Friday, March 21, 2008

ISU KERAJAAN CAMPURAN

Soal kecelaruan pada peringkat awal pemilihan exco kerajaan Perak sehingga timbullah cakap-cakap orang BN bahawa tiada persefahaman telah menyebabkan rakyat penyokong BA agak terkeliru dan perasaan bercampur baur.

Bukan mudah untuk memahami situasi sebenar yang dihadapi oleh kerajaan BA dalam pembinaan sebuah kerajaan campuran. Rakan-rakan saya hampir2 kecewa dan menangis pun ada serta menyatakan "kenapalah kita dah menang, dan kerja susah2, ini pulak jadinya".

Saya yang dalam keadaan 'rumit' terus mencari maklumat sendiri dan cuba memahaminya dari rakan2 yang positif. Kesimpulan yang mudah untuk difahami ialah sebenarnya BN itu sendiri adalah sebuah pertubuhan yang banyak keahlian parti politik, so apa bezanya dengan kerajaan BA yang dikatakan bercampur?.

Bezanya ialah tiada bezalah. Bezanya simple sahaja, BA ada tiga parti politik manakala BN bukan sahaja terdiri daripada parti UMNO, MIC dan MCA tapi ada parti PPP, SUPP, PBS, dan bermacam2 lagi. Rasa2nya parti dalam BA adalah yang terbaik, kerana tidak berdasarkan parti perkauman kerana parti DAP dan PKR terbuka kepada semua kaum untuk menganggotainya.

Bersambung.....

Sunday, March 16, 2008

MARAH RAKYAT KERANA SAYANGKAN BA

Sebenarnya kemarahan ini bukan tanda emosi tetapi reaksi biasa orang ramai yang memberi sepenuh harapan kepada orang disayangi untuk merubah atau membawa keutuhan BA yang sekian lama dinantikan setelah 50 tahun merdeka.

Jika di pihak saya sebagai anak jati Johor yang telah tertanam jiwa UMNO sekian lama sehingga berjawatan AJK Pemuda UMNO pasti dengan kefanatikannya, ianya tidak boleh menerima keadaan ini.

Kami rakan-rakan UMNO di kalangan pemuda penyokong reformasi sejak 1998 pasti marah keadaan ini kerana kami sanggup bekerja dengan ikhlas untuk perjuangan BA sekian lama berbanding BN dengan duit, duit dan duit.

Tapi bila dirasionalkan kembali, inilah keterbukaan kerajaan BA, masalah atau tidak perlu diketahui oleh rakyat berbanding BN, ada masalah atau tidak hanya disimpan di dalam laci dan hati sanubari ahli2nya, rakyat anggap ok je semua.

Bersambung....

Thursday, March 13, 2008

PENYOKONG BA MARAH

Hari ini adalah kemuncak kemarahan aku dan semua rakyat Malaysia terutama yang menyokong BA akibat daripada keadaan di negeri Perak.

Pada peringkat awal kemenangan BA di Perak nampak semua berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa yang tampak akan ada pergolakan. Pada sangkaan kita semua kelihatan sudah semestinya ada perbincangan rapi di antara parti dalam pakatan BA.

Rupa-rupanya ada masalah yang tidak sepatutnya berlaku apabila DAP mula mempertikaikan perlantikan MB dari PAS dan diwar-warkan pula oleh laman web DAP. Ianya mendatangkan kemarahanlah kepada pengundi BA keseluruhannya kerana orang kuat DAP sendiri yang memperkatakannya di blog beliau. Ini juga mendatangkan kemarahan orang melayu seluruhnya yang mendukung kepercayaannya kepada kesultanan melayu yang melantik MB.

Sepatutnya benda-benda kecil ini hendaklah di bincang bukan meluahkannya daripada satu pihak sahaja. Ini memberikan kesempatan kepada BN untuk menyerang dari pelbagai sudut perkara. Apabila berlaku kekecohan ini, DAP akhirnya akur kepada kehendak rakyat dan bertindak memohon maaf. Buat masa itu datanglah rasa kelegaan bagi semua rakyat penyokong BA.

Belum selesai rasa lega, timbul pula isu Keadilan tidak puas hati dengan perlantikan exco sehingga tertangguhlah upacara angkat sumpah MB Perak yang baru. Ini menimbulkan kemarahan saya dan rakan2 penyokong BA sekali lagi.

Bersambung....

HIDUP RAKYAT


Hari ini bermulalah hasrat saya dan barisan rakyat Malaysia untuk menyatakan luahan rasa dan pandangan kepada semua para pemimpin parti pemerintah atau pembangkang dalam melaksanakan tanggungjawab dan keprihatinan kepada kita semua rakyat Malaysia.

Bermula blog ini kerana sudah sampai masanya kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira apa kaum serta agama dan prinsip politik membetulkan keadaan para pimpinan kedua-dua parti agar telus, ikhlas dan jujur dalam membawa arah sebenar negara yang kita cintai ini.

Bersama Kita, Hidup Rakyat.