Thursday, May 29, 2008

TERIMA KASIH KICAP MELAYU

Perkongsian beliau tentang Ezam amat baik dengan link-link yang perlukan penilaian rakyat. Berikut pilihan yang beliau lakukan:

Semasa keluar dari PKR beliau pernah mencaci DSAI secara sambil lalu. Ezam akan melakukan apa yang dilakukan oleh Lokman Nor Adam bekas Setiausaha AMK ketika beliau keluar meninggalkan PKR (rujuk : http://youtube.com/watch?v=_s35Ld7f0mY&feature=related)

Perlu diingat bahawa masuknya Ezam ke dalam UMNO bukannya sebagai pemimpin dalam PKR atau PR. Ia hanyalah seorang pelarian politik yang telah hilang arah tuju perjuangan dan seorang yang TIDAK BERPRINSIP BERDISPLIN DALAM PERJUANGAN.

Ezam pernah bersumpah disaksikan ribuan penyokong reformasi di Lunas Kedah 2000, dengan menyebut dengan ayat-ayat Al-Quran SAYA AKAN TERUS BEJUANG TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA TAWARAN DAN GANJARAN.

LAWAN DAN LAWAN (Lunas 2000) Bersumpah dengan ayat-ayat Al-Quran.http://youtube.com/watch?v=uPNbtqS7jlc&feature=related

Sebagai memperingati kemunafikan perjuangan Ezam Mohd. Nor ini sila lawati link-link berikut, fikirkan.

PIDATO ANTI KORUPSI - EZAM MOHD NOOR
http://youtube.com/watch?v=5Mro8oye5CA

Ezam bercerita tentang perpaduan Melayu, Anwar (2001)http://youtube.com/watch?v=iW4woWz3R7A&feature=related

LAWAN DAN LAWAN (Lunas 2000) Bersumpah dgn ayat-ayat Al-Quran.

http://youtube.com/watch?v=uPNbtqS7jlc&feature=related

Ezam Mohd Noor on Democracy
http://youtube.com/watch?v=9AXR5bUNElg&feature=related

PIDATO ANTI KORUPSI - EZAM MOHD NOOR 3
http://youtube.com/watch?v=gIQPkuu5nWU

Ezam Mohd Noor - Tak Mungkin Masuk UMNO
http://youtube.com/watch?v=hRNhswgptgY

Inilah yang berlaku apabila perjuangan seseorang berasaskan hawa nafsu dan dendam kesumat dan bukan atas dasar ni’mat Iman dan Islam.

RAKYAT PATUT TAHU 5 : PEKUNG MB PAHANG DIBUKA

  • Bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar yang membuat pendedahan.
  • Pendedahan di media-media utama seperti di TV3 dan cabar-mencabar untuk tindakan undang-undang di antara MB Pahang, Adnan dan Tajuddin.
  • Isu utama ialah penjualan lebih 1000 ekar tanah milik UMNO Pahang kepada syarikat bukan bumiputera.
  • Tanah berkenaan terletak di lot PT 3171 (636 ekar) dan PT 3172 (404 ekar) serta terletak di Mukim Luit, Maran, Pahang.
  • Tanah berstatus pertanian dan mula dimiliki UMNO Pahang pada 3 Jun 1980.
  • Tajuddin telah menyerahkan surat rasmi kepada Presiden UMNO dimana telahpun tersebar luas meminta agar ditubuhkan jawatankuasa penyiasatan untuk menyiasat penyelewengan.
  • Adnan telah menyatakan bahawa tanah berkenaan telah dijual kepada Yayasan Pahang, namun berdasarkan Sijil Carian Rasmi Pejabat Tanah Kuantan menunjukkan telah dijual kepada syarikat bukan Melayu iaitu ACCENT PALMS SDN BHD 637325-M dan PROMVEST SDN BHD beralamat di Petaling Jaya, Selangor.
  • Tarikh pertukaran milik kedua tanah tersebut pada 11 Ogos 2005 dan dipajak selama 99 tahun.
  • Segalanya telah direkodkan rakaman ucapan Adnan berkaitan fakta yang juga terkandung ugutan ke dalam CD.
  • Akibat penjualan tanah, rakyat tempatan hilang pekerjaan kerana pemilik baru mengambil pekerja asing atas faktor bayaran lebih murah.

Wednesday, May 28, 2008

TIADA NILAI BERITA EZAM KE UMNO

Malam ini Buletin Utama TV3 begitu gah dengan berita Ezam masuk UMNO sehingga mendapat liputan meluas dengan ulasan-ulasan pemimpin UMNO serta temuramah khas bersama Ezam sendiri. Ezam menyatakan bahawa kemasukan beliau ke dalam UMNO kerana melihat dasar-dasar kerajaan sekarang pimpinan UMNO telah menampakkan dan sehaluan dengan perjuangan reformasi terutama dalam isu rasuah dan bidang kehakiman.

Itu semua adalah penyataan pemikiran beliau yang merupakan alasan yang mengukuhkan tindakan beliau. Ezam tidak perlu digembar-gemburkan sebagai bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan berulang kali kerana beliau telah lama menjauhkan diri dan meninggalkan parti ini hampir 4 tahun yang lalu serta menjadi Pengerusi Gerak yang merupakan sebuah badan NGO. Tiada kena mengena dengan ketidak puasan hatinya terhadap Parti Keadilan.

Ini kemungkinan merupakan pakatan dengan Khairy Jamaluddin untuk menyediakan seorang jaguh yang akan menentang calon dalam pilihanraya dimana jua yang ditandingi oleh Datuk Seri Anwar. Ini kerana dalam pertandingan yang dijangka amat sengit nanti, memerlukan seorang calon yang amat kuat dimana yang akan mematahkan segala kempen dan hujah Parti Keadilan pada pilihanraya itu nanti.

Ini juga akan menjadikan orang-orang lama dalam UMNO merasa terpinggir apabila Ezam berpolitik secara 'SMART' sehingga menggugat kedudukan mereka yang sememang suka berebut-rebut kedudukan. Tetapi melihat kepada bekas pejuang-pejuang reformasi yang lain seperti Zahid Md Arip, Roslan dan Lokman Adam yang telah kembali ke dalam UMNO tidak mendapat kedudukan yang baik, maka sewajibnyalah Ezam juga akan menerima nasib yang sama dan tiada beza.

Tiada sebarang kejutan dan perkara luar biasa. Sebelum Ezam masuk UMNO, Tun Mahathir dan ramai lagi penyokong UMNO telah keluar parti. Didapati juga telah ada banyak rekod yang memperlihatkan penyokong dan pimpinan UMNO masuk ke parti pembangkang samada PAS atau PKR. Kubu-kubu kuat UMNO di beberapa tempat telah berjaya ditembusi seperti kemasukan 30 orang kuat UMNO ke dalam PAS di Kampung Pasir Gudang Baru, Johor. Terdapat juga rekod sehingga ada beberapa cawangan UMNO terpaksa ditutup atau dibubarkan.


RAKYAT PATUT TAHU 4 : KESUKARAN PR DI KEDAH

  • Tunggakan hutang kerajaan peninggalan pemerintah BN adalah sebanyak RM2,095,556,344.18.
  • 3/4 peruntukan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri telah dihabiskan dalam 2 bulan pertama 2008.
  • Terdapat 99 buah syarikat dan anak syarikat kerajaan negeri, dimana separuh daripadanya tidak berperanan dan tidak beroperasi namun tidak ditutup malah menanggung kos penyelenggaraan.
  • Empat syarikat utama yang bernaung di bawah kerajaan negeri iaitu Yayasan Islam, Permodalan Kedah Berhad (PKB), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Menteri Besar Incorporated mengandungi berpuluh-puluh anak syarikat.
  • Amanah Saham Kedah (ASK) kelolaan PKB, memulakan operasi dengan pengumpulan modal sebanyak RM 400 000 (duit rakyat) telah jatuh merudum sehingga tinggal nilainya kira-kira RM 30 000 sahaja.
  • Walaupun ASK mengalami kerugian namun elaun lembaga pengarah (terdiri daripada tokoh politik UMNO) terpaksa diberikan sebanyak RM 400 000 setahun.
  • Banyak lantikan dan penempatan dalam GLC (Syarikat Milik Kerajaan) adalah merupakan ehsan politik kepada pemimpin-pemimpin UMNO sedangkan syarikat berkenaan tidak menguntungkan malah perlu dibayar elaun yang amat tinggi dan tidak munasabah sehingga boleh mencecah sebanyak RM 760 000.
  • Kereta-kereta rasmi kerajaan negeri telah disabotaj seperti kerosakan enjin dan kehilangan peralatan dalaman dilakukan setelah BN kalah telah menyebabkan kos yang tinggi sedangkan rekod pusat servis utama menyatakan bahawa semua kenderaan terbabit baru sahaja diservis.
PEMBAZIRAN SEBELUM INI DI KEDAH SEMASA PEMERINTAHAN BN :
  • Penyelenggaran Pulau Payah untuk pelancongan sebanyak RM1 juta. Ia tidak mendatangkan apa-apa kejayaan dan terbengkalai. Pada hal RM1 juta mampu membeli enjin, perahu, pukat untuk 680 orang nelayan.
  • Perbelanjaan Anjung Pedu Resort yang kemudiannya ditinggalkan begitu saja sebanyak RM3.5 juta, sedangkan sebanyak itu mampu membeli keperluan sekolah bagi 9,383 murid jika harga perbelanjaan RM373 seorang.
  • Belanja membina Medan Ikan Bakar di Kubang Kerian RM3.8 juta, sedangkan ia mampu membeli uniform murid-murid miskin seramai 140,000 orang.
  • Belanja membina jeti kapal mewah di Kuala Kedah sebanyak RM38 juta tapi tidak dapat beroperasi. Sedangkan wang sebanyak itu mampu membina rumah kos rendah sebanyak 1,163 di Baling dan 167 di Padang Terap.

Tuesday, May 27, 2008

LENYAP DAN HAPUSKAN ISLAM HADHARI

Dalam beberapa hari ini, berita-berita siaran perdana dan media-media arus perdana begitu sibuk memperkatakan tentang kerajaan negeri pakatan rakyat iaitu Selangor dan yang terbaru negeri Pulau Pinang MENGHARAMKAN Islam Hadhari yang dipelopori oleh Pak Lah. Kononnya inilah cara pengamalan Islam yang sebenarnya dimana kononnya PM diwar-warkan sebagai anak seorang ulamak. Tidak nampak apa yang alimnya PM sehingga boleh berpegangan dengan Michelle Yeoh.

Apa sebenarnya Islam Hadhari ini yang sangat-sangat sibuk diperkatakan dan diperjuangkan oleh pemerintah yang ditunjangi UMNO ini? Tidak nampak apa kebaikan Islam Hadhari ini jika masyarakat Islam semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya sehingga semakin ramai anak-anak remaja Islam terjerumus ke kancah maksiat dan jenayah. Konsert-konsert dan rancangan hiburan yang bagai dibiarkan ditaja serta segala yang berkaitan dengannya telah menampakkan ciri-ciri kebebasan tidak terkawal. Adakah ini Islam Hadhari?

Tiada keperluan langsung untuk Pak Lah mencantumkan Islam dan Hadhari ini kerana Islam telah mempunyai segalanya. Tidak perlu Islam itu di Hadhari kan. Islam adalah Islam, Hadhari berkenaan seharusnya merupakan prinsip atau merupakan pemikiran. Islam sudah lengkap dengan Al-Quran dan Hadis, mengapa perlu ada Hadhari di sebelah Islam? Jika Pak Lah ada hujah seperti Imam Shafie, sila berhujah tentang Islam Hadhari dengan Mufti Perlis dahulu.

Mengikut pandangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri dalam sesi temuramah oleh Akhbar Sinar, beliau menyatakan bahawa kita tidak boleh mengambil mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia akan menimbulkan kekeliruan. Masyarakat Islam tertanya-tanya tentang apakah dia Islam Hadhari dan apakah Islam sekarang sudah tidak betul? Sehingga ada dikalangan masyarakat Islam mengganggap bahawa Islam Hadhari sebagai agama yang baru.

Dr Asri menyatakan bahawa pertanyaan-pertanyaan ini bukan sahaja di kalangan orang biasa malah dikalangan ulama juga tertanya-tanya. Di kalangan para ulama, mereka tidak mempersetujui istilah ini dan telah menyuarakan pandangan namun tidak mahu didengari. Kemungkinan menurut beliau, pegawai dan ulama yang menjadi penasihat PM ketika itu yang ingin menggerakkan Islam Hadhari tidak memberi pandangan yang betul.

Menurut beliau lagi sesetengah negeri mengadakan semacam pesta dengan berkonsepkan dan bertemakan Hadhari ini dimana ianya dinamakan Perkampungan Hadhari. Jika hanya melaksanakan jual beli produk dan pertunjukan kesenian serta hiburan maka kelihatan tidak ada bezanya dan luar biasanya dengan program Sure Heboh ataupun dikenali sekarang dengan nama JOM HEBOH.

Saturday, May 24, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 3 : PENYELEWENGAN PEMERINTAH BN SELANGOR

  • Skandal penganugerahan kontrak pembinaan dan penyelenggaraan loji rawatan air Sungai Sireh di Tanjung Karang pada 7 Mac 2008 (sehari sebelum mengundi) membabitkan pegawai-pegawai pemerintah BN, Puncak Niaga dan SYABAS ditandatangani oleh SUK.
  • Projek yang mencetuskan kontroversi dalam pembinaan 10 buah rumah banglo bernilai 4 juta setiap satu di Seksyen 7 Shah Alam lengkap dengan kelab mewah dan kolam renang bernilai lebih 40 juta untuk kegunaan exco kerajaan negeri.
  • Skandal bekas MB Selangor mengenai tanah di Kajang yang membelinya pada harga RM2 setiap kaki persegi kemudian menjualnya semula pada harga RM22 sekaki persegi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dimana keuntungan diraih adalah sebanyak RM59 juta.
  • Kerajaan PR dapat mengesan rasuah Khir Toyo selaku pengerusi PKNS dalam urusan tawaran tapak banglo PKNS di Bandar Baru Bangi meluluskan tanah untuk kegunaan sendiri dengan mendapat potongan 50 peratus dari harga asal.
  • Kerajaan PR juga dapat mengesan bahawa Khir Toyo juga ada menuntut komisen dari beberapa projek tertentu seperti pembinaan jalan di Sekinchan yang diusahakan Meram Holdings bernilai RM92.5 juta.
  • Bekas ADUN BN telah menghabiskan sebanyak RM 27 juta dalam masa 50 hari (sehingga Februari) dimana peruntukan terbabit baru diberikan pada awal tahun 2008.
  • Pemerintah BN di sebalik pemaju swasta Khidmat Tulen SB, yang ingin membangunkan tanah di Kampung Rimba Jaya telah merobohkan dan mengusir peneroka tanah terbabit yang telah membina kampung berkenaan sejak 30 tahun yang lalu.
  • Kerajaan PR mendapati bahawa terdapat usahasama yang mencurigakan di antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat swasta, Sepang Bay Sdn Bhd untuk memajukan Sepang Gold Coast di tanah seluas 4621 ekar itu yang memberikan PNSB pulangan berjumlah RM65 juta tetapi hanya seluas 1041 ekar tanah sahaja dimajukan dengan nilai pembangunan sebanyak RM 3 bilion.
  • Daripada rekod Pejabat Tanah dan Galian Selangor, didapati bahawa status rizab hutan sejumlah 4,325.5 hektar kawasan rizab hutan telah dibatalkan statusnya antara tahun 2000 hingga 2007 yang antara lain digunakan untuk pembangunan hartanah.
  • Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah mencipta sejarah apabila menanggung hutang menghampiri RM5 bilion akibat salah laku serta kecuaian pengurusan dan tidak mengikut prosedur yang betul.

RAKYAT PATUT TAHU 2 : PEMBAZIRAN DI TERENGGANU

  • Datuk Ahmad Said, MB Terengganu, menyatakan bahawa Terengganu hanya menerima RM4.3 bilion daripada jumlah RM7.3 bilion itu dan tidak tahu di mana baki RM3 bilion dibelanjakan.
  • MB juga tidak mengetahui mengapakah kos menaiktaraf landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjadi RM 530 juta.
  • Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 250 juta untuk membangunkan Kelab Teluk Warisan dan RM 300 juta untuk pembangunan sukan Monsoon Cup.
  • Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Yahya Khatib Mohamad menyatakan bahawa kos pembinaan Taman Tamadun Islam adalah sebanyak RM 259 juta berbanding kos asal sebanyak RM 249 juta dengan pakej kerja untuk 64 sub kontaktor.
  • Pengendali Monsoon Cup, T-Best Event Sdn Bhd (syarikat milik berselindung oleh Patrick Lim) yang majoriti sahamnya bukan milik kerajaan Terengganu, menyatakan bahawa belanja penganjuran perlumbaan perahu layar tersebut adalah sebanyak RM 20 juta setahun berbanding kos pengendalian kerajaan negeri sebanyak RM 4 juta.
  • Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, sebanyak RM407,662 telah dibelanjakan untuk pemasangan CCTV di Wisma Darul Iman hanya untuk memantau kakitangan kerajaan.
  • Pembinaan Benteng Pemecah Ombak daripada kos asal dan kos sebenarnya adalah RM42 juta dalam Fasa 1 telah meningkat pada Fasa 2, kepada RM408,747,949 dan penambahan kos untuk Fasa 3, sebanyak RM100 juta dimana projek ini masih dalam perlaksanaan.
  • Terdapat laporan kewangan bernilai RM 40 juta yang tidak diaudit dan tidak ada sebarang laporan yang dikemukakan secara terperinci berkaitan perbelanjaan wang ehsan.
  • Kerajaan Terengganu mengesahkan bahawa kos pembinaan Kompleks Sukan Gong Badak yang bakal menjadi gelanggang Sukan Malaysia (Sukma) akhir bulan ini, kini mencecah hampir RM544 juta berbanding kos asal kira-kira RM362 juta.
  • Kerajaan BN, telah berbelanja lebih RM1 juta untuk cipta rekod seperti program JOM BERSIH dengan penyertaan 240,830 orang dimana kosnya RM482,974.84, Melukis Jalur Gemilang di dasar laut dengan kos RM60,000, Majlis Khatam Al-Quran 2006 Pelajar Tadika seramai 937 orang dengan kos RM173,567.25 manakala 2007 seramai 2010 orang dengan kos RM450,520.

RAKYAT PATUT TAHU 1 : UNITAR

  • Ditubuhkan pada 1997 dan dimiliki sepenuhnya oleh KUB
  • Diambilalih oleh UMNO sepenuhnya pada tahun 2007 melalui Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR)
  • Pengurusan baru kerapkali mengancam, mengugut, memarahi dan sentiasa menyalahkan kakitangan serta pengurusan lama tanpa menyedari kesalahan diri sendiri.
  • Banyak pembaziran oleh pengurusan atasan dengan pembelian kereta mewah sedangkan kereta khas lama masih boleh digunakan.
  • Pembelian kampus atau bangunan di tengah bandaraya KL merugikan dan sudah sepatutnya Universiti perlu jauh dari bandaraya yang sibuk
  • Kos pengubahsuaian dapur sebuah fakulti mencecah jutaan ringgit dan tidak munasabah.
  • Kesemua tender yang melibatkan pembelanjaan sehingga jutaan ringgit dibuat secara tertutup dan diuruskan tidak mengikut prosedur oleh pemimpin tertinggi.
  • Pengurusan baru tidak memberi bonus kepada kakitangan dan hanya memberikan kenaikan gaji walaupun diketahui mempunyai keuntungan lebih baik

Friday, May 23, 2008

SUDAH TERLEPAS APA YANG DIJANGKA TERLEPAS

Hari ini merupakan hari kesedihan rakyat Malaysia dan rakyat negeri Johor khasnya kerana kedaulatan Pulau Batu Putih telah TERLEPAS dan diserahkan secara rasmi oleh ICJ kepada Singapura. Walaupun kita hanya mendapat Terumbu Karang Tengah, namun hakikatnya ianya memberi ruang tambahan sempadan kepada Singapura yang membolehkan mereka melaksanakan apa jua perlaksanaan strategik ketenteraan yang merugikan kita dimana hanya berjarak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Inilah gara-gara tidak seriusnya kita sejak dahulu kala lagi untuk mempertahankan kawasan terbabit dengan sejarah yang membuat segala perjanjian negeri Johor dan British yang sebenarnya mengelirukan dan merugikan kita serta tidak serius untuk menguruskannya sebelum keluarnya Singapura dari Malaysia. Segala hujah dan bukti sebenarnya diuruskan oleh pakar-pakar yang dilantik dan sudah pasti tidak sebegitu kuat buktinya kerana hasil ketidak seriusannya kita sejak dulu berbanding Singapura yang bersungguh-sungguh sejak sekian lama dalam mentadbir urus tanpa sebarang halangan.

Persepsi saya, kemungkinan ini ada perjanjian sulit kerajaan dan kerajaan dimana isu Iskandar Malaysia adalah sandarannya. Kedengaran di Iskandar Malaysia ada penjanjian tersembunyi untuk menjadikan wilayah itu sebagai 'hinterland' ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan 'occupied territory' sama seperti Israel menakluki dan menjajah 'occupied territories' di negara-negara Arab.

Maklumat lanjut di : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10271

Thursday, May 22, 2008

UNTUK APA MAHATHIR KECOH?

Kecoh seantero nusantara, Tun Mahathir keluar UMNO. Macam besar sangat berita, bekas Perdana Menteri tersohor ini keluar parti sehingga semua akhbar memperkatakannya dan diulas oleh beberapa tokoh, baik dari kalangan pembangkang atau dari kalangan BN, terutama dari UMNO. Jika Tun Mahathir ada jawatan dalam UMNO, mungkin gempar juga, tetapi sejak bergelar veteran ini, rasanya tiada apa-apa yang boleh menggugat kepimpinan Pak Lah.
.
UMNO hancur dahulu, sehingga terbubar akibat tidak sah berdaftar, disebabkan oleh Tun Mahathir. UMNO Baru yang ditubuhkan semula oleh Tun Mahathir, mendapat tentangan dalaman UMNO sendiri sehingga tertubuhnya Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh. Veteran UMNO seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn yang merupakan bekas pejuang UMNO dulu merajuk juga disebabkan oleh Tun Mahathir.
.
Perjuangan UMNO yang dipimpin oleh Tun Mahathir sangat berlainan daripada UMNO yang asal yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar kerana telah diakui sendiri oleh Tan Sri Aziz Tapa, Veteran UMNO bahawa perjuangan UMNO sekarang adalah berlainan kerana mementingkan diri sendiri keluarga dan sahabat handai. Maka tidak hairanlah kepimpinan UMNO sentiasa berkecamuk dan tidak tentu arah sejak penubuhan UMNO Baru ini.
.
Para Timbalan Perdana Menteri seperti Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar adalah di antara beberapa orang mangsa kejelekan politik Tun Mahathir yang telah merosakkan masa depan politik mereka. Tun Mahathir sendiri yang menyebabkan rakyat sudah mula berani bangkit memperjuangkan reformasi dan meningkatkan penggunaan internet untuk berita alternatif sehingga ke saat ini dan menyebabkan 5 kerajaan negeri termasuk wilayah tumbang ke tangan pembangkang.
.
Kekecohan Tun Mahathir ini sebenarnya tidak menggugat kepimpinan BN buat masa ini kerana kesemua ini berlaku adalah kerana warisan beliau juga terutama dalam penggunaan semua badan kerajaan dan kehakiman. Ianya tampak lebih jelas dalam laporan Suruhanjaya Diraja dalam siasatan klip video VK Lingam. Maknanya, Tun Mahathir ingin menutup cerita ini dengan perlakuan keluar parti. Ini belum lagi keluar beberapa kes lain yang banyak membabitkan beliau sehingga fungsi dan sistem kestabilan dalam pengurusan negara ini rosak dengan amat teruk sekali.

Monday, May 19, 2008

PENGARUH MEMPENGARUHI

Jika melihat kepada isu video VK Lingam dimana laporan secara rasmi telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Diraja, soal pengaruh mempengaruhi adalah suatu yang benar-benar telah biasa diamalkan dalam perundangan negara dan kuasa-kuasa pemerintahan negara sejak sekian lama di bawah pemerintahan BN yang ditunjangi UMNO. Dengan hanya satu laporan ini, terdapat banyak lagi cerita yang boleh berkait rapat di antara satu sama lain.
.
Suruhanjaya mengenai salah laku Polis jika dapat dijalankan, pasti akan lebih menakutkan kepada rakyat jika ianya dimulakan dengan sebenar-benar bebas dalam penyediaan laporannya. Malangnya sudah lama perkara penubuhannya ingin direalisasikan, namun cadangan tinggal cadangan dan bermungkinan besar ada pihak yang mempengaruhi isu penubuhannya dimana akan mengaitkan lebih ramai nama besar dalam negara.
.
Soal perlantikan hakim menjadi isu hangat apabila pemerintah BN membuka pekungnya sendiri dalam mengingatkan semula pemecatan hakim-hakim besar. Betapa hebatnya dalam sejarah pemerintahan BN dimana badan eksekutif dengan mudah mempengaruhi sesuka hati segala perlantikan dan memecat hakim. Dengan itu amat jelaslah bahawa segala kes mahkamah yang melibatkan ahli politik akan dipengaruhi oleh pemerintah BN selama ini sepertimana yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar.
.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah satu-satunya suruhanjaya yang tidak berapa bebas dan mudah dipengaruhi oleh pemerintah BN. Pengendalian pilihanraya oleh SPR masih banyak diragui dan dicurigai. Berbagai laporan polis dan pembongkaran telah dibuat oleh parti pembangkang terhadap SPR namun tiada tindakan konkrit dan jelas dilaksanakan untuk merubah segala perlaksanaan dan prosedur mereka.
.
Isu dakwat yang sepatutnya digunakan pada pilihanraya baru-baru ini, terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. SPR beralasan bahawa kabinet mengarahkan pembatalan tersebut namun jika diteliti pada ketika itu, kabinet sudah pun dibubarkan, bagaimana pula ada arahan lagi boleh dikeluarkan. Pak Lah sendiri menyatakan, pada ketika itu, kerajaan (yang telah dibubarkan) hanya menyatakan pandangan dan bukan arahan. Adakah benar SPR ini benar-benar bebas atau hanya merupakan badan tunggangan pemerintah BN?
.
Salah satu sebab ialah hanya kerana mendengar ada dakwat yang sama dibeli oleh pihak tertentu untuk mengganggu proses pilihanraya. Datuk Syed Hamid sendiri menyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa polis telah membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan berikutan laporan kononnya dakwat itu telah dibawa masuk oleh beberapa individu dari Thailand dan Polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand.
.

Sunday, May 18, 2008

ISKANDAR MALAYSIA UNTUK KEPENTINGAN SIAPA?

Sebenarnya rakyat tidak begitu memahami apa konsep dan untungnya pembangunan koridor utara, selatan, timur dan barat. Jika melihat pembangunan luar biasa Malaysia dalam bidang ekonomi yang jelas berselindung di balik DEB dimana mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah, tidak menjanjikan apa-apa faedahnya jika dibangunkan koridor-koridor terbabit.

Untuk lebih menguatkan lagi persepsi semua rakyat tentang ini, Tun Dr Mahathir sendiri ada menyatakan beberapa perkara mengenai Iskandar Malaysia seperti tersiar di akhbar The Star :

Sunday May 18, 2008

Iskandar a project for Singapore to grow, says Mahathir

JOHOR BARU: The Iskandar Malaysia project is a platform for Singapore to expand its sovereignty, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He explained that the project was intended to lure Singaporeans and Malay land would be sold to them for 10 times its worth.

“After the land is sold, the Malays will be driven to live at the edge of the forest and even the forest itself.

“In the end, the area in the Iskandar Malaysia will be filled with Singaporeans and populated with only 15% Malays,” he said yesterday during a forum and dialogue on the recent general election organised by Johor Umno grassroots and MyKMU.net.

Meanwhile, former Parit Sulong MP Datuk Noraini Ahmad said the project was designed to ease the creation of “Singapura Raya” where Singapore wanted to expand its land area.

Earlier in a statement as Perdana Global Peace Organisation chairman, Dr Mahathir condemned the move to allow American oil and gas company Halliburton to set up its RM200mil manufacturing plant in Iskandar Malaysia.

He said more than a million Iraqis had died when the United States invaded Iraq, and firms such as Halliburton had benefited from American control of oil flow in West Asia.

Dr Mahathir said the Government should not allow such companies to channel their ill-gotten profits to Malaysia.


Saturday, May 17, 2008

SIAPA LEBIH CONDONG KEPADA YAHUDI DAN AMERIKA?

Melihat kepada pergolakan UMNO dipelbagai peringkat di sana-sini dan kebangkitan Pakatan Rakyat seperti api di dalam sekam, pelbagai "SERANGAN" mula digerakkan. Serangan sesama sendiri di dalam UMNO sudah menjadi kelaziman demi kepentingan kuasa politik sekian lama, manakala serangan kepada parti-parti pembangkang adalah dengan niat untuk MELENYAPKAN terus dari mukabumi Malaysia ini seperti Amerika menyerang Iraq.

Jika melihat sebelum piliharaya yang lalu, terutama di Kelantan, orang-orang UMNO telah menyerang habis-habisan kepada kerajaan pimpinan PAS yang diketuai oleh menantu PM yang tidak menggunakan iman dan akal dalam segala tindak-tanduknya. Mengapa UMNO perlu menyerang sebuah kerajaan yang dipimpin oleh ulamak seperti Perang Salib? Mengapa UMNO amat-amat benci kepada perjuangan kerajaan ISLAM dan undang-undang hudud?

Serangan pihak parti pemerintah BN dan UMNO kepada parti pembangkang seperti sebuah ketumbukan tentera lengkap bersenjata moden (BN) seperti Amerika menentang barisan pejuang yang hanya bersenjatakan parang (pembangkang). Isu Cina ekstremis digunakan kepada parti DAP dan isu Islam ekstremis digunakan kepada parti PAS. Bagi PKR, banyak dikaitkan dengan latar belakangnya kepada Datuk Seri Anwar.

Umum sudah mengetahui bahawa Anwar telah dizalimi, difitnah dan dipenjarakan ala Yahudi akibat perjuangan reformasi beliau, sehingga menjadi inspirasi rakyat yang mahukan keadilan menubuhkan parti politik yang dapat menyatukan perjuangan ke arah pemerintahan yang adil. Apabila Anwar semakin aktif berpolitik selepas dibebaskan dari penjara, timbul rasa ketakutan yang teramat sangat kepada seteru-seteru politik beliau sehingga bermulanya serangan peribadi dengan menggunakan Yahudi dan Amerika sebagai "RENCAH" utama.

Adakah pemerintah BN benar-benar Anti-Yahudi atau Anti-Amerika seperti yang heboh diperkatakan sehingga ke Parlimen oleh mereka kepada Anwar? Bukankah produk-produk Yahudi sebegitu banyak bertapak subur di negara Malaysia sehingga membuka cawangan demi cawangan di setiap pelusuk negara? Jenama-jenama terkenal seperti Mc Donald, TESCO, Nestle, Starbuck, Carrefour dan banyak lagi adalah jenama yang ditunjangi Yahudi, lihat web berikut : http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html.

Mengapa Malaysia terlalu mengikut telunjuk Amerika dalam isu JI yang menyebabkan mereka yang tidak berdosa terpenjara di bawah tahanan ISA tanpa terbukti apa jua kesalahannya di mahkamah? Mengapa Malaysia terlalu mengikut telunjuk Amerika dalam menghalang Iran sebagai negara yang berdaulat, yang pada awalnya diterima oleh kerajaan Malaysia untuk menyertai Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008?

Mengapa Malaysia sebagai pengerusi OIC tidak mengembeling usaha bersungguh-sungguh menyatakan hak dengan tegas terhadap Israel dan Amerika dalam isu kekejaman terhadap umat Islam? Mengapa hiburan-hiburan yang melampau yang jelas bagai ditaja oleh puak-puak yang berjiwa Yahudi berleluasa sebegitu hebat sehingga program-program keagamaan sengaja dipinggirkan atau dikelirukan atau disekat oleh pimpinan UMNO?


SEKATAN BERITA TIDAK TERSEKAT

Berita-berita dari TV utama negara, masih lagi tidak sedar bahawa sajian berita mereka amat-amat berat sebelah dan tidak munasabah. Tidak ada sebarang komen dari Pakatan Rakyat yang akan mengimbangi maklumat dari parti pemerintah yang jelas menggunakan stesen tv kerajaan hasil duit cukai semua rakyat Malaysia dan proksi mereka "MENYERANG" macam babi hutan kepada Pakatan Rakyat.

Sebab itu pemerintah BN mahukan orang Melayu terus mundur kerana hasil "PEMBODOHAN" dan "MEMBABI" yang akhirnya akan menguntungkan mereka. Lihat akhbar-akhbar utama yang dikhaskan kepada orang Melayu seperti akhbar Utusan dan Berita Harian lebih banyak berita kepada pemerintah berbanding akhbar untuk orang Cina yang banyak pengeluarnya dan jelas lebih terbuka dan seimbang seperti Sin Chew. Akhbar orang India seperti Makkal Osai, telah mula menunjukkan keterbukaan beritanya kepada umum sehingga dikenakan tindakan.

Baru-baru ini wartawan akhbar THE SUN telah ditahan kerana pembongkaran isu BALKIS dan pemindahan wang 9 juta ringgit. Raja Petra dengan laman blog berita, Malaysia Today telah mengundang padah kepada beliau apabila mengutarakan isu Altantunya. Ini bermakna sebarang pembongkaran yang dilakukan oleh akhbar yang dikategorikan sebagai bacaan umum akan dikenakan tindakan berbanding akhbar yang dikeluarkan khas untuk ahli parti seperti akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Masalahnya pemerintah BN ini telah lupa bahawa mereka sekarang ini berurusan dengan manusia bukan patung boneka. Manusia di Malaysia sekarang ini pula lebih berpendidikan dan berilmu pengetahuan serta mendapat maklumat yang lebih terbuka luas di internet. Penguasaan para penentang pemerintah BN melalui BLOG yang amat cemerlang sejak 10 tahun lalu. Ianya telah menjadi sebagai salah satu faktor hasil kajian mereka kepada kekalahan BN di 5 buah negeri.

Thursday, May 15, 2008

PEMBAZIRAN BN YANG TERLINDUNG

Melihat kepada situasi sekarang, kelihatan pemerintah BN tidak begitu selesa di dalam Parlimen apabila menerima soalan-soalan daripada setiap kali persidangan oleh pihak pembangkang mengenai penggunaan wang rakyat yang berjuta-juta dan berbilion ringgit untuk projek membazir dan tidak bermanfaat untuk rakyat. Hanya dilihat mementingkan golongan atasan, sedangkan rakyat masih ada yang merempat sepertimana dipaparkan di dalam rancangan BERSAMAMU.

Yang amat menghairankan ialah negeri yang mempunyai sumber minyak seperti negeri Sabah dan Terengganu adalah diantara negeri yang termiskin berbanding Kelantan yang digembar-gemburkan oleh pemerintah BN bahawa kemiskinan akibat negeri ini diperintah oleh PAS. Seperti di negeri Sabah, masih lagi terdapat sekolah tidak dapat menyediakan kerusi dan meja untuk belajar, hanya duduk di atas lantai.

Hari ini, akhbar arus perdana telah memainkan isu pembelian wakil Parlimen Sabah dengan jumlah pembayaran jutaan ringgit sebagai menerima tawaran ke pembangkang. Serangan seperti ini hanya sebenarnya ingin menutup banyak penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemerintah BN. Ianya terbukti jika dilihat dalam sesi soal jawab Parlimen dan sidang DUN, didapati jawapan dari wakil Menteri atau Timbalan atau Exco tidak memuaskan dan dicurigai.

Dalam rancangan BERSAMA MENTERI di RTM, iaitu bersama Menteri Besar Terengganu, beliau menyatakan tidak mengetahui bahawa kos menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud mencecah 530 juta ringgit. Penganjuran MONSOON CUP yang memerlukan perbelanjaan ratusan juta ringgit sebenarnya amat menyedihkan bagi rakyat Terengganu setelah dinafikan hak royalti minyak yang sekarang ini masih dituntut oleh MB.


Tuesday, May 13, 2008

MELOMPAT TERLOMPAT DILOMPATKAN

Dalam kesibukan pemerintah yang diterajui UMNO untuk menghukum Karpal yang dikatakan celupar dan menghina istana, BN amat takut dengan hanya perang saraf Dato' Seri Anwar dalam isu wakil Parlimen BN Sabah melompat ke Pakatan Rakyat. Kalau hendak difikirkan secara logik, dengan kekuatan BN selama 50 tahun, tidak mungkin sebegitu mudah melompat parti.

Mengapa semua wakil BN dan akhbar arus perdana menjadi riuh rendah dengan isu berkenaan sedangkan BN telah membentuk kerajaan? Walaubagaimana sekali pun, saya rasa lebih baik rakyat Sabah berterima kasih dengan Datuk Seri Anwar kerana dengan isu inilah, pemimpin atasan BN mula melihat Sabah dan juga Sarawak secara lebih teliti tentang permasalahan yang sedia ada sejak di bawah pemerintahan BN juga.

Rakyat Sabah dan juga Sarawak menjadi sangat marah kerana negeri mereka masih lagi tersenarai sebagai yang tertinggi jumlah penduduknya yang miskin dan melarat. Sedangkan kita semua maklum bahawa negeri mereka penuh dengan hasil bumi yang boleh menjadikan penduduk negeri mereka lebih kaya dari penduduk negeri Selangor.

Seperti Sabah, walaupun sudah agak lama diperintah oleh BN, mereka masih ada lagi Jabatan Pembangunan Persekutuan dimana agensi ini selalunya ditubuhkan jika negeri berkenaan diperintah oleh kerajaan selain BN. Musa Aman telah menyatakan proses untuk memansuhkan agensi berkenaan sedang berjalan, itupun kerana atas desakan wakil rakyat BN Sabah.

Yang pasti Datuk Seri Anwar telah membantu rakyat Sabah dalam membangunkan negeri ini dengan kemajuan yang sepatutnya oleh pemerintah di peringkat pusat. Saya merasakan bahawa Datuk Seri Anwar yang masih lagi berteka teki dengan isu lompat melompat ini, sebenarnya bukan dilakukan oleh wakil BN Sabah, tetapi oleh wakil BN untuk kerusi Parlimen di Semenanjung kerana sentimen ANTI-KHAIRY di sini amat kuat dan padu.

Jika tidak berlaku pun, Datuk Seri Anwar telah berjaya mempengaruhi dan menakutkan pemerintah BN yang sebenarnya ketakutan jika bertukar pemerintahan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana mereka akan dipenjarakan dan dibuang daerah sekiranya terbongkar segala kesalahan salah laku, salah guna kuasa, 'MEROMPAK' harta rakyat dan menjadi penzalim sepanjang pemerintahan mereka turun-temurun.

Monday, May 12, 2008

BERAS KURANG ANGKARA PEMERINTAH BN

Semua telah maklum bahawa krisis makanan telah melanda dunia sehingga PBB terpaksa membuat beberapa langkah drastik untuk menanganinya. Di Malaysia, isu beras menjadi begitu hebat sehingga usul khas mengenainya dibawa ke Parlimen untuk diperbincangkan. Tetapi sesuatu yang teramat pelik kepada rakyat biasa seperti saya, bahawa negara kita yang boleh dikatakan memajukan penanaman padi secara besar-besaran boleh mengalami kekurangan beras.

Itulah masalahnya jika semua dan segala benda yang boleh menguntungkan poket pemerintah BN, maka diusahaniagakan tanpa mengira masa depan negara dan kepada rakyat khususnya seperti Petroleum. BERNAS adalah salah satu syarikat kerajaan yang gagal dalam memastikan bekalan beras mencukupi dan mengawal harga yang berpatutan kerana mungkin sibuk dengan urusan pelaburan yang tidak bermanfaat.

Mengikut kenyataan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Abd Shukor dan Timbalan Dekan Fakuti Pertanian UPM, Prof Madya Dr Syed Omar, Malaysia tidak sepatutnya berlaku krisis bekalan beras kerana kemampuannya menghasilkan padi melebihi keperluan rakyat Malaysia jika diambil kira keluasan kawasan penanaman seluas 650 000 hektar yang boleh menampung keperluan rakyat seramai 30 juta orang.

Menurut mereka lagi, negara sangat berkemampuan menghasilkan sumber beras untuk 43 juta penduduk jika kesemua kawasan tersebut diusahakan sebanyak dua kali setahun serta mampu menjadi pengeksport utama beras. Maknanya pemerintah BN yang memerintah selama 50 tahun, tidak memandang serius usaha untuk membangunkan infrastruktur penanaman padi walaupun dikatakan oleh seluruh dunia bahawa Malaysia cukup hebat dalam R&D untuk meningkatkan hasil padi sebanyak 100%.

Kemajuan penanaman padi di web berikut : http://www.mada.gov.my/tek/padi.html

PERJUANGAN UMNO DAH LAIN SEKARANG

Tan Sri Aziz Tapa, seorang veteran UMNO yang ditemuramah oleh wartawan TV3 di rumah beliau untuk siaran Buletin Utama TV3, menyatakan bahawa perjuangan UMNO sekarang sudah lain daripada perjuangan asal penubuhan parti berkenaan. Menurut beliau perjuangan UMNO dahulu, walaupun tidak berduit dan berkenderaan, namun bekerja kuat untuk parti.
.
Perjuangan UMNO sekarang (pada hemat saya selepas UMNO lama diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 1988 dan ditubuhkan semula dengan UMNO Baru oleh Tun Dr Mahathir) telah mementingkan diri sendiri, keluarga dan sahabat-handai berbanding untuk kepentingan parti dan orang Melayu khasnya.
.
Saya sendiri yang telah bersama UMNO pada tahun 1995 telah nampak dengan jelas perjuangan UMNO yang seperti disebutkan oleh beliau itu. Jika tidak kerana kes Anwar Ibrahim, sudah pasti saya akan terus terjebak dan hilang dalam perjuangan sebenar sepertimana yang diniatkan ketika hendak masuk UMNO dahulu.

Sunday, May 11, 2008

MEMBELASAH BAGI POLIS ADALAH BIASA

Pernah suatu ketika saya ditahan Polis bersama-sama rakan hanya kerana disyaki terbabit dalam kecurian tempat kerja di kilang. Gari-mengari ini perkara biasa walaupun hanya disyaki, kaedah marah-marah dan pukul memukul ini yang menyebabkan kami tidak puas hati. Apabila tidak mengaku salah kerana memang tidak melakukannya, Pegawai Polis terbabit menyepak dan menumbuk salah seorang dari rakan kami.

Kemungkinan terdesak untuk menyelesaikan kes terbabit, mereka memaksa kami untuk mengaku perkara yang tidak kami lakukan. Begitulah juga dalam sejarah Polis membelasah ini, orang besar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalami sendiri keadaan tersebut akibat kejahatan politik pemimpin tertinggi negara sehingga DSAI mengalami kecederaan yang serius seperti patah tulang dan mata lebam akibat dibelasah oleh KETUA POLIS NEGARA.

Dalam menangani demonstrasi rakyat pula, terutama bermula pada tahun 1998 sehingga ke waktu ini, sudah berapa ramai telah dibelasah sehingga cedera teruk seperti yang pernah dialami sendiri oleh MP Tian Chua walaupun jelas tanpa bersenjata. Di Terengganu bukan setakat dibelasah, seorang penyokong pembangkang ditembak pula hingga cedera dimana beliau hanya datang ke situ kerana ingin mendengar ceramah. Kes membelasah oleh anggota Polis juga pernah dicatatkan sehingga berlaku kematian OKT (Orang Kena Tahan) di dalam lokap.

Baru-baru ini pula, seorang pengurus bank di Batu Pahat dibelasah sekumpulan anggota Polis daripada IPK negeri sehingga mengalami keretakan tulang dan bengkak paru-paru, di mana rupanya tersilap suspek setelah memecah masuk dan membelasah. Lim Lip Eng, MP Segambut juga telah dibelasah oleh anggota Polis yang tidak mengetahui beliau ahli Parlimen, ketika bersama penduduk Bandar Mahkota Cheras dalam isu pembinaan tembok penghadang oleh Grand Saga.


Saturday, May 10, 2008

KERTAS PERTUDUHAN BANYAK KEPADA SIAPA?

Dengan sembilan laporan Polis dan pengumuman membuka kertas pertuduhan oleh pegawai penyiasat Polis dari Balai Polis Sentul, Karpal sudah pasti akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Kelihatan belum dapat dipastikan atas kesalahan apa untuk didakwa dan akta atau undang-undang mana yang hendak dikenakan ke atas beliau.

Isu ini semakin diberatkan dan ini merupakan kejayaan yang amat besar bagi UMNO dan BN dalam memainkan isu terbabit. Begitulah pantas dan cekapnya Polis dalam mengendalikan laporan yang telah diterima terutama jika melibatkan pihak lawan atau seteru UMNO dan BN. Nampaknya Polis sangat berminat dalam menangani kes politik daripada kes jenayah yang "BERLAMBAK".

Bagaimana dan bila pula kertas pertuduhan kepada berbagai laporan Polis sekian lama sejak 15 tahun dahulu sehingga sekarang di atas kes rasuah dan salah guna kuasa oleh Saudara Ezam Mat Noor dan parti pembangkang kepada pimpinan politik tertinggi serta kuncu-kuncunya yang masih belum dibuka-buka lagi sepertimana dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam sesi soal jawab di Parlimen tentang isu KES RASUAH 18 INDIVIDU BERPROFIL TINGGI yang gagal diselesaikan.

Adakah ketika itu kertas tidak mencukupi untuk dibuat borang atau tiada jurutaip atau belum ada sistem komputer sehingga berkemungkinan sudah terlupa di mana letaknya fail laporan berkenaan apabila bertindih-tindih sehingga memenuhi satu ruang bilik atau pejabat atau dewan? Adakah tidak cukup kakitangan untuk mendakwa kerana sibuk menjadi "SPY" atau SB kepada pemerintah dalam memerhatikan rakyat yang tidak menyokong mereka?

Biasanya jika laporan Polis dilakukan oleh orang yang tidak bersengkongkol dengan parti BN atau UMNO akan ditangkap terlebih dahulu dan dikenakan berbagai-bagai tuduhan pula berbanding dengan apa yang perlu disiasat dalam isi kandungan laporan berkenaan. Maknanya kertas pertuduhan hanya akan dikeluarkan oleh Polis lebih banyak kepada para penentang dan pengkritik pemerintah BN dan UMNO.


Thursday, May 8, 2008

SIAPA LEBIH BANYAK DERHAKA?

YB Karpal telah menjadi ikon yang jahat pada masa ini kerana membuat pernyataan terbuka mempertikaikan tindakan Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah JAIP oleh MB Perak baru-baru ini. Walaupun isu di peringkat kerajaan negeri Perak telah selesai dengan penarikan balik pertukaran berkenaan, namun YB Karpal masih terus memperkatakannya.

AKTA HASUTAN sudah pasti akan digunapakai ke atas beliau, apabila tiga laporan Polis telah dibuat oleh UMNO, Kelab Ahli Parlimen BN dan Badan Bertindak Melayu yang merupakan NGO sokongan untuk UMNO. Begitulah kuatnya semangat Melayu sehingga ada dikalangan mereka menyatakan bahawa merekalah barisan hadapan untuk membela Sultan.

Timbalan Perdana Menteri telahpun mengeluarkan arahan kepada Peguam Negara untuk mengkaji tindakan dan dakwaan yang sewajarnya kepada YB Karpal. Benarkah UMNO sebegitu hebat mempertahankan kesultanan Melayu dan ketuanan Melayu? Jika kata-kata yang sedemikian diucapkan oleh orang-orang UMNO atau BN, adakah akan menghadapi tindakan yang sama?

Jika mengikut susur galur sejarah derhaka menderhaka dengan Sultan ini, UMNO terlebih dahulu adalah juara kepada semua ini. Dalam kes pemecatan hakim-hakim besar, jelas UMNO telah membelakangi Agong dalam keputusan pemecatan. Suatu ketika dahulu juga telah berlaku pemecatan Mufti Selangor yang lebih jelas membelakangi kuasa Sultan.

Dalam lipatan sejarah juga berlaku, orang terkuat UMNO telah membawa lari anak Sultan Selangor dan berkahwin di Siam sehingga ke saat kemangkatan baginda kemungkinan besar tidak mendapat kemaafan di atas penderhakaan yang sedemikan rupa. UMNO juga telah berjaya mengurangkan kuasa Sultan dan kemudiannya membuat penghinaan demi penghinaan kepada Sultan ketika itu di dada-dada akhbar arus perdana.

Selepas pilihanraya 8 Mac lalu, UMNO dan kuncu-kuncunya yang telah lama terbiasa dalam menderhaka kepada sultan, telah mempertikaikan perlantikan MB di dua buah negeri, iaitu di Perlis dan Terengganu. Tindakan menulis perkataan pada kain rentang "AKU NAK IDRIS NATANG" dan kemudian berdemo di depan Istana adalah tindakan lebih melampau dalam menderhaka kepada Sultan.

Gani Patail juga telah tumpang sekaki dalam menderhaka kepada Sultan dan seolah-olah beliau hendak mengajar baginda, apabila secara terbuka, telah meminta Yang Dipertuan Agong tidak campur tangan dalam urusan berkenaan. Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar tindakan Gani berkenaan dan menyatakan sepatutnya beliau mohon mengadap dan memberitahu apa yang terbaik, bukan pengucapan secara terbuka.


Wednesday, May 7, 2008

PENGUATKUASAAN LEMAH NEGARA LEMAH

Membincangkan soal penguatkuasaan, Datuk Shahrir Samad telah menyatakan kepada wartawan media di Parlimen bahawa undang-undang sedia ada cukup kuat untuk mendakwa sesiapa yang ditangkap atas kesalahan yang berkaitan dengan kementeriannya, cuma yang menjadi masalahnya ialah penguatkuasaan yang lemah.

Buletin Utama malam ini juga mengutarakan penguatkuasaan yang lemah oleh pihak berkuasa di Pahang apabila tanah kerajaan diceroboh dengan aktiviti melombong bijih timah yang didalangi oleh orang kenamaan. Bila wartawan TV3 bertanyakan kepada Pengarah PTG, beliau menyatakan tindakan yang lewat ini adalah kerana tidak mahu kekecohan dan mahu cara yang berhemah.

Akhirnya oleh kerana tekanan media Tv3 dengan membuat laporan demi laporan, pihak PTG bertindak dengan bantuan pihak PGA. Siapakah dalang yang dikatakan orang KENAMAAN berkenaan? Adakah tindakan yang sewajarnya dikenakan terhadap orang kenamaan berkenaan yang jelas menjadi "PENCURI" yang terhormat?

Amat jelas bahawa kerajaan akan terus dan berterusan melindungi penjenayah terhormat dikalangan mereka. Lindung melindungi adalah cara mereka MENJAJAH negara kita ini demi mengekalkan kuasa. Penguatkuasaan hanya yang dipilih-pilih sahaja mengikut kesesuaian politik mereka.

Penguatkuasaan hanya untuk para penentang dan penggugat politik mereka seperti yang berlaku pada blogger Raja Petra dan ramai yang lain secara berterusan. Yang menjadi mangsa sebagai menutup JENAYAH mereka itu adalah dengan segala tangkapan dan yang akan ditangkap di bawah akta-akta zalim pemerintahan BN.

BLOGGER DITAKUTKAN DEMI KEKUASAAN

Rasa simpati saya kepada saudara Raja Petra kerana dimasukkan ke penjara Sungai Buloh gara-gara tidak mahu membuat ikat jamin sebanyak RM5000 sebelum mendengar semula pertuduhan dalam perbicaraan kes yang diklasifikasikan oleh pihak berkuasa sebagai yang bersangkutan dengan Akta Hasutan.
.
Kaedah ini diguna pakai semula selepas pilihanraya 8 Mac oleh pemerintah, yang telah memenjarakan ramai pelapor-pelapor baik kepada pihak Polis dan media cetak terhadap salah laku pemimpin UMNO dan BN sejak 15 tahun yang lalu. Itu cara untuk menutup cerita buruk mereka demi menyelamatkan diri para pemimpin yang munafik dan zalim.
.
Antara yang termasyhur menerima hukuman yang tidak masuk akal seperti ini adalah seperti Anwar Ibrahim dan Ezam Md Nor. Kelihatan tindakan undang-undang terhadap RPK adalah dalam keadaan tergesa-gesa dan ada dalang orang 'ATASAN' di sebalik segala tindakan Polis yang sememangnya terus mengikut arahan dan telunjuk pemerintah.
.
Dengan segala Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan pelbagai akta yang menyekat kebebasan rakyat bersuara sehingga berlaku lagi tangkapan demi tangkapan, menyerlahkan lagi pemerintah seperti BN dan UMNO adalah zalim dan akan terus menekan rakyat yang kritis. Pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada pesalah sebenar terutama yang melibatkan pemimpin atasan walaupun mempunyai cukup bukti.

Tuesday, May 6, 2008

MELAYU MENJADI ISU MUSLIHAT UMNO

Isu Melayu menjadi bahan kepentingan politik UMNO dalam meraih simpati selepas kemerosotan sokongan rakyat dalam pilihanraya UMNO yang lalu. Perbincangan dan perdebatan menjadi sebegitu hangat sehingga tertubuhnya Kongres Permuafakatan Melayu dengan sokongan keanggotaan badan-badan NGO melayu dan parti politik.

Nampaknya seperti baik dan berjalan lancar, tetapi oleh kerana gerakan ini yang didalangi oleh politik UMNO yang mempunyai kepentingan dan meraih sokongan yang dapat mengekalkan kuasa penyelewengan yang teruk di Malaysia ini oleh mereka, menyebabkan ianya terus diragui dan dicurigai kepentingannya kepada rakyat biasa.

Orang bukan Melayu sudah mengetahui sejarah Malaysia ini dan tidak ada siapa dapat menafikan perjuangan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan dan kemajuan sehingga 50 tahun. Masalahnya orang-orang UMNO sendiri yang panik dan takut dengan perubahan orang Melayu dengan keterbukaan dan tidak ada perkauman seperti dasar dalam Pakatan Rakyat.

Mengapa bersungguh-sungguh pula memahami dan mengenang nasib bangsa Melayu setelah UMNO berasa kalah dalam pilihanraya yang lalu? Jika UMNO menang pula, adakah agenda perjuangan untuk Melayu akan diteruskan dengan keadaan Bahasa Melayu terus terpinggir dan orang Melayu terus termiskin dengan segala kerakusan mereka memiliki harta yang haram?

Perjuangan PAS dalam menyatu padukan rakyat Malaysia dalam mottonya "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" adalah pilihan yang terbaik. Jika berjuang dengan politik perkauman, keadaan di Malaysia ini akan terus berada curiga mencurigai antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Maka ISLAM mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyatukan rakyat pelbagai kaum.

Rakyat bukan ISLAM yang menyertai Kelab Penyokong PAS adalah satu contoh di mana orang bukan Islam menyokong pimpinan Ulama' dalam menyelamatkan negara daripada penindasan, rasuah dan ketidak telusan dalam pemerintahan sesebuah negara, bukan pimpinan orang yang tidak patuh pada agama dan mementingkan diri sendiri.

Soal Melayu, Melayu dan Melayu hanya akan menyebabkan kaum bukan Melayu mencurigai kaum Melayu dan hanya akan mencetuskan konflik berpanjangan antara kaum serta merugikan kemajuan negara akibat perkauman. UMNO sendiri meminggirkan agama sehingga rakyat yang beragama Islam tidak berpegang teguh dengan agama sendiri dan kemudian menyebabkan masalah peribadi terus menghadapi krisis seperti yang berlaku kepada khalayak di masa kini.

Sunday, May 4, 2008

MANIPULASI BN TIDAK KESUDAHAN

Nampaknya kata-kata Ku Li, bahawa UMNO dan BN telah menyerang Kerajaan Kelantan seperti Perang Salib sebelum pilihanraya, adalah jelas lagi nyata sekarang apabila serangan demi serangan masih terus dilakukan dengan pelbagai isu, satu persatu kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
.
Sepertimana yang mereka memanipulasikan isu pertukaran pengarah JAIP oleh MB Perak Datuk Seri Ir Nizar. Seolah-olah MB Perak itu seorang yang zalim dan amat tidak bertimbangrasa serta kurang ajar dengan Sultan. Apa dah lupa ker apa yang dilakukan oleh UMNO kepada pihak istana di negeri Perlis dan Terengganu?
.
Rakyat terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya. MB Perak telah mengadap Raja Muda sebelum melaksanakan pertukaran tersebut. Bginda telah dimaklumkan tentang Pengarah berkenaan yang tidak bekerjasama sepenuhnya setelah diberi tempoh selama 40 hari.
.
Tetapi oleh sebab tekanan pihak Pusat dan UMNO negeri, Sultan telah bertindak secara bijaksana dengan menitahkan MB untuk menarik balik hukuman berkenaan. Baginda menitahkan agar MB menyediakan laporan lengkap berkenaan isu berkaitan untuk diteliti dan jika sabit kesalahan, Baginda sendiri yang akan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
.
Ulasan-ulasan dan pandangan orang-orang kuat UMNO yang menyatakan seolah-oleh Sultan murka adalah satu PEMBOHONGAN kerana selama kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan, Baginda amat gembira untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri. Baginda mengetahui segala penyelewengan kerajaan negeri sebelum ini yang membebankan rakyat Tuanku.
.
Banyak penyelewengan yang membahayakan rakyat negeri ini terutama dari segi zakat dan tanah. Jika tidak dikekang dengan segera, kemungkinan negeri ini menjadi muflis akibat terlalu banyak hutang dan kemungkinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat agak sukar untuk berbelanja bagi kemudahan rakyat kerana terlalu banyak membayar hutang yang dicipta oleh BN.
.
Satu artikel yang tersiar di satu laman blog yang boleh dikongsikan ialah di http://n32.blogspot.com/2008/05/mat-taib-tegur-ir-nizar-lupa-insiden.html

Saturday, May 3, 2008

BEBASKAN MEDIA

Amat memeranjatkan apabila menerima laporan daripada Freedom House (sebuah badan pemantau kebebasan akhbar), Malaysia berada pada tangga terbawah dalam tempoh empat tahun sejak 2005 dengan menduduki tangga 141 daripada 195 negara yang dikaji.

Keadaan ini berlaku kerana kerajaan BN tidak memberi kebebasan menyiarkan maklumat yang tepat demi kepentingan politik mereka. Akhbar seperti The Star, Sin Chew, Makkal Osai dan Harakah telah mengalami beberapa tindakan kerajaan BN yang mempunyai maksud tersirat.

Ada kajian mendapati akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST telah memonopoli hampir 90% maklumat-maklumat yang berkaitan kerajaan BN berbanding maklumat parti lawan atau pembangkang yang tidak sampai 5%.

Akhbar seperti Sin Chew dan The SUN adalah antara akhbar yang memberi peluang hampir 44% maklumat parti pembangkang tetapi tidaklah mendapat sambutan yang hangat terutama dikalangan orang Melayu berbanding akhbar arus perdana yang dinyatakan sebelum ini.

Sebab itu blog-blog dan berita di internet mendapat sambutan yang amat menakjubkan kerana di sana terdapat kebebasan maklumat dan tanpa batasan. Kajian juga mendapati terdapat laman web berita internet telah menerima kunjungan sehingga 100 juta kali.

Laman-laman blog dan web berita alternatif seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Harakahdaily, Tranungkite, Malaysia Today, Agenda Daily, KL post, Kelantankini dan Siasahdaily adalah diantara yang amat popular masakini.



Friday, May 2, 2008

TERUSKAN SIARAN LANGSUNG PARLIMEN

Ada berbagai komentar disiarkan di akhbar dan laman web mengenai siaran langsung pertama di Parlimen, 30 April 2008 lalu. Ada yang marah, ada yang rasional, ada yang minta ubah suai dan ada juga minta agar tidak diteruskan lagi.
.
Pendapat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi amat positif agar siaran langsung ini diteruskan kerana pada beliau, perkara menutup terus siaran ini adalah terlalu awal dan membuat justifikasi sendiri tanpa penyelidikan yang baik tentang penerimaan orang ramai.
.
Siaran ini perlu bagi memberi kefahaman kepada rakyat tentang fungsi wakil rakyat di Parlimen dan bagaimana mereka membawa isu-isu rakyat. Rakyat juga dapat menilai wakil yang dipilih, samada benar-benar mewakili mereka atau tidak.
.
Tuan Guru Nik Aziz, ketika ditanya oleh wartawan : ""Sikap dia dalam parlimen, itu dia punya pasal, biar rakyat tengok, ini orang yang mereka pilih. Kalau rakyat tak berkenan, pilihan raya nanti tak payah undi dia lagi"
.
Disamping kita dapat menilai samada Parlimen benar-benar adil dalam memberi ruang kepada semua wakil rakyat terutama kepada Pakatan Rakyat yang selama ini dilihat selalu diganggu dan di"CANTAS" hujah mereka oleh wakil rakyat BN.
.
Pada peringkat awal sidang berkenaan, didapati memang terdapat unusur-unsur provokatif dan PENGKHIANATAN oleh Parlimen itu sendiri terutama dalam soal peraturan dan keadilan susunan soalan-soalan sepertimana dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dan Azmin Ali.
.
Oleh itu di persidangan akan datang, diharapkan lebih banyak gerakerja dan penghujahan serta perlakuan yang lebih baik dan profesional. Kalau boleh hanya penghujahan yang terbaik dan terpilih sahaja dipaparkan pada waktu yang lain tidak kira dari perwakilan BN ataupun wakil dari Pakatan Rakyat.

Thursday, May 1, 2008

PARLIMEN, APA DAH JADI?

Walaupun kesibukan bertugas pada hari siaran langsung sidang Parlimen di TV1 dan di Radio Klasik, dapat juga melihat betapa "PANAS" nya suasana persidangan berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen.
.
Sebelum hari persidangan, akhbar THE STAR telah membuat paparan satu mukasurat seperti poster mengenai kedudukan ahli-ahli Parlimen PAKATAN RAKYAT. Terasa kagum melihat ramai ahli Parlimen PR memenuhi hampir 37% kerusi Dewan yang mulia ini yang tercatat sebagai satu sejarah buat Malaysia.
.
Harapan kita semua sebelum bermula persidangan adalah menginginkan kepelbagaian hujah yang bernas dan cemerlang serta menyerlah. Ianya memberi suatu kekuatan yang baru barisan pembangkang yang sebelumnya hanya dianggotai oleh beberapa orang serta dalam satu barisan sahaja.
.
Tetapi apa yang amat kita terkilan teramat sangat khasnya kepada rakyat biasa yang baru mahupun yang lama menyokong PR ialah isu-isu yang berbangkit tentang peraturan dan kedudukan ahli Parlimen Bebas oleh saudara Karpal Singh.
.
Lim Kit Siang secara tidak berhemah telah bangun pula untuk menyatakan hak untuk mengemukakan soalan tambahan. Anak Karpal pula dengan tingkah laku yang kurang profesional. Ini semua akan menjadi bahan manipulasi BN dan media mereka kerana sikap ini yang sebenarnya "MENGGANGGU" persidangan.
.
Bukan masanya untuk menonjolkan diri masing-masing kerana Ketua Pembangkang telah dilantik dan beliau sepatutnya lebih dahulu menyatakan apa jua bantahan yang berkaitan bukan dengan kaedah "KECOH" sebegini. Kami rasakan lebih baik saudara LIM KIT SIANG dan KARPAL SINGH "dikurung" daripada mengganggu ketenangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain.