Tuesday, June 10, 2008

DEBAT MINYAK DI TV1

Agak hebat tatkala melihat YB Salehuddin Ayub dijemput ke rancangan khas untuk berdebat mengenai minyak dengan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad. Melihat hujah-hujah yang dikemukakan oleh YB Salehuddin banyak membicarakan bagaimana kerajaan boleh menggunakan Petronas sebagai syarikat multinasional yang berjaya, menguruskan sumber kekayaan mukabumi Malaysia ini untuk dikongsi bersama dengan rakyat.
.
Sebaliknya, Shahrir lebih banyak mengemukakan hujah-hujah yang berpusing-pusing dan terbelit-belit dalam mempertahankan tindakan pemerintah yang sememangnya diakui oleh beliau sebagai yang tidak popular. Beliau menyatakan, dalam membenarkan segala tindakan tersebut, kononnya ia sebagai tindakan untuk mengekalkan simpanan atau rezab kerajaan demi masa hadapan rakyat Malaysia.
.
Sallehuddin yang kelihatan begitu tenang dan berketrampilan, menyatakan beberapa perkara yang banyak menarik perhatian pengacara dan dua ahli tetap dalam forum atau perdebatan berkenaan. Yang tidak lekang dalam hujah-hujahnya, adalah semuanya mengenai rakyat dan semua cadangan-cadangan yang bernas beliau dipandang sinis oleh Shahrir kerana kelihatan lebih banyak menghujahkan dengan bahasa mudahnya ialah bahasa orang atasan sahaja.
.
Kalau dilihat pada keadaan sekarang iaitu selepas kenaikan minyak ini, ramai tokoh terkemuka seperti bekas PM, TUN DR MAHATHIR, Khir Toyo dan dari kalangan BN sendiri juga tidak bersetuju dengan tindakan tergesa-gesa pemerintah itu. Ada juga orang kuat MCA sendiri meminta kerajaan menghapuskan tol bagi mengurang bebanan rakyat, yang sudah tentu tidak dibenarkan untuk direalisasikan. Shahrir begitu jelas menghina hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak apabila memegang kerajaan Persekutuan.
.

No comments: