mengangkat Melayu dengan bersungguh-sungguh sehingga orang Melayu berjaya dalam semua bidang serta mendominasi kekayaan negara, sehingga dikatakan orang Melayu tiada yang miskin tegar. Maknanya disini pendidikan anak-anak Melayu dibela dengan sehabis baik, bukan mengangkat dua tiga ekor Melayu yang rosak dan jahat sehingga menjahanamkan bangsa sendiri seperti sekarang.

Tentang Islam, kalau betul UMNO mempunyai perjuangan yang betul berdasarkan perlembagaan, sudah tentu agama Islam yang majoritinya dianuti oleh orang Melayu akan dihormati oleh semua kaum di Malaysia ini. Ini berlaku jika pemimpin UMNO menggunakan akal yang waras dan iman yang teguh dalam pemerintahan dan bernegara. Ini tidak, Islam itu hanya menjadi simbol sahaja dan hakikatnya ia tertekan serta tidak diberikan ruang yang luas untuk menyinari negara Malaysia. Sekurang-kurangnya biarlah 5% sahaja pemimpin UMNO yang rasuah, bunuh-membunuh, memfitnah, gejala seks, jatuh menjatuh dan seumpama dengannya yang diketahui boleh merosakkan manusia.

Kalau betul nak menyatu padukan rakyat Malaysia ikut perlembagaan, Bahasa Malaysia sepatutnya diangkat setinggi-tingginya sampai ke Planet Pluto dimana penggunaan sehingga mencapai satu tahap lebih penguasaannya dalam dunia daripada bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Apa yang kelihatan, pemimpin Melayu dalam UMNO sendiri tidak yakin Bahasa Malaysia sehingga bahasa Inggeris pula yang mengambil alih kepenggunaannya dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Ucapan-ucapan pemimpin Melayu tidak menggunakan bahasa Malaysia dengan baik malah bahasa Inggeris juga menjadi pilihan, maknanya bahasa Malaysia ini haprak dan hina jika digunakan oleh kalangan pemerintah BN.

Jika benar hendak ikut perlembagaan, kenapa ada pula sekolah-sekolah Tamil dan Cina yang bahasa pengantar utamanya bahasa ibunda masing-masing sepertimana yang dibangkitkan oleh Datuk Azmi Khalid, Padang Besar dalam sesi soal jawab Parlimen itu. Sepatutnya sekolah-sekolah kebangsaan sahaja yang ada, bahasa ibunda baiklah diusahakan sendiri oleh kaum masing-masing. Jika tidak, baik buka semua sekolah ikut bangsa masing-masing. Inilah masalah dasar pemerintahan BN yang sebenarnya jauh daripada semangat Perlembagaan itu sendiri sehingga rakyat kita masih lagi curiga-mencurigai antara satu sama lain.

Monday, August 18, 2008

UMNO MEMANG DAH ROSAK, APA LAGI?

Rakyat semua perlu lebih sedar sekarang ini kerana UMNO sekarang ini semakin lama telah menunjukkan kerosakan yang amat besar dan sukar untuk dibentuk kembali kepada yang asal. Inilah masalahnya teras perjuangan dan kepimpinannya tidak berlandaskan sekurang-kurangnya dengan iman dan takwa. Tidak usahlah nak berbincang dengan lebih jauh, kalau dilihat kepada kepimpinan-kepimpinan besar mereka, boleh dikatakan hampir 80 peratus mempunyai masalah daripada sebesar-besar kejahatan sehingga sekecil-kecilnya yang makan duit parti. Mereka pula saling lindung-melindungi bagi meneruskan usaha rosak mereka itu tanpa pengetahuan rakyat.

Tiap kali ada pemilihan UMNO ada sahaja perbalahan antara mereka ini. Ini semua berpunca untuk mendapatkan kuasa dan kuasa itu pula yang akan memudahkan mereka mencari duit, tidak kiralah samada halal atau tidak, itu belakang kira. Beberapa kawasan UMNO begitu bergelora sehingga bergaduh sana sini tidak tentu pasal hanya kerana soal jawatan dalam parti, tidak kira peringkat cawangan atau bahagian. Ada mesyuarat UMNO, dimana pemilihan melantik jawatankuasa sementara hanya kerana pemberontakan ahli-ahli akar umbi atau kumpulan lain yang mengancam keselamatan, memaksa AJK terbabit membuat repot Polis.

Dalam satu laporan akhbar, di Cawangan Pantai Pandak, Chendering, Terengganu, 50 ahli UMNO di kawasan berkenaan membuat bantahan terhadap Ketua Bahagian kerana dikatakan tidak profesional dan mengikut prosedur apabila bermesyuarat tanpa menjemput ahli dan pengerusi tetap. Ada pula yang menipu, dimana kedatangan mesyuarat diambil dari rumah ke rumah sahaja. Dalam laporan lain, di Kubang Kerian, Ketua Cawangan tidak dimaklumkan tentang adanya mesyuarat yang telah dijalankan di cawangan sendiri. Soal-soal sabotaj memang biasa berlaku dan kalau hendak disenaraikan kena buat satu buku khas.

Soal rasuah amat teruk dalam pemilihan sehingga memaksa ibu pejabat UMNO berhungan rapat dengan BPR supaya pemilihan seluruh negara berjalan dengan baik. BPR sendiri mengakui dan mengesahkan bahawa ada menerima beberapa laporan kes rasuah dalam pemilihan cawangan dan bahagian UMNO. Satu berita dari UMNO Seremban, ketuanya telah ditahan oleh BPR kerana disyaki terbabit dengan sogokan wang untuk mengundi pada mesyuarat cawangan. Seorang lagi Ketua Pemuda UMNO cawangan di Selangor juga dikehendaki memberikan keterangan kepada BPR berhubung dakwaan amalan rasuah pada mesyuarat cawangan.

Saturday, August 16, 2008

SAIFUL BUAT KERJA GILA

Akhirnya selepas beberapa lama, Saiful yang mendakwa dirinya diliwat, muncul untuk bersumpah yang kononnya dengan cara Islam. Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan Mohd Saiful yang membuat sumpah laknat berkenaan bahawa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam sebagai tindakan bodoh dan tidak mengikut syariat Islam. Ini kerana katanya, cara Mohd Saiful memegang al-Quran ketika lafaz sumpah seperti orang Kristian memegang kitab Bible. Beliau juga mendakwa tindakan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri yang meminta Anwar turut bersumpah sebagai orang agama yang tidak tahu secara mendalam mengenai agama Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga berkata kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memegang kitab suci al-Quran adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam. Perbuatan memegang atau menjunjung al-Quran itu sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka. Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.Pas menyatakan dengan tegas bahawa Anwar tidak bersalah selagi belum dibuktikan demikian oleh mahkamah dan adalah tidak wajar masyarakat menghukum Anwar berdasarkan tindakan Mohd Saiful yang `kebetulan’ dibuat sehari sebelum proses penamaan calon Parlimen Permatang Pauh berlangsung.

Saiful secara terbuka menegaskan dalam sumpahnya bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa? Saiful, ketika melakukan sumpah laknat tersebut beberapa kali melakukan kesilapan, antaranya ialah ketika menyebut kalimah ‘Watallahi, dan juga tersasul menyebut tarikh 26 hb Ogos 2008 sebagai waktu beliau diliwat oleh DSAI.

Di dalam Syariat Islam, perlakuan sumpah tidak disyaratkan untuk memegang atau menjunjung Al-Qur’an. Tidak ada nas yang menyatakan demikian. Tiada juga disebutkan di dalam Islam bahawa sumpah perlu dilakukan di dalam Masjid. Bahkan dalam undang-undang Islam yang melibatkan perkara lafaz seperti Ila’, Zihar, Qadzaf dan Li’an, lafaz perlu dilakukan di hadapan hakim dan disaksikan oleh orang ramai. Daripada 4 perkara tersebut iaitu Ila’. Zihar, Qadzah dan Li’an, hanya hukum Ila’ dan Li’an sahaja yang melibatkan lafaz sumpah. Sepatutnya Saiful tidak perlu bersumpah tanpa bimbingan ulama' muktabar kerana dibimbangi, BALA ALLAH yang akan diterima oleh semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54, "Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya. Tambahnya lagi, "Mendengar Saiful memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?".

Sepatutnya kes ini tidak memerlukan apa jua sumpah, kerana Anwar telah membawa kes ini ke Mahkamah Syariah di bawah peruntukan kes liwat dan zina yang merujuk kepada undang- undang qazaf. Rujukan kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) perlembagaan persekutuan iaitu kes zina dan liwat. Menurut Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Sdra Musa Awang, sepatutnya Saiful mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media dimana seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan institusi mahkamah.

Thursday, August 14, 2008

UNTUK KEMPEN PILIHANRAYA PUN DAH BAZIR

Sepatutnya rakyat Malaysia yang lebih bermaklumat dan cerdik pandai masakini berbanding dahulu, telah dapat membaca dan menilai bagaimana pemerintah UMNO/BN sekarang ini semakin lama semakin teruk dalam menjalankan kerja-kerja politik mereka bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk perut syaitan mereka sahaja. Ini kerana terdedahnya kes penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan Umno untuk membayar sebanyak RM218 juta bagi bahan kempen pilihan raya umum 2004. Lim Guan Eng menyatakan bahawa ia melebihi dua kali ganda had perbelanjaan pilihan raya umum yang dibenarkan.

Dalam satu kenyataannya yang dipetik oleh Malaysiakini, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata had perbelanjaan yang dibenarkan ialah RM94.3 juta, iaitu had maksimum RM200 ribu bagi setiap kerusi parlimen dan RM100 ribu setiap kerusi negeri. Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, calon setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu. Lim mengulas penghakiman berkenaan, yang mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta dari Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihan raya umum Mac 2004 itu.

Kelihatan UMNO cuba mengelak untuk membayar hutang tersebut kerana menurut Bendahari UMNO, hutang tersebut sepatutnya di bayar oleh BN. Tapi lojik ke?, sudah tentu BN bukanlah pertubuhan yang berdaftar. Alasan mereka ialah, bahan-bahan yang dicetak untuk berkempen tersebut adalah bahan-bahan yang berlambang dacing, bukannya berlambangkan keris. Inilah gaya putar belit lanun-lanun UMNO yang berhutang kemudian tidak pula mahu membayar hutang. Yang bertambah jelas, UMNO tiada mempunyai wang lagi kerana sibuk diperhabiskan dengan joli katak mereka semasa pilihanraya lalu.

Wednesday, August 13, 2008

PANDAINYA UMNO/BN GUNA ISU UITM

Kadang-kadang hairan juga PKR ini suka buat kerja atau mengeluarkan pendapat yang boleh dijadikan isu yang kuat oleh UMNO atau BN dalam menyerang hendap secara tidak terhormat ini. Sepatutnya perlukan cara berhemah dalam menyatakan sesuatu kerana Pakatan Rakyat sekarang ini menjadi tumpuan yang utama oleh rakyat secara dekat atau jauh dalam segala tindak-tanduk. Kebetulan pula Majlis Peguam baru sahaja buat kali kedua menghangatkan suasana negara sebelumnya dan dengan kebijakan permainan media jahat UMNO/BN ini, maka Pakatan Rakyat diserang lagi dengan isu perkauman.

Yang peliknya isu ini timbul hanya kerana selepas Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM. Ulasan MB tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera namun pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal kerana ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman. Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan sahaja tetapi mutu dan kemudahan universiti itu sendiri.

Jadi isu yang terbuka kepada perbincangan ini telah dimanipulasikan untuk kepentingan politik UMNO/BN. Kalau dilihat masakini,
pertumbuhan universiti dan kolej universiti di Malaysia begitu memberangsangkan berbanding dengan 10 tahun yang lalu. Tiada lagi halangan untuk melanjutkan pelajaran. Tiada lagi alasan untuk seorang rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik yang baik tidak dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat Universiti walaupun sampai peringkat umur yang paling tua sekalipun. Memang jelas isu kuota ini perlu dikaji semula kerana dalam memartabatkan universiti bertaraf dunia, ianya semakin relevan.

Kalau ikut sejarah,
menurut penulis Hermansamsudeen pada awal tahun 2001, Ibrahim Abu Shah menukar dasar berpersatuan di kalangan pelajar UiTM dimana semua persatuan yang mengunakan nama Agama seperti Islam dan Bangsa seperti Melayu diharamkan. Semua persatuan seperti Persatuan Mahasiswa Islam, PKPIM dan Gabungan Pelajar Melayu diharamkan ketika itu. Gerakan mahasiswa ditekan dan dilarang untuk bersuara. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajarnya pula di tapis. Semua dekan tidak dibenarkan menyokong permohonan bertanding bagi mana-mana mahasiswa yang lantang menentang dasar Universiti dan Kerajaan BN.

Jadi memang sahlah, selama ini bahawa pelajar UiTM yang selama ini lesu tidak bermaya sepertimana Pak Lah yang selalu tidur, tiba-tiba bangkit berarak mengikut arahan tuannya yang diketahui ramai sebagai penyokong gila babi UMNO. Dalam beberapa laporan alternatif, barisan pelajar-pelajar yang berdemontrasi berkenaan bukannya bersungguh-sungguh tetapi lebih banyak bermain-main serta gelak ketawa menampakkan sangat bahawa perhimpunan berkenaan adalah hanya atas arahan tuannya itu. Masakan tiada tindakan displin daripada pihak Universiti berbanding pelajar yang mengikuti demonstrasi Pakatan Rakyat.


Ia jauh berbeza dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh NC UiTM yang menghalang pelajar daripada terlibat di dalam demonstrasi sebelum ini. Dalam beberapa hal dalam negara sekarang dan sebelumnya lagi, mahasiswa telah lama ditekan dan tidak boleh bersuara kepada pemerintah, bagaimana tiba-tiba bangkit mahasiswa dari UiTM yang memang lubuk pembinaan sahsiah UMNO selama ini? Al-Maklumlah, UMNO dan BN telah lama menghina para-para penggerak demonstrasi sepertimana Saberi Cheek memperlekehkan Datuk Seri Anwar dalam debat yang lalu.

Monday, August 11, 2008

MASALAH BANYAK, MAJLIS PEGUAM JADI HAPRAK

Menyebut sahaja nama Majlis Peguam tentulah terdapat satu tanggapan rakyat biasa bahawa mereka adalah sekumpulan peguam yang menjaga prinsip, kredibiliti dan intergriti dalam melaksanakan tugasan mereka. Sudah sepatutnya semua pihak akan menghormati mereka apabila mereka memperkatakan sesuatu dan disamping itu membela nasib rakyat yang teraniaya. Tapi sejak akhir-akhir ini mereka seperti lupa arah dan tujuan mereka sehingga mencetuskan kemarahan rakyat terutama kepada orang Melayu dan Islam dalam isu Artikel Perlembagaan Malaysia 121 dimana ianya dijalankan dalam bentuk forum "MEMELUK ISLAM".

Exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin, yang juga ahli Parlimen PKR Kulim-Bandar Baharu menyatakan bahawa forum tersebut seperti cuba untuk provokasi kepada orang Islam. Beliau juga memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya. Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun seramai 1000 orang di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut sejak awal pagi, sambil melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam", "Batalkan Forum", "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Mereka yang bergabung dalam perhimpunan berkenaan adalah terdiri daripada 29 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam termasuk daripada parti politik. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain dengan beberapa anggota polis berbincang dengan Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga untuk menamatkan forum itu yang disertai oleh 110 orang dengan 95 peratus daripadanya adalah bukan Islam. Menurut Zulkarnain, setelah berunding, mereka menerima cadangan dan bertindak secara profesional menutup forum berkenaan pada jam 10 pagi. Polis terpaksa bertindak kerana meningkatnya ancaman keselamatan.

TPM, Datuk Seri Najib sudah menyatakan sebelum ini bahawa forum ini perlu dijalankan secara tertutup bagi mengelakkan perkara ini timbul namun tidak diendahkan. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membuat pernyataan yang sama bagi mengelakkan kejadian ini yang kelihatan membangkitkan kemarahan rakyat. Banyak isu yang perlu kepada perbincangan lanjut, persoalannya kenapa isu ini perlu dibangkitkan? Datuk Noh Omar telah mencabar Majlis Peguam supaya bangun sekurang-kurannya menghalang AS daripada terus meragui sistem undang-undang negara ini terutama dalam isu liwat terhadap Anwar.

Ataupun dengan kata lain Majlis Peguam perlu membincangkan kes-kes yang pelik yang perlukan kepada penyelesaian atau tindak balas yang segera untuk perubahan kepada pemerintah seperti kes Datuk Seri Anwar 10 tahun yang lalu, kes tahanan-tahanan ISA, kes-kes perhimpunan yang dikatakan haram namun dari segi Perlembagaan ianya dibenarkan, kes Datuk VK Lingam yang menjadi senyap sekarang ini dan berbagai lagi perkara yang perlu kepada kekuatan majlis ini dalam menyatakan hak dan keadilan rakyat secara keseluruhannya, bukan cuba menghuru-harakan negara dengan isu-isu sensitif.

Friday, August 8, 2008

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

Nampaknya kes Anwar ini tidaklah serumit mana kalau hendak diselesaikan. Kalau hendak lebih mudah lagi, Anwar sudahpun menunjukkan jalan secara Islam seperti pendakwaan di Mahkamah Syariah di bawah hukum Qazaf, untuk memudahkan semua pihak yang sememangnya Muslim. Tapi apa nak buat, mereka yang yang dah ada perangai syaitan ini tidak puas hati jika Anwar tidak dipenjarakan. Bukan soal menyokong Anwar atau tidak tetapi biarlah bertindak dengan akal yang waras dan iman yang tebal sebagai tunjangnya atau sekurang-kurangnya PROFESIONAL.

Puak-puak yang macam binatang ini seboleh-boleh hendak mendakwa Anwar di bawah Mahkamah Sivil sedangkan Anwar sudah membawanya ke Mahkamah Syariah. Adakah sudah tidak mempercayai hukum Islam yang sedia ada untuk diamalkan? Apa yang difahami sebelum ini, Mukhriz Mahathir ada menyatakan bahawa penggunaan DNA adalah lebih baik dari persaksian 4 orang yang terpilih secara Islam untuk mengadili hukuman zina atau liwat ini. Patutlah mereka pinggirkan hukum cara Islam ini kerana pemikiran puak-puak UMNO yang mengaku mengamalkan Islam Hadhari ini.

Hantu besar ulamak mereka ialah Dr Mashitah yang pernah menyatakan bahawa pekerjaan pelacur dibolehkan jika darurat. Sebelum ini beliau juga pernah mempertikaikan hukum Islam dalam bab potong tangan bagi yang mencuri. maka tidak hairanlah ramai umat Islam makin jauh dari Islam sebab ramai jadi ULAR DALAM SEMAK ini. Berbalik tentang kes Anwar, pertuduhan terhadap Anwar yang dibacakan di mahkamah memang banyak perkara pelik antaranya pertukaran sesuka hati mereka daripada seksyen 322C kepada 332B. Apa semua ini? Apa yang terjadi kepada sistem perundangan kita? Adakah rakyat kita merasa masih selamat di Malaysia?

Bak kata Nabil, "LU PIKIRLAH SENDIRI" dengan beberapa perkara yang diperkatakan oleh YB Azmin Ali dalam ceramah perdana beliau di Taman Medan, PJ pada 7 Ogos 2008, dimana beliau telah mendedahkan beberapa perkara baru dalam kes Anwar. Pendakwaan yang sepatutnya di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seks secara paksa, telah bertukar kepada Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seks secara suka sama suka. Menurut Anwar sepatutnya kedua-duanya patut didakwa, namun ulasan Pak Menteri Syed Hamid ialah Saiful adalah pengadu, seolah-olah seperti siapa cepat dia dapat.

Menurut Azmin, lagi, maklumat yang telah diterima olehnya menyatakan bahawa 4 buah hospital tidak mahu memalsukan laporan perubatan Saiful. Hospital tersebut ialah:-

1. Hospital Pusrawi
2. Hospital Besar Kuala Lumpur
3. Hospital Selayang
4. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Kelihatan disini ialah doktor-doktor di hospital ini sangat profesional dan mereka telah menjalankan tugas mereka dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab.

Pendedahan Azmin yang akhir ialah bahawa pihak pendakwaan di Pejabat Peguam Negara tidak mahu meneruskan pendakwaan kerana kes ini tiada mempunyai asas atau bukti yang kukuh atau dalam bahasa mudahnya adalah TIADA KES. Namun apa yang dimaklumkan bahawa terdapat arahan dari pihak atasan yang berpolitik kotor ini untuk meneruskan pendakwaan dengan apa cara jua. Salah satu arahan berkenaan menurut Azmin adalah datangnya dari "Rembau". Sebelum ini pun sudah jelas dalam ucapannya dalam sidang Parlimen yang lalu, begitu menekankan soal pemberian DNA Anwar.

Thursday, August 7, 2008

KECELARUAN UNDANG-UNDANG, GUGURKAN SAHAJA TUDUHAN TERHADAP ANWAR

Daripada awal lagi rakyat melihat kes Anwar ini memang dalam keadaan yang sama seperti kes tuduhan liwat 10 tahun lalu sehingga Anwar meringkuk dalam penjara 6 tahun tanpa kesalahan yang terbukti secara profesional. Semua sudah tahu bahawa Anwar tidak melakukannya apabila mahkamah memutuskan tidak sah hukuman yang dijatuhkan dahulu kerana tiada pembuktian yang sebenar. Selepas daripada itu, Mahkamah Persekutuan juga membenarkan Anwar untuk mencabar kesahihan pemecatannya daripada jawatan kabinet dari segi perlembagaan.

Kini kes Anwar ini tidak dapat tidak perlu diakui oleh pemerintah UMNO dan BN bahawa mereka memang mempergunakan segala institusi kerajaan secara terang-terangan dalam usaha membenarkan segala tuduhan palsu rekaan bersama para konspirator terhadap Anwar ini. Lihat rentetan beberapa perkara yang banyak keraguan tentang tindakan undang-undang terhadap Anwar secara tersirat :
  1. Laporan Pengadu enggan diserahkan Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.
  2. Isu motif dan tujuan kes ini menimbulkan banyak keraguan apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum Saiful membuat laporan polis. Kata-kata yang berbelit-belit Najib tentang Saiful menyebabkan timbul kepercayaan semua rakyat bahawa memang benar kes ini amat terancang.
  3. Anwar ditangkap sebelum tempoh yang ditetapkan. Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar secara gestapo dan kasar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh yang diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang.
  4. Anwar yang ditahan di IPPK KL disaol siasat selama 5 jam dan dibawa ke HKL untuk dimalukan tanpa kesahihan prosedur yang jelas serta ditahan di lokap atas alasan yang tidak munasabah dan setelah Anwar keluar lokap, para pencacai forensik Polis membuat kerja-kerja haram mereka benar-benar membuatkan rakyat bertembah curiga dengan Polis dalam menangani kes Anwar.
  5. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan. Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.
  6. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi. DNA Anwar sudah diambil 6 kali oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu.
  7. Laporan perubatan oleh seorang doktor Pusrawi perlu diakui walaupun ianya bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta yang didapati oleh seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar dalam soal kes liwat, tetapi telah memeriksa secara profesional lubang punggung Saiful dan didapati bahawa tiada sebarang kesan yang menandakan beliau diliwat.

Wednesday, August 6, 2008

POLIS KELIHATAN SEMAKIN ROSAK

Dari masa ke semasa kelihatan Polis semakin lama semakin rosak kredibiltinya di bawah kepimpinan Musa Hassan sekarang ini yang memang dikenali sebelumnya sebagai perencana fitnah terbesar dokongan Mahathir dahulu. Yang amat menyakitkan hati akibat kerja Polis ini ialah pada hari semalam,satu tindakan mereka yang mengingkari perintah mahkamah dan bertindak menyalahgunakan kuasanya terhadap lima orang yang disiasat di bawah Kanun Acara Jenayah. Perkara ini didedahkan oleh Francis Pereira yang mewakili Al Amin Zulkernain (India Muslim) dan Samuel Raj Sivajothi dua daripada enam yang disiasat.

Francis mengadu bahawa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh polis kepada Suhakam. Menurutnya kedua-dua anak guamnya yang dibicarakan pada 31 Julai dan 1 Ogos baru-baru ini telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Klang selepas mendengar hujah peguamcara yang disokong oleh penguasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Pihak polis yang diwakili oleh Inspektor Jagjeet enggan melepaskan dan membebaskan kesemua orang yang disiasat bahkan terus menggari dan membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang semula.

Tegasnya, atas arahan 'pegawai atasan', keenam-enam orang yang disiasat tersebut dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969. Beliau berkata, tindakan polis yang tidak menghiraukan keputusan mahkamah yang telah menolak permohonan reman dan enggan membebaskan kesemua yang disiasat atas arahan Majistret, adalah jelas sikap Polis sendiri yang menghina mahkamah. Jelasnya lagi, beberapa tindakan polis terhadap mangsa-mangsa tahanan memperlihatkan tindakan 'malafide'. Keluarga mereka juga tidak dimaklumkan.

Baru-baru ini Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, menerima lima salinan dokumen mengenai salah guna kuasa oleh enam pegawai PDRM membabitkan pemberian kontrak bernilai hampir RM98 juta. Exco MCPF, Tan Sri Robert Phang yang menerima dokumen terbabit pada 23 Julai lalu mendakwa bahawa terdapat kesalahan berkenaan yang membabitkan Jabatan Logistik PDRM. Ini amat serius kerana imej Polis yang semakin hitam itu memerlukan penyiasatan menyeluruh institusi ini bagi membersih nama PDRM. Ini bukan soal main-main, Polis adalah tempat rakyat meminta jaminan keselamatan dan pertolongan. Jangan jadi bak kata pepatah Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi atau jadi laluan untuk menjadi SYAITAN.

Kes kehilangan dadah jenis syabu dalam bilik bahan bukti Ibupejabat Polis Kontinjen adalah suatu perkara yang amat memalukan kerana dalam kesibukan penyiasatan Polis dalam kes Anwar yang sebegitu teliti, perkara-perkara buruk dalam pasukan ini masih terus berlaku. Pendedahan pemimpin PAS, saudara Salahuddin Ayub dalam ceramah beliau, mendedahkan penahanan orang besar Polis secara tiba-tiba hanya kerana keberanian beliau tersebut dalam mendedahkan jenayah seorang ketua gangster atau lebih mudahnya MAFIA yang dilindungi oleh orang besar Polis juga di Bukit Aman.