Kalau dikaji dengan iman dan akal yang waras, PDRM sekarang ini telah menerima satu persatu masalah yang tiada berkesudahan, bukan atas sebab anggotanya yang memang seorang manusia yang tidak lari dari kesilapan, tetapi masalah peneraju dan pemimpin pasukan ini sekian lama dan disokong oleh pemerintah BN. Inilah sebabnya dan sepatutnya Polis perlu berkecuali dan mempunyai prinsip daripada bersekongkol dengan politik rimba pemerintah BN yang memusnahkan kredibiliti institusi ini yang sewajibnya menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya.
Sekian lamanya, keseronokan pemerintah BN mempergunakan Polis sewenang-wenangnya tanpa rasa takut kepada Allah dalam melakukan kezaliman demi kezaliman serta penindasan terhadap rakyat bawahan atau kepada pembangkang yang juga rakyat biasa yang membayar cukai serta warga negara Malaysia yang mencintai sepenuhnya kepada tanahairnya. Kes Memali, gerakan reformasi dan kes di Batu Burok adalah di antara beberapa isu Polis yang sanggup melakukan kezaliman terhadap rakyat akibat tindakan tanpa usul periksa dan arahan pemerintah BN yang zalim lagi korupsi yang selama ini ditentang oleh rakyat demi mengembalikan kesejahteraan tanahair sendiri.
Masalah dalam PDRM ini semakin lama semakin kalut dan kelihatan semakin teruk, serta memalukan negara Malaysia sendiri dengan beberapa perkara yang kebanyakan merujuk kepada kezaliman Polis. Walaupun segala tindak tanduk Polis adalah bersandarkan arahan pihak atasan, namun Polis sepatutnya mempunyai ketegasan yang bersifat neutral dan penuh berhikmah dalam menangani isu rakyat bukan mengikut sahaja telunjuk pemerintah demi kepentingan politik mereka. Nama pun Polis Diraja Malaysia, sudah tentu Raja lebih berkuasa daripada pemerintah, atau perlu ditukar nama Polis Diraja UMNO!!!
Punca masalah ini berlaku juga akibat lantikan kepimpinan Polis itu sendiri yang diberikan kepada orang yang salah serta mempunyai masalah dan berkepentingan dimana akan membantu merealisasikan segala usaha pemerintah BN dalam menekan rakyat yang menentang rasuah atau yang berani membuka penyelewengan mereka. Zaman pemerintahan Mahathir adalah di antara zaman yang telah banyak memporak peranda sistem perundangan negara kita sehingga keadaan sekarang ini masih belum pulih dan semakin buruk pula keadaannya. Jadi amalan berterusan ini nampaknya banyak menganiayai rakyat dan jika tidak dapat dibendung, Malaysia akan hancur dan jatuh tanpa boleh bangkit lagi.
Masalahnya, bala ini akan dikenakan kepada semua. Jika kepimpinan Polis tidak merubah kepada yang berjiwa rakyat, bala yang berbentuk perkara-perkara yang buruk dan memalukan pasukan ini akan kelihatan timbul satu persatu. Persoalan Polis makan rasuah daripada jumlah yang kecil sehingga ke angka yang besar, memukul rakyat sesedap rasa tanpa usul periksa, membunuh orang yang tidak bersalah, merompak bersama-sama perompak dan sebagainya ini benar-benar membimbangkan kita. Itu pentingnya pemimpin sesuatu organisasi kerajaan perlu datang terutamanya dari kalangan orang yang komited bersolat lima waktu dan berakhlak mulia sepertimana saranan Tuan Guru Dato' Nik Aziz.

No comments:
Post a Comment