Wednesday, June 25, 2008

STRATEGI PENGUKUHAN KEPIMPINAN MELAYU

Menurut Pengerusi Badan Memperkasa Hak-hak Melayu Johor (MEKAR), Zaaba Abdul Samad, menjelang tahun 2057, politik Malaysia akan kekal dikuasai oleh orang Melayu kerana jumlah menjadi 70% ketika itu. Menurut beliau lagi yang juga Pengerusi Biro Penyelidikan, Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Johor, pengekalan kuasa kepimpinan Melayu mesti disertai strategi yang JUJUR dan telus kepada semua bangsa.

Beliau menyeru supaya perkara ini disebar luaskan dan difikirkan oleh semua peringkat masyarakat Melayu. Berikut adalah beberapa perkara yang dikemukakan :
  • Perkara 1 : Orang Melayu mesti mendominasikan parti utama.
    1. UMNO kelihatan sudah tidak relevan dan pada masa yang sama, ramai yang telah beralih kepada parti PAS, Keadilan dan DAP. Oleh itu langkah ke arah pengekalan kuasa rakyat, maka hendaklah orang Melayu beramai-ramai masuk ke dalam ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.
    2. Menurutnya, pada masa ini, rakyat mahukan parti siasah, yang mewakili "PELBAGAI KAUM" semakin diterima.
  • Perkara 2 : Hak Melayu dan kaum lain jelas dalam Perlembagaan.
    1. KETUANAN MELAYU sudah tidak sesuai sekarang sehingga ditegur oleh bangsa lain akibat keterlaluan memperbesarkan isu berkenaan. Sewajarnya diganti dengan "Hak Bangsa Melayu", kerana perkara ini jelas dalam Perlembagaan dan kaum lain tidak boleh mempersoalkannya.
    2. "KETUANAN MALAYSIA" adalah lebih Profesional dan Rasional kerana soal bangsa jika dibesarkan, maka kaum lain juga menuntut hak mereka.
  • Perkara 3 : NGO Melayu perlu kuat sebagai penyokong dan pendesak.
    1. Kaum Cina dan India terkehadapan serta berkesan dalam menggunakan badan NGO dengan lebih berani bersuara sepertimana dalam Hindraf untuk India manakala Dong Zhong dan Shu Zu untu Cina.
    2. Ketika ini tiada satu NGO Melayu seberani NGO kaum lain, GAPENA sendiri tidak cukup berpadu malah masih dibayangi dan memihak kepada UMNO serta mempunyai kepentingan.
    3. Sampai masa NGO Melayu lebih berani bersuara, tidak perlu bimbang dengan budaya ugutan dan 'YES MAN' seperti UMNO.
    4. Ramai orang yang kerja kerajaan berani selepas bersara, tetapi sebenarnya dapat melemahkan pertubuhan Melayu itu sendiri.
  • Perkara 4 : Penduduk Malaysia akan realisasikan 70% Melayu.
    1. Saranan dan dasar yang dikemukakan oleh Tun Mahathir iaitu Dasar Penduduk 70 juta wajar diingati.
    2. Angka tidak rasmi penduduk Melayu di negara ini adalah 58% dan mencecah 70% pada tahun 2057.
    3. Orang Melayu bertanggungjawab besar untuk memastikan orang Melayu kuat dalam parti PAS, DAP dan PKR dengan sekumpulan "PEMIKIR MELAYU" dan terdapat kelompok "BERINTEGRITI TINGGI" yang seiiring kerajaan.

No comments: