- Pembinaannya adalah khusus kepada pengguna yang menggunakan penerbangan kos rendah.
- Kedudukan LCCT adalah 20 KM daripada KLIA.
- Kos pembinaan dengan struktur asasnya adalah daripada besi sebanyak RM108 juta.
- Pembinaan bermula pada Jun 2005 secara 'fast-track' dan beroperasi sepenuhnya pada 23 Mac 2006.
- Keluasan terminal berkenaan adalah 35,290 meter kaki persegi.
- Ahli Parlimen Wee Choo Keong (PR) telah mempersoalkannya di dalam Parlimen mengenai kos yang tinggi serta membazir, menyatakan bahawa terdapat unsur dasar kroni kapitalisme.
- Pemberian tender adalah secara tertutup kepada syarikat-syarikat yang diragui kemampuan dan latarbelakangnya.
- Pengguna membuat banyak aduan tentang ketidak selesaan dengan prasarana yang pada tahap rendah.
- Malaysia Airport Holdings Berhad telah mengumumkan projek penambahbaikan pada 1 Februari 2008 bermula Mac dan dijangka siap pada bulan Disember.
- Projek peningkatan kemampuan LCCT dari 10 juta kepada 15 juta penumpang setahun ini menelan belanja tambahan sebanyak RM123.9 juta.
- Tender dimenangi oleh Syarikat Fajarbaru Builder Group Bhd secara rundingan dan kerajaan menyatakan keadaan mendesak dengan tempoh kontrak 11 bulan bermula 7 April 2008 dan dijangka siap Disember 2008.
- MAHB juga mengumumkan pembinaan terminal kedua bermula tahun ini untuk menampung 30 hingga 35 juta penumpang setahun.
- Projek LCCT kedua adalah kesinambungan Pelan Induk perluasan KLIA bagi perkhidmatan udara murah dan dibina hampir serentak dengan perluasan LCCT pertama ke status hab kargo, dijangka siap tahun 2011.
Tuesday, June 17, 2008
RAKYAT PATUT TAHU 13 : TERMINAL PENGANGKUT KOS RENDAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment