Sunday, June 15, 2008

RAKYAT PATUT TAHU 11 : DAKWAT KEKAL

  • Pengerusi SPR mengumumkan pada 13 Ogos 2007 bahawa dakwat kuku akan digunakan dalam PRU ke-12 setelah pihak Majlis Fatwa mengesahkan penggunaannya (rujuk UtusanMalaysia, 14 Ogos 2007)
  • Pengenalan dan penggunaan dakwat kekal oleh SPR adalah untuk mengelakkan penyelewengan para pengundi pada pilihanraya 8 Mac 2008 lalu.
  • Perbelanjaan membeli dakwat tersebut yang diimport dari negara India adalah sebanyak RM2.9 juta dengan 48000 botol dakwat tidak mudah padam.
  • Kos membeli sebanyak RM3 juta untuk bekalan dakwat kekal yang dianggap kecil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) boleh dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada 6,000 orang miskin dan setiap orang boleh mendapat RM400, tegas calon PAS Parlimen P1119 Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Haji Datuk Ghazali sebelum pilihanraya.
  • Pembatalan di saat akhir iaitu pada jam 5 petang 5 Mac 2008 iaitu 3 hari sebelum pilihanraya, atas alasan ketenteraman awam adalah kerana terdapat maklumat bahawa ada individu yang telah membawa masuk dakwat berkenaan dari Thailand.
  • Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari mengundi menyebabkan beberapa pemimpin Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel) menarik diri sebagai pemerhati pada hari pengundian.
  • Pengerusi SPR, Abdul Rashid yang berucap dalam satu forum di UIA pada 17 Mei 2008, mendedahkan bahawa pembatalan penggunaan dakwat adalah di atas arahan kabinet, bercanggah dengan kenyataan ketika mengumumkan pembatalan lalu.
  • Rashid juga menyatakan bahawa kabinet telah menolak cadangan SPR (memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan.
  • Rashid juga mendakwa penggunaan dakwat kekal bertentangan dengan Artikel 119 Perlembagaan berhubung hak setiap rakyat untuk mengundi.
  • Pak Lah kemudiannya menafikannya dan menyatakan bahawa ianya bukan arahan tetapi merupakan pandangan kerajaan sahaja.
  • Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menyatakan bahawa tiga kertas sisatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 / 511 Kanun Keseksaan di atas laporan tersebut.
  • Menurut Syed dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan, pada sidang Dewan Rakyat 6 Mei lalu, PDRM telah menyoal siasat pengadu dan saksi-saksi, mendapati tiada sebarang bukti yang menunjukkan kemasukan dakwat berkenaan.
  • Menurut beliau lagi, tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 14 dan 21 Mac, kemudiannya di klasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut".
  • Pada tahun 2004, SPR India (Election Commision of India) umpamanya telah mengendalikan seramai 671 juta pengundi berdaftar (bukan hanya 10 juta pengundi seperti di Malaysia), dengan menggunakan dakwat keluaran Mysore Paints and Varnish Ltd (dakwat yang sama dibeli oleh SPR) tanpa ada sebarang masalah sejak dari tahun 1937 lagi. Dakwat yang sama juga digunakan oleh negara seperti Afghanistan, Cambodia, Thailand, Singapore, Nigeria, South Africa dan Canada.

No comments: