Sunday, June 1, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 6 : BANDAR MAHKOTA CHERAS

  • 30 Januari 2006 - Penduduk marah apabila laluan ke Lebuh Raya Cheras-Kajang disekat dengan tembok simen yang memaksa penduduk memandu sejauh 6 kilometer dan membayar tol sebanyak 90 sen.
  • 13 Jun 2006 - Syarikat konsesi, Grand Saga Sdn Bhd memaklumkan bahawa ia sedia membuka laluan alternatif ke BMC jika pemaju perumahan itu, Narajaya Sdn Bhd memenuhi semua syarat dipersetujui bersama sebelum ini, antaranya Narajaya membayar sejumlah pampasan kepada Grand Saga.
  • 11 Mac 2007 - Penduduk BMC dan beberapa taman sekitarnya terus menuntut supaya Narajaya membuka laluan iaitu menyediakan satu laluan alternatif yang menjadi jalan utama ke taman perumahan itu melalui persimpangan Bandar Tun Hussein Onn dan lebuhraya.
  • 21 April 2008 - Isu semakin panas apabila Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras dengan bantuan Narajaya memecahkan tembok penghalang.
  • 7 Mei 2008 - Kira-kira 500 orang bertindak agresif ke arah kakitangan Grand Saga yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan semula tembok itu. Polis bertindak menyuraikan. Penduduk kemudiannya meruntuhkan tembok selepas beberapa jam disiapkan.
  • 8 Mei 2008 - Grand Saga membina semula tembok tetapi diruntuhkan oleh penduduk sehari kemudian.
  • 10 Mei 2008 - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu memaklumkan bahawa Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengesahkan kawasan pertikaian berada di luar jajaran lebuhraya tersebut.
  • 12 Mei 2008 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penduduk BMC menghalang Grand Saga membina semula tembok penghalang.
  • 13 Mei 2008 - Pertemuan dengan kerajaan negeri dengan Grand Saga, Narajaya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia gagal menghasilkan kesepakatan mengenai isu tembok.
  • 27 Mei 2008 - Insiden ganas berlaku apabila orang ramai yang cuba merobohkan tembok yang dibina semula dipukul oleh sekumpulan lelaki seramai 30 orang dipercayai 'samseng' sehingga mencederakan 10 orang termasuk 2 orang wartawan.
  • Chang Jiun Haur, 21 tahun telah parah akibat dibelasah oleh 20 anggota FRU dengan cota dan ditendang setelah beliau yang bersama adik serta 2 rakannya sedang memandu keluar dari benteng pada 11.30 malam dan dituduh oleh pegawai tinggi bahawa Chang sengaja ingin melanggar anggota FRU.
  • 28 Mei 2008 - Kerajaan Negeri Selangor, mendedahkan bahawa kerajaan negeri mempunyai kepentingan dalam Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, yang menjadi pemegang saham terbesar atau 20 peratus dalam Taliwork Bhd yang mempunyai 55 peratus saham dalam Cerah Sama Sdn Bhd yang memiliki Grand Saga.
  • 30 Mei 2008 - Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed mengumumkan laluan BMC ke lebuhraya dibuka serta-merta sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung pertikaian antara Grand Saga dan Narajaya.

No comments: