Monday, June 23, 2008

SAPP MARAH DENGAN SEBAB, TAPI BN TAK FAHAM

Kemarahan SAPP kepada kepimpinan BN bukan disebabkan oleh politik semata-mata tetapi keprihatinan wakil rakyat kepada rakyatnya. Adakah menjadi suatu kesalahan untuk mengkritik kepimpinan BN yang begitu rakus menaikkan harga minyak dalam keadaan tergesa-gesa dengan pelbagai alasan "MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH" tersebut? Oleh kerana terlalu kerap Pak Lah berdolak dalih serta berbohong bermula dengan tarikh pilihanraya sehingga ke harga minyak, maka SAPP sebulat suara ingin membawakan usul tidak percaya kepada PM di Parlimen.

Wakil Rakyat Elopura, Ketua Pemuda Sabah Progressive Party (SAPP), Au Kam Wah pada 6 Jun lalu menyatakan bahawa beliau amat kesal dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak kerana ianya berlawanan dengan moto BN semasa kempen piliharaya dan melahirkan persepsi buruk serta hilang kepercayaan rakyat, yang mana kerajaan kelihatan BERCAKAP TIDAK SERUPA BIKIN. Beliau juga menyarankan agar pemimpin yang tidak dapat untuk sejahterakan rakyat hendaklah turun dan digantikan dengan kepimpinan yang lebih baik.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Tham Nyip Shen berkata kenaikan harga minyak dan diesel ini adalah merupakan suatu penghinaan kepada rakyat Sabah yang telah memberikan sokongan 100 peratus kepada BN dalam pilihanraya yang lalu. Beliau yang merupakan ketua badan pemikir SAPP juga menyatakan bahawa rakyat Sabah tidak membayangkan bahawa inilah balasannya yang mereka akan dapat selepas memberikan sokongan kepada BN dengan kepayahan hidup yang semakin tertekan akibat kenaikan berantai harga barangan.

No comments: