- Hak milik asal Pulau Batu Putih adalah kerajaan negeri Johor dimana terletak pada kedudukan 1 darjah 19' 48" U dan 104 darjah 24' 27" adalah 24 batu notika (64 KM) ke sebelah Timur Singapura dan hanya 7.7 batu notika (12.8 KM) ke sebelah selatan negeri Johor dari Pengerang.
- Pertikaian bermula pada Disember 1979 apabila Malaysia membentangkan pemetaan negara yang memasukkan pulau ini dan Singapura membuat bantahan.
- Proses rundingan buntu dan dirujuk kepada ICJ pada September 1994 sehingga keluar keputusan kekalahan hak milik pada 23 Mei 2008.
- Kekalahan kerajaan Malaysia dalam pertikaian hak milik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Hague, Belanda, hanya akibat kelemahan surat pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 21 September 1953 yang tidak menuntut hak milik pulau itu.
- Kelemahan lain adalah kecuaian pentadbiran kerajaan negeri yang tidak menunaikan tanggungjawab menjaga dan memelihara Rumah Api Horsburgh.
- Singapura telah menjaga dan mengawal rumah api ini sejak 100 tahun yang lalu iaitu sejak pembinaan oleh kerajaan kolonial British pada tahun 1851.
- Kerajaan Malaysia pernah meminta izin dari Singapura untuk melawat pulau tersebut sekitar tahun 1970-an.
- Disebut dalam bahasa Portugis oleh Singapura sebagai Pedra Branca.
- ICJ menyerahkan kedaulatan pulau ini kepada Singapura yang berukuran 137 meter panjang dan 60 meter lebar dengan pengadilan 12-4.
- Malaysia hanya mendapat Batuan Tengah yang lebih kecil berjarak 250 meter antara kedua-dua batuan kecil serta ketinggian 0.6 dan 1.2 meter dari aras laut dengan pengadilan 15-1.
- Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan bahawa keputusan ini adalah menang-menang.
- Datuk Seri Najib menyatakan dengan keputusan ICJ ini, Singapura tidak boleh membuat tindakan UNILATERAL seperti penambakan.
- Prof Madya Dr Mohamad Agus telah mempertikaikan persiapan Malaysia dengan menyatakan bahawa tiada kekuatan luaran dan dalaman dalam berdepan pasukan Singapura, serta memperbodohkan rakyat dengan isu menang-menang.
- Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub yang mengusulkan isu pulau ini di Parlimen pada 27 Mei dengan sokongan 15 ahli Parlimen yang mengikut peraturan 18(1)3b, telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan keputusan ICJ telah dikeluarkan dan tidak perlu perdebatan.
- Suatu tindakan pasukan peguam Malaysia yang agak memalukan ialah mengemukakan gambar pulau ini yang dipilih melalui sebuah blog di internet sebagai sandaran bahan bukti berbanding Singapura.
Wednesday, June 11, 2008
RAKYAT PATUT TAHU 10 : PULAU BATU PUTIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment