Sunday, June 8, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 9 : ISU BALKIS

  • Isu timbul apabila tindakan isteri Khir Toyo (Zahrah Kechik) membubarkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) selepas mesyuarat agung khas pembubaran yang kononnya mendapat mandat ahli, tiga hari selepas tarikh pilihanraya iaitu pada 11 Mac 2008.
  • Tindakan menyalahi perlembagaan dimana pada Fasal 12 (c), amat jelas menyatakan bahawa notis mesyuarat perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat kepada ahli dan menyalahgunakan kuasa dengan memindahkan RM9.9 juta wang badan ini ke akaun pertubuhan lain iaitu BAKTI untuk sementara sebelum menubuhkan badan lain dengan nama BALKIS-BN.
  • Perlembagaan badan ini pada perkara 4.7 pada tujuan penggunaan wang pada tabung di 4.5, jelas menyatakan digunakan untuk sumbangan derma, aktiviti amal dan kebajikan.
  • Zahrah sepatutnya tiada lagi mempunyai kelayakan memanggil mesyuarat kerana pada Fasal 9.3 (a) perlembagaan badan ini menyatakan dengan jelas bahawa Yang Dipertua adalah isteri Menteri Besar. Yang dibenarkan hanya mesyuarat pembubaran AJK.
  • BALKIS sepatutnya diserahkan kepada pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri sehingga proses pengesahan YDP dan perlantikan AJK baru melalui mesyuarat agung.
  • Laporan akhbar THE SUN menyatakan bahawa Juruaudit Luar Balkis, Yee Choon Kong & Co mengesahkan mereka belum menerima sebarang dokumen sokongan untuk memuktamadkan laporan audit badan ini untuk tahun 2007 dan tidak dirujuk mengenai pemindahan.
  • Mengikut perlembagaan badan ini pada perkara kewangan 8.2 (f), segala penyata kewangan hendaklah disediakan oleh bendahari kehormat dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira mengikut undang-undang 14 seberapa segera selepas tamat tahun kewangan.
  • Setelah diaudit, hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dibekalkan kepada ahli.
  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dalam surat bertarikh 14 April kepada Menteri Besar mengesahkan bahawa BALKIS ada menghantar notis pembubaran 11 Mac lalu namun ditolak kerana tidak lengkap dan jabatan telah menghantar surat kuiri yang meminta maklumat tambahan dalam tempoh 30 hari.
  • Kerajaan negeri telah menulis surat kepada jabatan berkenaan meminta untuk menangguhkan permohonan pembubaran sehingga siasatan salah laku selesai.
  • Dilaporkan seorang hakim telah memberikan nasihat kepada BALKIS untuk pemindahan dana berkenaan dan didapati ianya melanggar KOD ETIKA HAKIM 1994.

Pembaziran BALKIS sepertimana didedahkan oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri Selangor, Elizabeth Wong :

  • RM218,719.60 hasil sumbangan sebuah syarikat digunakan untuk perbelanjaan perasmian Kompleks Wawasan Balkis di Seksyen 7, Shah Alam pada Februari 2006.
  • RM161,660 digunakan untuk perbelanjaan program tahunan isteri-isteri wakil rakyat anjuran BALKIS pada September 2007.
  • RM200,000 untuk sumbangan majlis makan malam anjuran BALKIS pada Jun 2006.
  • Mengadakan lawatan ke Eropah, Hong Kong dan Australia menggunakan wang BALKIS.
  • Perbelanjaan sebanyak RM121,000 untuk pakaian batik anggota dan suami serta RM158,000 untuk pakaian sukan kepada Galeri Hafiz Sdn Bhd.

No comments: