Monday, June 30, 2008

RAHSIA DISEBALIK KEMERDEKAAN MALAYSIA BHG 1

  • Dato Onn Jaafar adalah diantara mereka yang menjadi pelopor dan pencetus gerakan kemerdekaan bagi tanah Melayu yang dikenali masa itu sebagai MALAYA.
  • Beliau sangat rapat dengan pegawai-pegawai Inggeris sehingga mengangkatnya menjadi Menteri Besar dan Menteri paling kanan dalam Pentadbiran Pesuruhjaya British di Malaya.
  • Sebenarnya gerakerja kemerdekaan yang dicapai dengan salah satu usaha Tunku Abdul Rahman tidak dipersetujui sepenuhnya oleh Dato Onn.
  • Pada pendapat beliau, kemerdekaan yang dicapai itu adalah merugikan dan tidak menjamin KETUANAN MELAYU.
  • Beliau tidak menyertai atau memboikot sambutan kemerdekaan dengan memulangkan kembali pas masuk sebanyak 150 pas yang diterima oleh beliau untuk Parti Negara yang dipimpin olehnya selepas keluar dari UMNO.
  • Sultan Johor ketika itu Al-Marhum Sultan Ibrahim dipercayai terpengaruh dengan Dato Onn sehingga mempertikaikan kemerdekaan yang dituntut oleh UMNO.
  • Dalam catatan salah satu titah Sultan, yang mempertikaikan usaha kemerdekaan ini, timbul kata-kata seperti Ingin Membuat Jarum Pun Tak Tahu, Macam Mana Mahu Merdeka.
  • Salah satu Perhimpunan Agung UMNO ketika menuntut kemerdekaan, dimana Ibrahim Yaakub yang merupakan pencetus perjuangan ini, yang pada ketika itu di Indonesia mengirim kawat menyeru UMNO untuk memulaukan Sultan Johor.
  • Ketegasan Al-Marhum Sultan Ibrahim ditunjukkan lagi dengan menolak peruntukan menjadi Yang Dipertuan Agong yang pertama kerana Sultan yang paling kanan (mengikut peraturan Perlembagaan).
  • Baginda telah kecewa dengan kemerdekaan yang dibawa UMNO, sehingga baginda tidak tinggal di Johor sebaliknya tinggal di England sehingga ke akhir hayatnya.
  • Dato Onn menolak perjuangan kemerdekaan UMNO ini kerana kontrak sosial yang tersurat dalam kemuafakatan kemerdekaan merugikan Melayu pada jangka masa panjang dimana tidak dapat menjamin masa depan tuan punya negara.
  • Pemikiran kepada kesemua perkara berkenaan telah dikongsi bersama pendapat dengan Dr Burhanuddin Al-Hilmi dan Ishak Haji Mohamad.

Sunday, June 29, 2008

POLITIK MALAYSIA TERUS PARAH JIKA BN TERUS MEMERINTAH

Melihat situasi politik negara sejak pilihanraya lalu, dengan memperlihatkan kehilangan 2/3 kekuatan BN di Parlimen, keadaan kelihatan amat merbahaya kepada Pakatan Rakyat. Kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan, amat tidak disenangi oleh para-para "GANGSTER" dalam BN. Dengan penguasaan media-media perdana sehingga ke pentadbiran kerajaan negeri, segala kaedah digunakan untuk memporak perandakan kekuatan Pakatan Rakyat.

Yang sangat-sangat orang UMNO tak suka sekali adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana dengan usaha beliaulah, maka keadaan politik masakini di Malaysia mengalami perubahan yang amat ketara sehingga sokongan kepada pembangkang semakin meningkat. Kita kenalah faham, gerakakerja hebat Anwar ini adalah kerana beliau mahu menyatakan rasa terima kasihnya dalam bentuk tersendiri kepada semua para penyokongnya di kalangan pelbagai lapisan rakyat yang inginkan reformasi dalam pemerintahan negara ini yang selama ini dimonopoli oleh BN.

Oleh kerana gerakerja hebat inilah yang boleh menyebabkan pertukaran kerajaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat, maka BN perlu melakukan sesuatu yang drastik dalam mematikan karier politik Anwar. Peringkat awal serangan BN adalah kepada PKR dengan pelbagai tipu daya dan fitnah sehingga menyebabkan suasana dalam parti itu agak panas dengan beberapa isu yang telah diketahui oleh umum dan didedahkan oleh PENGKHIANAT RAKYAT, EZAM, seperti isu duit sumbangan ke akaun parti, isu rasuah oleh pembantu khas MB dan isu lantikan ahli keluarga Anwar dalam syarikat kerajaan negeri Selangor.

Setelah beberapa kisah sebenar dan pengakuan oleh mangsa keadaan berkenaan, isu tersebut dengan sendirinya hilang. Keadaan ini sama seperti yang terjadi kepada Karpal Singh, dimana dengan pelbagai tindakan balas PR yang begitu bijaksana, akhirnya isu berkenaan juga telah senyap. Akhirnya oleh kerana tiada cara lain lagi untuk menjatuhkan PKR dan peribadi Anwar sendiri, maka dilaksanakan semula kisah liwat ini sehingga membolehkan Polis menangkap Anwar dan kemudiannya disabitkan kesalahan serta dipenjarakan, maka peralihan kuasa pemerintahan Malaysia kepada Pakatan Rakyat akan terkubur.

Suatu yang amat-amat menghairankan, apabila pendedahan 4 foto mendapati Saiful Bahari yang dikatakan diliwat oleh Anwar adalah merupakan di antara muka yang sebegitu mesra dan bahagia ketika bersama Pegawai Khas TPM (orang kanan Najib) di Pejabat TPM dan Datuk Shahrir Samad. Dalam pada itu, Anwar pula sedang mengusahakan pendedahan di mahkamah kes rekaan Musa Hassan dan Gani Patail terhadapnya 10 tahun yang lalu. Pada ketika inilah pula Anwar diugut bunuh dan menyebabkan beliau bersembunyi di Kedutaan Turki sebagai perlindungan politik, berkemungkinan atas sebab berkenaan.

Thursday, June 26, 2008

EZAM MAKIN BODOH LAGI DIBODOHKAN

Kesian bila tengok Ezam yang sebenarnya dipergunakan oleh UMNO untuk menyerang Anwar dan rakan-rakan PKR. Walaupun diterima masuk UMNO semula dengan bersyarat untuk tidak membenarkan bertanding jawatan semasa pemilihan UMNO akan datang, namun memperlihatkan bahawa Ezam akan terus ditenggelamkan oleh UMNO sepertimana yang dilakukan oleh terhadap ROSLAN KASSIM dan LOKMAN NOR ADAM bekas orang kuat PKR dan REFORMASI.

Ezam ketika disiarkan ucapannya di TV3 atas pentas UMNO begitu lantang menyerang PKR dan Anwar, kononnya begitu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh kepimpinan PKR dan Anwar denga menyatakan fakta separuh jalan dan menggunakan persepsi sendiri. Kononnya beliau akan mendedahkan banyak lagi penyelewengan dan mengambil tindakan undang-undang pada masa akan datang. Betul ke kepala hotak Ezam ini sekarang? Kenapa semasa dalam GERAK, segala pendedahan salah laku rasuah UMNO, tidak bersungguh-sungguh untuk bertindak?

Wednesday, June 25, 2008

STRATEGI PENGUKUHAN KEPIMPINAN MELAYU

Menurut Pengerusi Badan Memperkasa Hak-hak Melayu Johor (MEKAR), Zaaba Abdul Samad, menjelang tahun 2057, politik Malaysia akan kekal dikuasai oleh orang Melayu kerana jumlah menjadi 70% ketika itu. Menurut beliau lagi yang juga Pengerusi Biro Penyelidikan, Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Johor, pengekalan kuasa kepimpinan Melayu mesti disertai strategi yang JUJUR dan telus kepada semua bangsa.

Beliau menyeru supaya perkara ini disebar luaskan dan difikirkan oleh semua peringkat masyarakat Melayu. Berikut adalah beberapa perkara yang dikemukakan :
  • Perkara 1 : Orang Melayu mesti mendominasikan parti utama.
    1. UMNO kelihatan sudah tidak relevan dan pada masa yang sama, ramai yang telah beralih kepada parti PAS, Keadilan dan DAP. Oleh itu langkah ke arah pengekalan kuasa rakyat, maka hendaklah orang Melayu beramai-ramai masuk ke dalam ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.
    2. Menurutnya, pada masa ini, rakyat mahukan parti siasah, yang mewakili "PELBAGAI KAUM" semakin diterima.
  • Perkara 2 : Hak Melayu dan kaum lain jelas dalam Perlembagaan.
    1. KETUANAN MELAYU sudah tidak sesuai sekarang sehingga ditegur oleh bangsa lain akibat keterlaluan memperbesarkan isu berkenaan. Sewajarnya diganti dengan "Hak Bangsa Melayu", kerana perkara ini jelas dalam Perlembagaan dan kaum lain tidak boleh mempersoalkannya.
    2. "KETUANAN MALAYSIA" adalah lebih Profesional dan Rasional kerana soal bangsa jika dibesarkan, maka kaum lain juga menuntut hak mereka.
  • Perkara 3 : NGO Melayu perlu kuat sebagai penyokong dan pendesak.
    1. Kaum Cina dan India terkehadapan serta berkesan dalam menggunakan badan NGO dengan lebih berani bersuara sepertimana dalam Hindraf untuk India manakala Dong Zhong dan Shu Zu untu Cina.
    2. Ketika ini tiada satu NGO Melayu seberani NGO kaum lain, GAPENA sendiri tidak cukup berpadu malah masih dibayangi dan memihak kepada UMNO serta mempunyai kepentingan.
    3. Sampai masa NGO Melayu lebih berani bersuara, tidak perlu bimbang dengan budaya ugutan dan 'YES MAN' seperti UMNO.
    4. Ramai orang yang kerja kerajaan berani selepas bersara, tetapi sebenarnya dapat melemahkan pertubuhan Melayu itu sendiri.
  • Perkara 4 : Penduduk Malaysia akan realisasikan 70% Melayu.
    1. Saranan dan dasar yang dikemukakan oleh Tun Mahathir iaitu Dasar Penduduk 70 juta wajar diingati.
    2. Angka tidak rasmi penduduk Melayu di negara ini adalah 58% dan mencecah 70% pada tahun 2057.
    3. Orang Melayu bertanggungjawab besar untuk memastikan orang Melayu kuat dalam parti PAS, DAP dan PKR dengan sekumpulan "PEMIKIR MELAYU" dan terdapat kelompok "BERINTEGRITI TINGGI" yang seiiring kerajaan.

Monday, June 23, 2008

SAPP MARAH DENGAN SEBAB, TAPI BN TAK FAHAM

Kemarahan SAPP kepada kepimpinan BN bukan disebabkan oleh politik semata-mata tetapi keprihatinan wakil rakyat kepada rakyatnya. Adakah menjadi suatu kesalahan untuk mengkritik kepimpinan BN yang begitu rakus menaikkan harga minyak dalam keadaan tergesa-gesa dengan pelbagai alasan "MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH" tersebut? Oleh kerana terlalu kerap Pak Lah berdolak dalih serta berbohong bermula dengan tarikh pilihanraya sehingga ke harga minyak, maka SAPP sebulat suara ingin membawakan usul tidak percaya kepada PM di Parlimen.

Wakil Rakyat Elopura, Ketua Pemuda Sabah Progressive Party (SAPP), Au Kam Wah pada 6 Jun lalu menyatakan bahawa beliau amat kesal dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak kerana ianya berlawanan dengan moto BN semasa kempen piliharaya dan melahirkan persepsi buruk serta hilang kepercayaan rakyat, yang mana kerajaan kelihatan BERCAKAP TIDAK SERUPA BIKIN. Beliau juga menyarankan agar pemimpin yang tidak dapat untuk sejahterakan rakyat hendaklah turun dan digantikan dengan kepimpinan yang lebih baik.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Tham Nyip Shen berkata kenaikan harga minyak dan diesel ini adalah merupakan suatu penghinaan kepada rakyat Sabah yang telah memberikan sokongan 100 peratus kepada BN dalam pilihanraya yang lalu. Beliau yang merupakan ketua badan pemikir SAPP juga menyatakan bahawa rakyat Sabah tidak membayangkan bahawa inilah balasannya yang mereka akan dapat selepas memberikan sokongan kepada BN dengan kepayahan hidup yang semakin tertekan akibat kenaikan berantai harga barangan.

RAKYAT PATUT TAHU 14 : UMNO JUAL TANAH KEPADA BUKAN MELAYU?

  • Didedahkan sekali lagi selepas kes di Maran oleh bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dan merupakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar.
  • Mendakwa bahawa tanah berkeluasan 7 ribu ekar yang terletak di Mukim Endau - Rompin itu adalah milik syarikat UMNO, Pahang, Rangkaian Delima Sdn Bhd.
  • Tanah berkenaan yang bernombor lot PT 2310 mula dipindah milik pada 9 Januari 2001 kepada sebuah syarikat bukan Bumiputera, Ria Gemilang Sdn Bhd.
  • Pendedahan terkandung di dalam surat kepada Presiden UMNO dan turut diedarkan kepada beberapa pihak dimana disertakan sekali dokumen SSM yang mengesahkan kenam-enam ahli lembaga pengarah syarikat beralamat di Selangor dan bukan Melayu.
  • Dakwaan tentang kemungkinan ada penyalahgunaan kuasa dalam penjualan 30 ribu ekar dengan anggaran keuntungan RM600 juta.
  • Tajuddin mencabar Adnan (MB) untuk membuat laporan kepada BPR dan Polis berkaitan dakwaan sebelumnya.

Saturday, June 21, 2008

TAHNIAH RAJA PETRA, BN BANYAK 'GANGSTER' KE?

Kami rakyat Malaysia sangat-sangat kagum dan mengucapkan tahniah di atas keberanian Raja Petra membuat akuan sumpah yang mendedahkan dalang-dalang disebalik pembunuhan Altantunya. Rakyat bawahan macam kita memang sangat marah juga dengan kes ini, sebab ianya benar-benar memalukan negara, sehingga bapa mangsa akan mengusulkan kepada kerajaan Mongolia memutuskan hubungan diplomatik jika mahkamah Malaysia tidak melaksanakan ketelusan dalam mengadili kes ini.
.
Yang amat pelik, mengapa si Rosmah rambut berjambul dan suka peluk-peluk dengan bukan muhrim itu boleh berada bersama dalam perlaksanaan pembunuhan berkenaan? Kalau dah bini TPM sudah boleh bersubahat dalam pembunuhan seorang manusia yang ditaraf VIP, inikan pula kita semua rakyat bawahan yang menentang BN atau senang cerita menyokong PR. Sudahlah Polis yang berkedudukan tinggi menjadi balachi yang hina lagi busuk bersekongkol dengan BN dalam menzalimi rakyat, siapa lagi rakyat ingin harapkan?
.
Isu Batu Burok yang disenyapkan menjelaskan lagi bagaimana Polis melayan rakyat bawahan. Jika orang-orang atas senang-senang sahaja lepas. Isu orang MIC yang dibunuh di Johor Bahru lalu, memperlihatkan kerja bunuh membunuh memang alah biasa bagi manusia-manusia yang berpendidikan BN. Saya mersakan bahawa orang-orang atas yang memegang kuasa dalam BN adalah dikalangan para gangster, sebab itu lesen membunuh mereka sangat tinggi, walaupun tidak secara terus, wakil-wakil itu boleh diupah sahaja.

Friday, June 20, 2008

GEMPAR SANGAT KE ISU SAPP?

Sangat menghairankan isu SAPP ini yang dikatakan mengemparkan kepimpinan pemerintah BN yang dikatakan sebagai kesatuan politik yang sangat kuat di dunia berbanding negara demokrasi yang lain. SAPP sebenarnya tidak dapat mengugat keutuhan BN kerana ahli Parlimen yang menyokong Undi Tidak Percaya sepertimana usul yang dicadangkan Yong Teck Lee, Presiden SAPP hanyalah berjumlah 3 orang sahaja. Jika mendapat sokongan penuh dari Pakatan Rakyat, berjumlah hanya 85 orang sahaja yang menyokong berbanding jumlah ahli Parlimen BN.

Tetapi akibat kepanikan kepimpinan tertinggi BN, dimana telah membuat mesyuarat tergempar sesama parti komponen menyatakan secara rasmi kutukan yang bertimbun-timbun terhadap SAPP. Yang sangat menghairankan, SAPP tidak dijemput ke mesyuarat berkenaan, sedangkan SAPP tidak menyatakan lagi untuk keluar dari BN, hanya undi berkenaan sahaja diusulkan. Yong Teck Lee menyatakan dalam sidang akhbar, bahawa sepatutnya SAPP dijemput untuk mengemukakan hujah sebab mengapa usul ini dibangkitkan bukan disisihkan.

Begitu jelas bahawa, setiap parti di dalam BN tidak boleh membuat kritikan mahupun pandangan yang baik kerana budaya 'MEMBODEK' dan ' MENGIPAS' adalah merupakan amalan sejak sekian lama. Apabila ada yang menentang secara terang-terangan maka tunggu sahaja hukuman yang akan dikenakan baik secara jelas mahupun tertutup. Tidak semena-mena, kertas siasatan dibuka hari ini terhadap kesalahan rasuah Yong Teck Lee 12 tahun lalu yang disifatkan oleh Yong sebagai mempunyai agenda politik.

Maknanya di sini, sesiapa yang mempunyai kesalahan apa jua yang mempunyai kaitan dengan salah laku atau rasuah akan terselamat jika terus masih kekal dalam BN. Jika keluar kenyataan kritik yang keras atau keluar parti, maka tunggu sahajalah pendedahan satu persatu rekod segala salah laku yang tersimpan di dalam peti. Lihat apa yang terjadi kepada Yong dan Tun Mahathir kerana menentang kepimpinan BN, padahlah yang akan diterima dengan tindakan undang-undang yang akan mereka hadapi.

Thursday, June 19, 2008

ISU BALAK KEDAH MAINAN TV3

Agaknya media arus perdana kawalan BN merasa puas jika dapat mendedahkan apa jua cerita yang boleh dimanipulasikan dalam memburukkan kepimpinan negeri Pakatan Rakyat. Terbaru isu balak pula dimainkan untuk kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS. Isunya tentang kononnya Menteri Besar membuat ugutan kepada kerajaan Pusat untuk menebang balak di kawasan tadahan hujan jika tidak menyegerakan pampasan untuk perkhidmatan alam sekitar (PES) yang dijanjikan sekian lama untuk kerajaan negeri sejak dari pemerintahan BN lagi.

Kabinet BN pada Mei 2003 memutuskan melarang aktiviti pembalakan di sekitar hutan simpan Empangan Pedu di Hulu Muda di negeri ini bagi mengekalkan peranan empangan itu sebagai kawasan tadahan hujan. Hutan Simpanan Hulu Muda, Pedu, Padang Terap, Chebar Besar dan estet hutan kekal Bukit Keramat dan Bukit Saiong merupakan kawasan tadahan air bagi tiga empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning yang turut membekalkan air ke Perlis dan Pulau Pinang.

Azizan menyatakan bahawa beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Pusat sebelum ini meminta supaya memberi pampasan kepada kerajaan Kedah sebagai gantian kerana tidak menebang balak di kawasan tadahan air untuk kemudahan pertanian tetapi sehingga sekarang masih tiada pampasan. Maka beliau sudah tiada pilihan, terpaksa menebang balak, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini pada 18 Jun 2008. Azizan juga menyatakan bahawa Kedah terpaksa berkorban untuk negeri lain seperti membekalkan air tetapi tidak mendapat pulangan dan hak.

Walaupun kerajaan negeri belum memutuskan untuk memulakan pembalakan, namun berbagai cerita sampingan diwujudkan oleh media arus perdana sebagai menandakan PR tidak melaksanakan dengan baik dalam hal pentadbiran. Kenapa sibuk sangat dengan isu balak di Kedah sedangkan isu balak di Pahang yang lebih buruk dan mengharukan tidak dibentangkan seluas-luasnya? Dalam mengaitkan isu balak di Kedah, TV3 dalam Buletin Utama malam ini telah mendedahkan lagi masalah pembalakan terutama di tanah tinggi Cameron dimana didapati HALAL TAPI MENCURIGAKAN sehingga menjejaskan alam sekitar seperti sungai.

Kedah mempunyai 190,000 batang balak dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2,300 batang sehektar setiap tahun dan Kedah merupakan antara negeri yang sering dikesan berlakunya pembalakan haram selain Kelantan, Pahang dan Perak. Jabatan Perhutanan negeri pernah mengarahkan semua aktiviti pembalakan di sekitar daerah Padang Terap dekat sini dihentikan serta-merta berikutan aduan mengenai kegiatan pengeluaran balak secara besar-besaran di kawasan itu sejak sekian lama (kiranya BN punya kerja jugak). Pengarahnya, Kassim Osman berkata, semua aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan terpaksa dihentikan ekoran pengeluaran balak yang terlalu banyak dalam tempoh yang singkat.

Masalah balak yang merosakkan alam sekitar ini memang berleluasa sejak BN memerintah lagi, berikut di antara fakta-fakta yang jelas menunjukkan perkara tersebut :

  • Pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari pada 6 Mei 2008 menyatakan bahawa dipercayai kira-kira 1,000 hektar hutan telah diceroboh oleh sebuah sindiket sejak DUA TAHUN LALU iaitu Hutan Simpan Raja Musa di sini dan dua kawasan berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) serta Ladang Hopeful di Bestari Jaya, tidak diambil tindakan yang sewajarnya oleh kepimpinan kerajaan negeri BN di bawah Khir Toyo.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menggesa Jabatan Perhutanan Kedah pada 14 April lalu untuk menyiasat segera aktiviti pembalakan yang dikesan berlaku lebih EMPAT BULAN LALU (sebelum pilihanraya) di kawasan Hutan Simpan Serkob Para, Kuala Muda, Kedah. Ianya berlaku di kawasan berhampiran Pusat Latihan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di Bukit Selambau dan kini hampir 100 hektar hutan balak di kawasan berkenaan telah ditebang.
  • Kerajaan BN negeri Terengganu yang kononya cekap mentadbir, bertindak mendiamkan diri apabila terdapat kejadian mencuri balak sejak NOVEMBER 2007 berhampiran Kampung Serdang, Dungun. Balak-balak yang siap ditebang, ditempatkan di kawasan beta (tempat menghimpun balak sebelum dibawa keluar) di tepi jalan Che Lijah - Durian Mentangau, 800 meter dari tapak penempatan dan operasi salah sebuah kontraktor Lebuhraya Pantai Timur. Jabatan Perhutanan telah menyita tempat berkenaan setelah ada aduan penduduk.
  • Dalam operasi BPR pada 13 OGOS 2007, seramai 18 kakitangan BPR dari Putrajaya telah berjaya menahan 22 lori di Jalan Sook-Keningau, yang membawa muatan kira-kira 5,000 batang balak bernilai jutaan ringgit dipercayai ditebang secara haram. Kayu balak haram itu dipercayai datang dari kawasan hutan di Pensiangan, Tibou, Kalabakan, Nabawan dan Sook. Balak itu dijual kepada kilang-kilang papan di Keningau yang ada di antaranya beroperasi secara haram. Menurut Ketua BPR Selangor, Mohd. Jamidan yang mengetuai siasatan tersebut berkata, aktiviti itu berlaku disebabkan oleh pengawasan dan penguatkuasaan yang lemah oleh pihak yang bertanggungjawab.
  • Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) telah membuat laporan polis terhadap isu salah urus sumber balak melibatkan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Mohd Khalil Yaakub di Ibu Pejabat Polis Kuantan 24 OGOS 2007 jam 4.30 petang oleh Pengerusi Gerak Pahang, Mohd Zukri Aksah di Ibu Pejabat Polis Kuantan. Mohd Khalil ketika menjawat menteri besar sehingga tahun 1999 telah meluluskan konsesi balak untuk tahun 2000,2001,2002, 2003,2004 dan 2005 iaitu untuk tempoh lima tahun kehadapan dimana pada tahun-tahun tersebut beliau tidak lagi menjawat jawatan menteri besar. Nilai kehilangan hasil negeri Pahang akibat salah urus konsesi balak itu mencecah RM300 hingga RM900 juta setahun. Untuk tempoh lima tahun Pahang kehilangan hasil negeri diantara RM1.5 hingga RM4.5 Billion.
  • Seorang VIP bertindak mengancam penguat kuasa Jabatan Perhutanan Pahang dengan senjata api semasa operasi menyita balak haram dijalankan di Taman Negeri Endau Rompin, 9 OGOS 2007 dimana dalam operasi tersebut, tiga daripada lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pembalakan haram berjaya ditangkap manakala seorang lagi sempat melarikan diri. Lelaki terbabit kemudian datang semula ke tempat kejadian bersama empat lelaki lain termasuk seorang VIP yang dipercayai dalang dalam kegiatan pembalakan haram di hutan itu. VIP berkenaan telah meminta pegawai terbabit membebaskan seorang daripada rakannya yang ditangkap sambil menunjukkan senjata api yang diselit di pinggang.
  • Lebih 200 orang penduduk Kampung Cherok Meranti, Gunung Bongsu, Mahang, Kedah meminta Kerajaan Negeri masuk campur segera untuk menyelesaikan masalah pembalakan yang mengancam mereka sejak OKTOBER 2006. Didapati sebuah syarikat pembalakan Guan Soon Huat Sawmy telah diberikan kebenaran untuk menebang balak seluas 292 hektar. Pengerusi JKKK Cherok Meranti, Samsul Mohd Arif Bin Mat Saad membidas sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baru, Azimi Daim; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Dato' Paduka Kader Sheikh Fazir; Pejabat Daerah Kulim Bandar Baru dan Jabatan Perhutanan Negeri kerana tidak mengambil langkah drastik untuk menghalang pembalakan tetapi sebaliknya membiarkan situasi itu berlarutan.
  • Tajol Rosli menegaskan dalam isu pembalakan di Hutan Simpan Temenggor, hutan hujan tertua di dunia berusia 130 juta tahun tidak boleh dihentikan kerana ia memberi sumbangan yang banyak kepada ekonomi kerajaan negeri, malah memberikan kira-kira 9,000 peluang kerja dalam industri berasaskan kayu. Antara penjelasan Menteri Besar itu ialah penghasilan kayu sebanyak 500,000 meter padu bagi menampung industri berkaitan perlu diteruskan kerana kepentingan ekonomi negeri dan rakyat. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dalam media pada April 2006 menunjukkan beberapa kawasan di hutan berkenaa khususnya berhampiran dengan tebing sungai dan tasik gondol akibat hakisan berpunca daripada penebangan pokok tanpa kawalan.

Wednesday, June 18, 2008

PERUNTUKAN SELANGOR DIKEBAS BN

  • ADUN PR Selangor, Jenice Lee telah memfailkan laporan di Ibupejabat BPR mengenai isu peruntukan negeri sebanyak RM500,000 untuk DUN Teratai di Ampang telah dihabiskan dalam masa 44 hari oleh ADUN sebelumnya.
  • Dokumen yang diperolehi dari Pejabat Daerah Ampang Jaya, merekodkan ADUN berkenaan dar Parti Gerakan, Yat Soo Sun telah memberi sejumlah RM275,000 kepada Syarikat Tunggak Mahligai Ent untuk mengadakan majlis Tahun Baru Cina dan Thaipusam.
  • Penduduk di kawasan terbabit menyatakan bahawa tidak ada sebarang majlis keramaian sepanjang tempoh wang diberi iaitu dari 1 Januari sehingga 14 Februari lalu.
  • Sejumlah RM95,000 dibelanjakan untuk projek Kelab Rekreasi dan Sukan Taman Melor dan mendapat bantahan oleh penduduk setempat.
  • ADUN PR Taman Medan, Haniza Talha menyatakan peruntukan bagi dun berkenaan telah dihabiskan dalam masa 8 hari (25 Januari sehingga 1 Februari.
  • ADUN PR Kajang, Lee Kim Sin berkata peruntukan bagi DUN telah berbaki RM600.
  • ADUN PR Kampung Tunku, Lau Weng San terkejut apabila peruntukan RM500,000 cuma tinggal RM15,500.
  • ADUN MCA, Wong Sai Hou telah membelanjakan sebanyak RM20,000 bagi tujuan Sambutan Tahun Baru Cina dan RM12,000 untuk pentadbiran.
  • Dalam rekod pengagihan, peruntukan diberi kepada 15 syarikat dan disahkan wujud 10 syarikat sahaja yang disahkan.

PR 100 HARI, BN PULUH TAHUN

Pemerintah BN pada masa sekarang ini, kononnya sibuk memikirkan bagaimana mekanisma untuk membantu rakyat bawahan dalam menangani krisis kenaikan harga minyak. Harga beras yang naik sebelumnya telahpun membebankan rakyat inikan pula harga minyak yang sememangnya menjadi keperluan dalam penggunaan kenderaan untuk bekerja dan urusan keluarga seperti menghantar dan mengambil anak ke sekolah.
.
Kalau dilihat kebelakangan ini sejak tahun 1990 pilihanraya yang diterajui oleh UMNO Baru, memang begitu banyak yang menghairankan rakyat apabila kenaikan demi kenaikan dari harga minyak sehingga ke barang makanan. Ini sudah tentu, ada perjanjian sulit penaja-penaja yang membantu kemenangan BN dalam segala bentuk kewangan untuk pilihanraya menuntut apa yang sepatutnya daripada BN dari segi keuntungan sebagai balasan di atas bantuan berkenaan.
.
Pak Lah dalam sidang akhbar yang memperkatakan tentang peruntukan projek untuk rakyat termiskin akan diteruskan, mengakui terdapat beberapa perkara dalam manifesto BN untuk pilihanraya 2004 masih belum lagi dapat ditunaikan, inikan pula baru 100 hari memerintah. Tiada pula wartawan ingin mengasak PM dengan beberapa persoalan yang sama sepertimana ditimbulkan terhadap pemimpin negeri di bawah Pakatan Rakyat sehingga kelihatan tidak berbuat apa-apa.

Kerosakan demi kerosakan dalam sistem kehakiman, perundangan, kewangan negara dan politik semua akibat dikawal selia secara tidak jujur dan amanah oleh BN hampir 51 tahun. Sebab itu 100 hari tiada makna yang besar kepada sesuatu negara dalam pentadbiran. Yang menyibuknya, ada juga orang UMNO hendak menggunakan istilah 100 hari ini seperti Ali Rustam yang bangga kononnya membawa pelaburan hampir 7.4 bilion setelah 100 hari pemerintahan. Apa dah tiada idea lain ke UMNO, hendak guna istilah Pakatan Rakyat??
.

Tuesday, June 17, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 13 : TERMINAL PENGANGKUT KOS RENDAH

  • Pembinaannya adalah khusus kepada pengguna yang menggunakan penerbangan kos rendah.
  • Kedudukan LCCT adalah 20 KM daripada KLIA.
  • Kos pembinaan dengan struktur asasnya adalah daripada besi sebanyak RM108 juta.
  • Pembinaan bermula pada Jun 2005 secara 'fast-track' dan beroperasi sepenuhnya pada 23 Mac 2006.
  • Keluasan terminal berkenaan adalah 35,290 meter kaki persegi.
  • Ahli Parlimen Wee Choo Keong (PR) telah mempersoalkannya di dalam Parlimen mengenai kos yang tinggi serta membazir, menyatakan bahawa terdapat unsur dasar kroni kapitalisme.
  • Pemberian tender adalah secara tertutup kepada syarikat-syarikat yang diragui kemampuan dan latarbelakangnya.
  • Pengguna membuat banyak aduan tentang ketidak selesaan dengan prasarana yang pada tahap rendah.
  • Malaysia Airport Holdings Berhad telah mengumumkan projek penambahbaikan pada 1 Februari 2008 bermula Mac dan dijangka siap pada bulan Disember.
  • Projek peningkatan kemampuan LCCT dari 10 juta kepada 15 juta penumpang setahun ini menelan belanja tambahan sebanyak RM123.9 juta.
  • Tender dimenangi oleh Syarikat Fajarbaru Builder Group Bhd secara rundingan dan kerajaan menyatakan keadaan mendesak dengan tempoh kontrak 11 bulan bermula 7 April 2008 dan dijangka siap Disember 2008.
  • MAHB juga mengumumkan pembinaan terminal kedua bermula tahun ini untuk menampung 30 hingga 35 juta penumpang setahun.
  • Projek LCCT kedua adalah kesinambungan Pelan Induk perluasan KLIA bagi perkhidmatan udara murah dan dibina hampir serentak dengan perluasan LCCT pertama ke status hab kargo, dijangka siap tahun 2011.

SKANDAL UMNO, DIMANAKAH PEMBELA MELAYU?

MP Azmin Ali ada mendedahkan pekung UMNO semasa persidangan Dewan Rakyat setelah MP Puad Zarkashi (BN) menuduh Anwar Ibrahim tidak memerangi rasuah semasa dalam UMNO. Berikut pendedahan tersebut :
  • Anwar telah berusaha membawa usul untuk meminda Akta Pencegahan Rasuah 1997 di Parlimen yang memberi lebih autonomi kepada BPR dan kuasa meminta Peguam Negara membuka kes yang ditutup namun dihalang oleh PM, Tun Mahathir.
  • Dalam tahun 1997 juga, Anwar telah memperkemaskan lagi jawatankuasa displin bagi membenteras rasuah dalam UMNO.
  • Tahun 1997 juga merupakan antara yang terbanyak kes siasatan rasuah dikalangan exco dan ahli UMNO.
  • 11 April 1997, lapan Exco negeri, 3 dari Melaka, 1 dari Kedah, Selangor dan Johor, Pahang dan Sabah disiasat atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.
  • Anwar telah mengumumkan pada hari yang sama di Dewan Rakyat kes siasatan BPR ke atas Menteri Besar yang menyeludup wang tunai RM2.4 juta ke Australia.
  • 14 April 1997, skandal salahguna wang RM1.8 juta milik Wanita UMNO menyaksikan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Siti Zainab Abu Bakar dan Setiausaha Wanita UMNO, Senator Habshah Osman dipecat dari semua kedudukan.
  • 9 Jun 1997, Anwar mengumumkan kempen basmi rasuah tidak terhad kepada UMNO sahaja, malah kepada semua komponen BN.
  • 12 Jun 1997, enam exco negeri dan seorang Menteri Sabah disiasat oleh BPR.
  • 4 Julai 1997, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Displin UMNO dalam kes rombongan 49 ahli UMNO Kemaman ke Zurich, Lucerne, Paris dan London.
  • Perakuan telah dibuat oleh Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bhg Kemaman, Mohamad Abu Bakar tentang pembiayaan rombongan berkenaan pada 29 Mei 1997 dengan belanja sebanyak RM112,700 diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu sekarang)

Monday, June 16, 2008

BN MAKAN DUIT RAKYAT 1

  • Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan mengesahkan kerajaan sedang membina 500 unit kubur yang menelan puluhan juta ringgit khas menempatkan jenazah VVIP dimana 250 kubur untuk orang Islam manakala 250 kubur lagi untuk bukan Islam.
  • Timbalan Menteri Pelajaran, Razali Ismail tidak menjawab persoalan PR dalam Parlimen mengenai identiti syarikat yang memperolehi projek RM2.1 Bilion dalam membekalkan peralatan IT untuk pengajaran Sains dan Matematik.
  • PR mendedahkan di Parlimen bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah membelanjakan RM317 juta untuk latihan perkhidmatan IT, RM638 juta sebagai insentif guru-guru dan RM2.4 juta untuk perbelanjaan IT sampingan.
  • PM mendedahkan jumlah gaji tiga penasihatnya iaitu Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir, Penasihat Agama Islam, Abdul Hamid dan Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial, Shahrizat Jalil adalah sebanyak RM1,134,401.40.
  • Penyelewengan kontrak tanpa tender oleh kerajaan negeri dalam pembinaan Dewan Undangan Negeri baru di Sarawak kepada konsortium tempatan (PPES Works Sdn Bhd dan Naim Cendera Sdn Bhd pada 28 Januari 2005 bernilai RM295,500,000 telah disubkontrak kepada Binapuri Sdn Bhd dari Semenanjung dengan kadar RM228,000, 000.

RAKYAT PATUT TAHU 12 : KERUGIAN PETRONAS

  • Ditimbulkan oleh Dr Wan Azizah di Dewan Rakyat yang meminta penjelasan berapakah jumlah kerugian yang ditanggung Petronas berikutan keputusan menjual minyak mentah kepada Korea, Jepun dan Taiwan pada harga yang murah berbanding harga pasaran.
  • Menteri di JPM, Amirsham yang menjawab bagi pihak PM, tidak menjelaskan justifikasi kerugian itu, sebaliknya membentangkan prinsip pemasaran kerajaan dalam urusniaga.
  • Amirsham menjelaskan urusniaga terbabit mengikut formula penyelarasan tertentu dimana membawa erti produk dijual lebih tinggi sedikit dari harga kos di bawah paras pasaran dan supaya kerajaan dapat meraih kontrak jangka panjang dengan ketiga-tiga negara terbabit.
  • Menurutnya kontrak jangka panjang berkenaan tidak membawa pulangan yang signifikan pada tahun pertama, namun memberikan pulangan secara berperingkat.
  • Menjawab soalan lain, kerajaan memaklumkan bahawa pengeluaran minyak mentah dan tepu negara mencatatkan 241.3 juta tong manakala bagi gas mentah dan tepu 2,081.4 bilion kaki padu.
  • Hasil keseluruhan dari jualan produk petroleum dan gas oleh Petronas mencatatkan pulangan RM165.3 bilion pada tahun kewangan 2007.
  • Beliau melaporkan Petronas telah membayar royalti minyak kepada Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sebanyak RM26.839.1 dalam tahun 2004 hingga 2007.
  • Sebelum pilihanraya, kerajaan pernah dipersoalkan tentang mengapa kerajaan masih memberi subsidi gas kepada empat penjana kuasa elektrik yang dimiliki jutawan terkenal termasuk Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri T Ananda Krishnan dan Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhari berjumlah RM14 bilion setahun.
  • Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini mendedahkan Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra dimana antaranya konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan.
  • Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman
  • Lain-lain kerugian seperti :
  1. Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.
  2. Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya dimana berbilion ringgit pula dikeluarkan.
  3. Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan menyelesaikan hutang RM1,299.6 juta.
  4. Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion.
  5. Bail-out Syarikat MAS sebanyak RM668.8 juta.
  6. Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion.
  7. Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Penyelenggaraan untuk sebulan bernilai hampir RM95,000.00, setahun kemudiannya menjadi RM108 juta.
  8. Membina KLIA sebanyak RM9 billion dan peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta.

Sunday, June 15, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 11 : DAKWAT KEKAL

  • Pengerusi SPR mengumumkan pada 13 Ogos 2007 bahawa dakwat kuku akan digunakan dalam PRU ke-12 setelah pihak Majlis Fatwa mengesahkan penggunaannya (rujuk UtusanMalaysia, 14 Ogos 2007)
  • Pengenalan dan penggunaan dakwat kekal oleh SPR adalah untuk mengelakkan penyelewengan para pengundi pada pilihanraya 8 Mac 2008 lalu.
  • Perbelanjaan membeli dakwat tersebut yang diimport dari negara India adalah sebanyak RM2.9 juta dengan 48000 botol dakwat tidak mudah padam.
  • Kos membeli sebanyak RM3 juta untuk bekalan dakwat kekal yang dianggap kecil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) boleh dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada 6,000 orang miskin dan setiap orang boleh mendapat RM400, tegas calon PAS Parlimen P1119 Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Haji Datuk Ghazali sebelum pilihanraya.
  • Pembatalan di saat akhir iaitu pada jam 5 petang 5 Mac 2008 iaitu 3 hari sebelum pilihanraya, atas alasan ketenteraman awam adalah kerana terdapat maklumat bahawa ada individu yang telah membawa masuk dakwat berkenaan dari Thailand.
  • Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari mengundi menyebabkan beberapa pemimpin Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel) menarik diri sebagai pemerhati pada hari pengundian.
  • Pengerusi SPR, Abdul Rashid yang berucap dalam satu forum di UIA pada 17 Mei 2008, mendedahkan bahawa pembatalan penggunaan dakwat adalah di atas arahan kabinet, bercanggah dengan kenyataan ketika mengumumkan pembatalan lalu.
  • Rashid juga menyatakan bahawa kabinet telah menolak cadangan SPR (memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan.
  • Rashid juga mendakwa penggunaan dakwat kekal bertentangan dengan Artikel 119 Perlembagaan berhubung hak setiap rakyat untuk mengundi.
  • Pak Lah kemudiannya menafikannya dan menyatakan bahawa ianya bukan arahan tetapi merupakan pandangan kerajaan sahaja.
  • Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menyatakan bahawa tiga kertas sisatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 / 511 Kanun Keseksaan di atas laporan tersebut.
  • Menurut Syed dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan, pada sidang Dewan Rakyat 6 Mei lalu, PDRM telah menyoal siasat pengadu dan saksi-saksi, mendapati tiada sebarang bukti yang menunjukkan kemasukan dakwat berkenaan.
  • Menurut beliau lagi, tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 14 dan 21 Mac, kemudiannya di klasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut".
  • Pada tahun 2004, SPR India (Election Commision of India) umpamanya telah mengendalikan seramai 671 juta pengundi berdaftar (bukan hanya 10 juta pengundi seperti di Malaysia), dengan menggunakan dakwat keluaran Mysore Paints and Varnish Ltd (dakwat yang sama dibeli oleh SPR) tanpa ada sebarang masalah sejak dari tahun 1937 lagi. Dakwat yang sama juga digunakan oleh negara seperti Afghanistan, Cambodia, Thailand, Singapore, Nigeria, South Africa dan Canada.

Friday, June 13, 2008

UNTUK RAKYAT PEMERINTAH PATUT LEBIH TERKORBAN

Pemerintah begitu sibuk mencari formula itu dan ini, dimana kononnya dapat mengurangkan beban rakyat setelah mereka juga yang menyusahkan rakyat dalam hal kenaikan harga minyak secara mendadak. Mainan politik jenis apa ini, setelah menyusahkan rakyat kemudian cuba pula cari penyelesaian yang dapat membantu rakyat. Kalau tidak naik minyak, tidaklah perlu semua masalah rakyat ini terjadi dan mengeluarkan idea-idea bodoh yang menghalalkan segala tindakan mereka.

Nak turun elaun menteri yang memang amat besar, tidaklah hebat sangat pun, kerana rakyat kekal dalam keadaan susah. Nak ambil semula subsidi dengan cara mengambilnya di Pejabat Pos adalah satu perkara paling kelakar dalam dunia yang dilakukan oleh pemerintah. Setelah disiasat didapati Pos Malaysia dimiliki oleh ECM LIBRA dimana pemegang sahamnya yang terbesar. Yang paling nampak kejam ialah syarikat berkenaan dipunyai oleh dimiliki oleh ahli keluarga Pak Lah di mana nama-nama besarnya ialah Kamalludin Abdullah dan Kalimullah a/l Masheerul Hasaan.

Satu perkara yang menyusahkan ialah gaji kakitangan kerajaan akan dibayar sebanyak 2 kali dalam satu bulan. Menurut Presiden Cuepacs, Sdra Omar Osman, ianya bukan suatu penyelesaian yang dapat membantu rakyat kerana jika dilihat bagi yang berjawatan besar dengan gaji RM30000, langsung tidak terkesan dengannya, bagaimana pula bagi gaji kakitangan sokongan yang bergaji RM1500 ke bawah? Kita sebagai rakyat bukan mahu penyelesaian 'SOLEKAN TEBAL' tapi mahukan kesejahteraan hidup walau dengan hanya gaji yang kecil.

Rakyat memang tidak faham apakah cara pentadbiran dan pengurusan kewangan negara yang dilakukan oleh Pak Lah. Beliau suka membuat perkara-perkara yang mengejutkan dan akhirnya rakyat yang yang merana. Beliau tidak hendak cuba berbincang dengan pakar dan juga rakyat sekaliannya dalam melaksanakan segala dasar. Yang dia ingat dalam kepala, hanya mengaut segala apa jua kekayaan negara demi memenuhkan perut ahli keluarganya. Ya Allah, kau laknat para pemimpin yang zalim, munafik dan penderhaka kepada rakyat!!

Thursday, June 12, 2008

APALAH SANGAT DENGAN 10 PERATUS

Dengan penuh rasa bangganya PM menyatakan untuk memotong elaun keraian sebanyak 10 peratus. Mengapa tidak 50 peratus sahaja kerana kenaikan minyak mencecah 41 peratus berbanding rakyat yang terus merana kerana kenaikan ini dengan kadar gaji yang sedia ada memang cukup-cukup makan? Tak taulah kemungkinan pemimpin atau menteri telah mendapat pendidikan suka menghabiskan duit yang banyak sehingga tidak cukup yang kemudiannya melakukan rasuah dan makan harta rakyat.
.
Itu sebab takut sangat hendak potong lebih, sebab susah nak terima kesusahan yang sekian lama ditanggung oleh rakyat. Jika lihat 10 peratus dari elaun-elaun tersebut tidaklah sebesar mana, dimana elaun keraian selepas ditolak adalah seperti berikut :
.
PM - RM 18,865 DIPOTONG JADI RM 16,978.50
TPM - RM 15,015 DIPOTONG JADI RM 13,513.50
MENTERI - RM 12,320 DIPOTONG JADI RM 11,088
TIMB MENTERI - RM 6000 DIPOTONG JADI RM 5400
.
Pemerintah BN sebenarnya terdesak dan mencari publisiti murahan kononnya kerajaan ingin bersama-sama merasai keperitan rakyat. Betulkah pemerintah bersama-sama merasai kepayahan sekarang ini dengan gaji seorang rakyat biasa berjumlah RM1500 dengan satu kereta serta mempunyai 3 anak? Tiada langsung pakatan dengan rakyat dalam usaha pemerintah menaikkan harga minyak dan mencari mekanisma sesuai sebelum kenaikan.
.
Renungan daripada Mufti Perlis ini sepatutnya menjadi peringatan kepada pemerintah, berikut adalah link kepada apa yang diperkatakan oleh beliau yang tersiar di Harakahdaily :
.

Wednesday, June 11, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 10 : PULAU BATU PUTIH

  • Hak milik asal Pulau Batu Putih adalah kerajaan negeri Johor dimana terletak pada kedudukan 1 darjah 19' 48" U dan 104 darjah 24' 27" adalah 24 batu notika (64 KM) ke sebelah Timur Singapura dan hanya 7.7 batu notika (12.8 KM) ke sebelah selatan negeri Johor dari Pengerang.
  • Pertikaian bermula pada Disember 1979 apabila Malaysia membentangkan pemetaan negara yang memasukkan pulau ini dan Singapura membuat bantahan.
  • Proses rundingan buntu dan dirujuk kepada ICJ pada September 1994 sehingga keluar keputusan kekalahan hak milik pada 23 Mei 2008.
  • Kekalahan kerajaan Malaysia dalam pertikaian hak milik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Hague, Belanda, hanya akibat kelemahan surat pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 21 September 1953 yang tidak menuntut hak milik pulau itu.
  • Kelemahan lain adalah kecuaian pentadbiran kerajaan negeri yang tidak menunaikan tanggungjawab menjaga dan memelihara Rumah Api Horsburgh.
  • Singapura telah menjaga dan mengawal rumah api ini sejak 100 tahun yang lalu iaitu sejak pembinaan oleh kerajaan kolonial British pada tahun 1851.
  • Kerajaan Malaysia pernah meminta izin dari Singapura untuk melawat pulau tersebut sekitar tahun 1970-an.
  • Disebut dalam bahasa Portugis oleh Singapura sebagai Pedra Branca.
  • ICJ menyerahkan kedaulatan pulau ini kepada Singapura yang berukuran 137 meter panjang dan 60 meter lebar dengan pengadilan 12-4.
  • Malaysia hanya mendapat Batuan Tengah yang lebih kecil berjarak 250 meter antara kedua-dua batuan kecil serta ketinggian 0.6 dan 1.2 meter dari aras laut dengan pengadilan 15-1.
  • Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan bahawa keputusan ini adalah menang-menang.
  • Datuk Seri Najib menyatakan dengan keputusan ICJ ini, Singapura tidak boleh membuat tindakan UNILATERAL seperti penambakan.
  • Prof Madya Dr Mohamad Agus telah mempertikaikan persiapan Malaysia dengan menyatakan bahawa tiada kekuatan luaran dan dalaman dalam berdepan pasukan Singapura, serta memperbodohkan rakyat dengan isu menang-menang.
  • Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub yang mengusulkan isu pulau ini di Parlimen pada 27 Mei dengan sokongan 15 ahli Parlimen yang mengikut peraturan 18(1)3b, telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan keputusan ICJ telah dikeluarkan dan tidak perlu perdebatan.
  • Suatu tindakan pasukan peguam Malaysia yang agak memalukan ialah mengemukakan gambar pulau ini yang dipilih melalui sebuah blog di internet sebagai sandaran bahan bukti berbanding Singapura.

Tuesday, June 10, 2008

DEBAT MINYAK DI TV1

Agak hebat tatkala melihat YB Salehuddin Ayub dijemput ke rancangan khas untuk berdebat mengenai minyak dengan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad. Melihat hujah-hujah yang dikemukakan oleh YB Salehuddin banyak membicarakan bagaimana kerajaan boleh menggunakan Petronas sebagai syarikat multinasional yang berjaya, menguruskan sumber kekayaan mukabumi Malaysia ini untuk dikongsi bersama dengan rakyat.
.
Sebaliknya, Shahrir lebih banyak mengemukakan hujah-hujah yang berpusing-pusing dan terbelit-belit dalam mempertahankan tindakan pemerintah yang sememangnya diakui oleh beliau sebagai yang tidak popular. Beliau menyatakan, dalam membenarkan segala tindakan tersebut, kononnya ia sebagai tindakan untuk mengekalkan simpanan atau rezab kerajaan demi masa hadapan rakyat Malaysia.
.
Sallehuddin yang kelihatan begitu tenang dan berketrampilan, menyatakan beberapa perkara yang banyak menarik perhatian pengacara dan dua ahli tetap dalam forum atau perdebatan berkenaan. Yang tidak lekang dalam hujah-hujahnya, adalah semuanya mengenai rakyat dan semua cadangan-cadangan yang bernas beliau dipandang sinis oleh Shahrir kerana kelihatan lebih banyak menghujahkan dengan bahasa mudahnya ialah bahasa orang atasan sahaja.
.
Kalau dilihat pada keadaan sekarang iaitu selepas kenaikan minyak ini, ramai tokoh terkemuka seperti bekas PM, TUN DR MAHATHIR, Khir Toyo dan dari kalangan BN sendiri juga tidak bersetuju dengan tindakan tergesa-gesa pemerintah itu. Ada juga orang kuat MCA sendiri meminta kerajaan menghapuskan tol bagi mengurang bebanan rakyat, yang sudah tentu tidak dibenarkan untuk direalisasikan. Shahrir begitu jelas menghina hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak apabila memegang kerajaan Persekutuan.
.

Sunday, June 8, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 9 : ISU BALKIS

  • Isu timbul apabila tindakan isteri Khir Toyo (Zahrah Kechik) membubarkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) selepas mesyuarat agung khas pembubaran yang kononnya mendapat mandat ahli, tiga hari selepas tarikh pilihanraya iaitu pada 11 Mac 2008.
  • Tindakan menyalahi perlembagaan dimana pada Fasal 12 (c), amat jelas menyatakan bahawa notis mesyuarat perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat kepada ahli dan menyalahgunakan kuasa dengan memindahkan RM9.9 juta wang badan ini ke akaun pertubuhan lain iaitu BAKTI untuk sementara sebelum menubuhkan badan lain dengan nama BALKIS-BN.
  • Perlembagaan badan ini pada perkara 4.7 pada tujuan penggunaan wang pada tabung di 4.5, jelas menyatakan digunakan untuk sumbangan derma, aktiviti amal dan kebajikan.
  • Zahrah sepatutnya tiada lagi mempunyai kelayakan memanggil mesyuarat kerana pada Fasal 9.3 (a) perlembagaan badan ini menyatakan dengan jelas bahawa Yang Dipertua adalah isteri Menteri Besar. Yang dibenarkan hanya mesyuarat pembubaran AJK.
  • BALKIS sepatutnya diserahkan kepada pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri sehingga proses pengesahan YDP dan perlantikan AJK baru melalui mesyuarat agung.
  • Laporan akhbar THE SUN menyatakan bahawa Juruaudit Luar Balkis, Yee Choon Kong & Co mengesahkan mereka belum menerima sebarang dokumen sokongan untuk memuktamadkan laporan audit badan ini untuk tahun 2007 dan tidak dirujuk mengenai pemindahan.
  • Mengikut perlembagaan badan ini pada perkara kewangan 8.2 (f), segala penyata kewangan hendaklah disediakan oleh bendahari kehormat dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira mengikut undang-undang 14 seberapa segera selepas tamat tahun kewangan.
  • Setelah diaudit, hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dibekalkan kepada ahli.
  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dalam surat bertarikh 14 April kepada Menteri Besar mengesahkan bahawa BALKIS ada menghantar notis pembubaran 11 Mac lalu namun ditolak kerana tidak lengkap dan jabatan telah menghantar surat kuiri yang meminta maklumat tambahan dalam tempoh 30 hari.
  • Kerajaan negeri telah menulis surat kepada jabatan berkenaan meminta untuk menangguhkan permohonan pembubaran sehingga siasatan salah laku selesai.
  • Dilaporkan seorang hakim telah memberikan nasihat kepada BALKIS untuk pemindahan dana berkenaan dan didapati ianya melanggar KOD ETIKA HAKIM 1994.

Pembaziran BALKIS sepertimana didedahkan oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri Selangor, Elizabeth Wong :

  • RM218,719.60 hasil sumbangan sebuah syarikat digunakan untuk perbelanjaan perasmian Kompleks Wawasan Balkis di Seksyen 7, Shah Alam pada Februari 2006.
  • RM161,660 digunakan untuk perbelanjaan program tahunan isteri-isteri wakil rakyat anjuran BALKIS pada September 2007.
  • RM200,000 untuk sumbangan majlis makan malam anjuran BALKIS pada Jun 2006.
  • Mengadakan lawatan ke Eropah, Hong Kong dan Australia menggunakan wang BALKIS.
  • Perbelanjaan sebanyak RM121,000 untuk pakaian batik anggota dan suami serta RM158,000 untuk pakaian sukan kepada Galeri Hafiz Sdn Bhd.

SENYAPNYA PEJUANG KETUANAN MELAYU

Nampaknya pimpinan UMNO dan para-para pejuang ketuanan Melayu senyap dan sunyi pada isu kenaikan minyak ini. Sepatutnya inilah masanya yang sangat sesuai untuk membela serta berjuang habis-habisan membela orang Melayu dalam keperitan menanggung kenaikan harga minyak dimana umum mengetahui ramai orang Melayu sangat-sangat ketinggalan dan berpendapatan rendah.
.
Sudah berapa kali pilihanraya yang dimenangi oleh BN, sentiasa ada sahaja masalah kenaikan harga barang dan harga petroleum namun rakyat terutama orang Melayu masih menyokong membabi buta terhadap UMNO. Maknanya orang-orang Melayu memang sanggup susah dibawah pimpinan UMNO asalkan ketuanan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan tersebut terpelihara. Ini sama macam keadaannya babi hutan atau segala babi yang suka menyondol-nyondol.
.
Ini bukan soal ketuanan Melayu yang sibuk sangat ingin dipertahankan, ini soal kehidupan yang semakin hari semakin tertekan akibat kerakusan segala lanun dan perompak harta rakyat. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Dato' Mukhriz telah menyatakan bahawa di Jerlun masih ada lagi yang kais pagi makan pagi, apa perubahan hidup yang boleh dilakukan jika keadaan kenaikan ini berterusan dan telah sedia miskin.
.
Memang pemerintah BN menjalankan dasar pemerintahan yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Para-para pembesar dan kuncu-kuncu lanun dalam UMNO bolehlah bercakap itu dan ini sebagai tanda kewajaran dengan kenaikan minyak ini. Mereka telah puas dengan makan elaun yang besar dan menyeleweng segala harta rakyat yang pasti BAGI KAMI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN MENGHALALKANNYA SAMPAI HARI KIAMAT.
.

Saturday, June 7, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 8 - MINYAK NAIK, BN MEMANG CELAKA

    • Sudah mengalami kenaikan harga sebanyak 7 kali, dimana kenaikan petrol dari RM1.92 ke RM2.70 manakala diesel mengalami kenaikan dari RM1.58 kepada RM2.58.
    • Kenaikan harga petrol di Malaysia sebanyak 41 peratus dan diesel 63 peratus bermula 5 Jun lalu disifatkan oleh Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai kenaikan yang melampau.
    • Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.
    • Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500 bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol berdasarkan pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244), dimana lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.
    • Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi dan menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies' yang dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol dimana hasil kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.
    • Dalam pembentangan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA), namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai.
    • Anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir berkata : "Jika dilihat di kawasan pedalaman seperti di Jerlun, kebanyakan masyarakat hidup kais pagi makan pagi. Bagaimana lagi mereka ingin sesuaikan dengan kenaikan harga minyak sekarang".
    • Di Brunei, harga minyak seliter hanya RM1.20 berbanding dengan Malaysia RM2.73, lain-lain negara yang sangat berbeza ialah Emeriah Arab Bersatu RM1.19, Bahrain RM0.87, Qatar RM0.68, Kuwait RM0.67, Iran RM0.35, Venezuela RM0.16, Turkemenistan RM0.25, Arab Saudi RM0.38, Nigeria RM0.32 dan Mesir RM1.03.
    • Presiden Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Yong Teck Lee mengecam tindakan kerajaan menaikkan secara mendadak harga minyak manakala Pemudanya mendesak Pak Lah dan kabinetnya meletakkan jawatan.
    • Pendedahan di Parlimen menyatakan bahawa Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu.
    • Mengelirukan rakyat apabila Datuk Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.
    • Dr Wan Azizah menyatakan bahawa dalam Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion dan menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion
    • Projek-projek mega yang menghabiskan duit rakyat tidak pula dipotong jumlahnya seperti Koridor utara : RM17.5 billion, Koridor timur : RM112 billion, Wilayah Iskandar :RM47 billion, Koridor Sabah : RM105 billion dan Koridor Sarawak : RM107 billion.
    • Asal penubuhan adalah Perbadanan Minyak Malaysia ialah pada 17 Ogos 1974 dan didaftarkan di bawah Akta syarikat-syarikat 1965.
    • Objektif utama penubuhan Petronas pada tahun 1974 oleh Tun Abdul Razak adalah untuk mengekalkan harga minyak murah untuk kegunaan rakyat.

    Thursday, June 5, 2008

    PEMERINTAH BN MEMANG BODOH DAN ZALIM

    Tidak habis-habis pemerintah BN ini melakukan penderaan dan kezaliman kepada rakyat Malaysia. Sudahlah kehidupan sebelum kenaikan harga minyak tidak lagi tertanggung, kenaikan 40% tersebut memang-memang sangat memeritkan bagi kami semua rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Pak Lah dan para menteri serta pimpinan tertinggi parti dalam BN, bolehlah tidak merasai apa-apa kerana pendapatan mereka berkali-kali ganda hasil pijak-memijak kepala rakyat bawahan.

    10 tahun yang lalu sepatutnya pemerintah BN telah mula menjalankan kaedah pengurusan pentadbiran yang berjimat cermat. Disamping itu kerajaan perlu mewujudkan dana simpanan khas untuk kewangan kerajaan dan subsidi untuk rakyat. Ini yang kelihatan pemerintah BN ini terus-terusan melaksanakan projek-projek mega yang membazir dan tiada manfaatnya kepada rakyat melainkan keuntungan kepada beberapa orang kroni dan pencacai hina.

    Segala perbelanjaan yang bermewah-mewah oleh pemerintah BN tanpa dapat diaudit dengan betul, benar-benar menyinggung dan menyedihkan bagi kita semua rakyat Malaysia. Penganjuran bertaraf mewah seperti Formula 1 dan Monsoon Cup dimana menggunakan duit rakyat, benar-benar membuatkan kita semua amat-amat marah. Dalam keadaan rakyat begitu perit menghadapi keperitan hidup, pemerintah BN berterusan melaksanakan dasar yang menindas rakyat bawahan. Adakah pemerintah BN ini adalah MAFIA yang bertauliah??

    Rakyat telah banyak meminta untuk menerima segala cadangan demi kebaikan bersama begitu senang ditolak mentah-mentah tanpa ada perasaan. Namun apabila Shahrir menyatakan beberapa hari sebelumnya tentang ura-ura untuk menaikkan harga minyak pada bulan Ogos, tiba-tiba sahaja tanpa melihat rakyat akan bersedia dan cuba mengadakan perbincangan, terus sahaja Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak.

    Pemerintah BN ini adakah dikalangan orang-orang bodoh dan tidak bersekolah? Atau kerana kepandaian yang ada sememangnya digunakan untuk menindas rakyat yang tidak berdosa? Kalau dah harga minyak naik, sudah tentu segala barang akan naik secara automatik dan itulah suatu yang lumrah. Ketentuan ini diserlahkan lagi apabila pengusaha pengangkutan barang komersil menaikkan caj perkhidmatan sebanyak 35%.

    Wednesday, June 4, 2008

    PEMERINTAH UMNO DAN BN BARU SIBUK?

    Melihat kepada beberapa keadaan dalam negara kita yang tercinta ini memang menarik diperkatakan oleh setiap orang dari peringkat atasan sehinggalah ke peringkat bawahan. Sejak pemerintah BN kalah pilihanraya baru-baru ini, macam-macam perkara yang menampakkan betapa mereka menghadapi kesukaran yang teramat sangat menerima kekalahan yang tidak disangka-sangka.

    Tanpa rasa bersalah dan segan silu mereka memainkan isu-isu ketuanan Melayu dan menggerakkan segala apa jentera atau pencacai yang dapat membantu menyelamatkan UMNO yang sememangnya sudah lama bergolak sejak tertubuhnya UMNO Baru ini. Orang-orang bukan Islam yang memangkah pembangkang akibat kesalahan mereka juga, bukan soal nak menjatuhkan orang Melayu kerana kalau dilihat kepada pimpinan orang Melayu dalam Parlimen kini masih lagi tinggi dan tiada apa yang hendak digusarkan disamping sudah termaktub jaminannya dalam Perlembagaan.

    Pemerintah PR yang menguasai 5 buah kerajaan negeri dan Wilayah Persekutuan pula disamping menunjukkan cara penjimatan pengurusan pentadbiran yang tinggi, rekod-rekod penyelewengan pemerintah BN didedahkan sedikit demi sedikit amat tidak disenangi oleh pimpinan UMNO terutamanya kerana boleh membahayakan survival mata pencarian HARAM mereka serta boleh menyebabkan diri mereka terpenjara jika PR menguasai kerajaan Persekutuan dan membuka kertas siasatan.

    Setelah diasak hebat dengan maklumat Datuk Seri Anwar tentang lompat-melompat ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak, pemerintah BN baru mula merasa prihatin kepada rakyat kedua-dua negeri ini. Ada pula ahli Parlimen dari Sabah amat berani menyatakan hak rakyat di Parlimen. Soal pendatang asing, kemudahan dan pertanian, baru mendapat perhatian sehingga ada tindakan drastik yang sepatutnya sudah lama dilakukan bukan selepas terpengaruh dengan kata-kata Penasihat PKR tersebut.

    Soal rakyat memang kelihatan pada masa ini diambil perhatian yang amat serius oleh pemerintah BN, itupun hanya selepas rakyat memberi isyarat yang KERAS pada pilihanraya 8 Mac lalu. Dalam pada itu jugalah kelihatan UMNO semakin lama semakin hancur dengan kritik mengkritik dan cantas-mencantas sesama ahli samada secara terbuka atau tersembunyi. Amat jelas UMNO tidak lagi relevan sebagai parti politik teras orang Melayu sehingga Majlis Muafakat Melayu ingin mengambil alih tugas dari UMNO dalam membela nasib orang Melayu.

    Tuesday, June 3, 2008

    RAKYAT PATUT TAHU 7 : EZAM MOHD NOR

    • Merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1993 sehingga 1996.
    • Pernah menyandang jawatan Setiausaha Pemuda UMNO Selangor dari 1996 sehingga 1998 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.
    • Pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dari 1996 sehingga 1998 dan merupakan Felo Institut Kajian Dasar dari 1998 sehingga 2005.
    • Meninggalkan UMNO akibat dipecat kerana kelantangan mengkritik Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
    • Penggerak kuat gerakan Reformasi pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, begitu lantang mendedahkan segala dokumen rahsia kerajaan tentang penyelewengan pimpinan UMNO.
    • Masuk penjara kerana dijatuhkan hukuman akibat kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Rahsia Rasmi (OSA) bermula dari 7 Ogos 2002 sehingga 10 Jun 2003.
    • Pernah bersama Parti KeADILan Rakyat menjadi Ketua Angkatan Muda KeADILan dan kemudiannya meletakkan jawatan pada 29 Oktober 2006.
    • Menyatakan mempunyai 6 kotak yang penuh dengan maklumat rahsia dan pernah menghantar memorandum ke pejabat PM yang mengandungi laporan setebal 632 muka melibatkan seorang menteri UMNO sekitar Jun 2007 dengan tempoh tindakan hanya diberi selama seminggu.

    Sunday, June 1, 2008

    RAKYAT PATUT TAHU 6 : BANDAR MAHKOTA CHERAS

    • 30 Januari 2006 - Penduduk marah apabila laluan ke Lebuh Raya Cheras-Kajang disekat dengan tembok simen yang memaksa penduduk memandu sejauh 6 kilometer dan membayar tol sebanyak 90 sen.
    • 13 Jun 2006 - Syarikat konsesi, Grand Saga Sdn Bhd memaklumkan bahawa ia sedia membuka laluan alternatif ke BMC jika pemaju perumahan itu, Narajaya Sdn Bhd memenuhi semua syarat dipersetujui bersama sebelum ini, antaranya Narajaya membayar sejumlah pampasan kepada Grand Saga.
    • 11 Mac 2007 - Penduduk BMC dan beberapa taman sekitarnya terus menuntut supaya Narajaya membuka laluan iaitu menyediakan satu laluan alternatif yang menjadi jalan utama ke taman perumahan itu melalui persimpangan Bandar Tun Hussein Onn dan lebuhraya.
    • 21 April 2008 - Isu semakin panas apabila Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras dengan bantuan Narajaya memecahkan tembok penghalang.
    • 7 Mei 2008 - Kira-kira 500 orang bertindak agresif ke arah kakitangan Grand Saga yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan semula tembok itu. Polis bertindak menyuraikan. Penduduk kemudiannya meruntuhkan tembok selepas beberapa jam disiapkan.
    • 8 Mei 2008 - Grand Saga membina semula tembok tetapi diruntuhkan oleh penduduk sehari kemudian.
    • 10 Mei 2008 - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu memaklumkan bahawa Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengesahkan kawasan pertikaian berada di luar jajaran lebuhraya tersebut.
    • 12 Mei 2008 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penduduk BMC menghalang Grand Saga membina semula tembok penghalang.
    • 13 Mei 2008 - Pertemuan dengan kerajaan negeri dengan Grand Saga, Narajaya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia gagal menghasilkan kesepakatan mengenai isu tembok.
    • 27 Mei 2008 - Insiden ganas berlaku apabila orang ramai yang cuba merobohkan tembok yang dibina semula dipukul oleh sekumpulan lelaki seramai 30 orang dipercayai 'samseng' sehingga mencederakan 10 orang termasuk 2 orang wartawan.
    • Chang Jiun Haur, 21 tahun telah parah akibat dibelasah oleh 20 anggota FRU dengan cota dan ditendang setelah beliau yang bersama adik serta 2 rakannya sedang memandu keluar dari benteng pada 11.30 malam dan dituduh oleh pegawai tinggi bahawa Chang sengaja ingin melanggar anggota FRU.
    • 28 Mei 2008 - Kerajaan Negeri Selangor, mendedahkan bahawa kerajaan negeri mempunyai kepentingan dalam Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, yang menjadi pemegang saham terbesar atau 20 peratus dalam Taliwork Bhd yang mempunyai 55 peratus saham dalam Cerah Sama Sdn Bhd yang memiliki Grand Saga.
    • 30 Mei 2008 - Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed mengumumkan laluan BMC ke lebuhraya dibuka serta-merta sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung pertikaian antara Grand Saga dan Narajaya.