Dalam kesibukan semua pihak memperkatakan soal kemerdekaan, yang masyarakat nampak dengan mata kasar, merdeka itu adalah pelepasan dari cengkaman penjajahan dan membina negara dengan pemerintahan dan daya usaha rakyat sendiri. Merdeka pula perlu disambut dengan acara gilang gemilang dan membuat segala pertunjukan yang lebih untuk mempamerkan segala kemewahan dan kekuatan negara. Hiburan sudah menjadi agenda penting khasnya kepada peminat-peminatnya yang pada kebiasaan adalah dikalangan anak-anak muda.
Hiburan pula kalau mempunyai unsur-unsur kebaikan, tidaklah menjadi salah, masalahnya hiburan-hiburan yang ditaja tersebut hanya akan menjadikan anak-anak muda terus lalai dan menjadi liar tidak terkawal. Masalah konsert ini sejak sekian lama diperkatakan oleh semua pihak dari pelbagai peringkat yang prihatin tentang masalah sosial namun tetap juga diteruskan. Sehingga ada yang memperkatakannya sehingga kalau ada konsert pasti ada saja pembuangan bayi berlaku bermaksud setiap kali ada saja konsert pasti berlaku maksiat zina.
Kita lihat sahajalah apabila Kementerian Kesenian dan Warisan dan PUSPAL yang telah membatalkan konsert Avril yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, kemudiannya meluluskan semula setelah dibincangkan kepada mesyuarat jemaah menteri. Perkara ini berlaku sejak sekian lama, walaupun ada bantahan. Perjuangan UMNO yang kononnya ingin membela bangsa Melayu dan Islam Hadhari hanya kulit sahaja namun hakikatnya merekalah pelopor kerosakan bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri hampir 50 tahun.
Sebenarnya bangsa Malaysia ini masih lagi terus dijajah dan ianya dikepalai oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka ini adalah merupakan proksi penjajah kerana jelas kemerdekaan yang dicapai secara tandatangan dimana tidak pasti apa isi kandungan perjanjiannya telah membawa Malaysia sekarang ini dalam kancah masalah sosial yang teruk dan penyelewengan harta rakyat yang amat tinggi. Menurut Datuk Sei Anwar Ibrahim, walaupun kita telah merdeka 51 tahun, perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa bermakna negara ini dicengkam oleh pemerintahan penjajah berbentuk BN.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga telah menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, masalah sosial, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan. Lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerintahan:

- Pemerintahan mesti bersih.
- Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta.
- Pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul,
- Mewujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa
- Perlu menegakkan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki.
No comments:
Post a Comment